Thursday, April 10, 2008

MENGHUNUS KERIS MENYAKITKAN HATI?

Semalam saya bersembang dengan seorang rakan yang menyatakan bahawa seorang pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ditemuinya menyifatkan beberapa tindakan UMNO memperlihatkan parti itu angkuh dan bongkak. Pemimpin komponen BN itu kalah dalam PRU12.

Menurut pemimpin berkenaan, sifat angkuh itu menyebabkan masyarakat Cina tidak menyokong BN dan yang menjadi mangsa ialah partinya kehilangan banyak kerusi terutamanya di Pulau Pinang.

Antara keangkuhan UMNO ialah ada pemimpinnya menghunus keris dan ini menyakitkan hati kaum lain.

Betul ke orang Cina marah kerana isu menghunus keris? Atau ada faktor lain kot? Tindakan DAP yang menyatakan kepada rakyat bahawa menyokong BN memperkuatkan Melayu, bukankah tindakan gerak saraf yang baik? Siapa yang nak jawab?

2 comments:

Anonymous said...

media overkill yang akhirnya meranapkan BN namun BN masih takmau sadar masih mengamalkan media overkill.

editor dan penerbit di stesen tv yang popular dengan rancangan kuali suatu ketika dulu tuh tak rasa geli atau meloya ke dengan ibadah yang mereka lakukkan di stesen tersebut.
ingatlah kerja itu ibadah.

dah lama awang tengok wartawan di situ tak berpegang kepada etika kewartawanan.tak baca buku etika kewartawanan Dr.Faridah Ibrahim ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Ketika memperkatakan faktor kekalahan BN pada PRU12, kita tidak boleh lari daripada membincangkan peranan dan prestasi media arus perdana ketika ini.

Selepas merdeka, sebagai negara sedang membangun, media perdana berperanan menerangkan dasar-dasar kerajaan di samping mengetengahkan formula perpaduan yang membantu menstabilkan negara ini.

Apakah peranan media perdana ketika ini? Apakah masih terus menjelaskan dasar-dasar kerajaan? Apakah mengetepikan kepentingan formula perpaduan semata-mata untuk bersikap terbuka atau telus menggagalkan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan harmoni?