Wednesday, April 23, 2008

RUSTAM SANI MENINGGALKAN KITA

Rustam A Sani, 63, kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

Berita kematian penulis, ahli akademik dan aktivis politik itu disiarkan dalam blog Nuraina Samad . Al-Fatihah.

8 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam takziah,
dalam kl pos pun ada beritanya dimuatkan.allahyarham ingatkan saya kepada majalah mastika di arena 90an ketika majalah tersebut menjadi saiz A4 dan tidak memuatkan berita-berita seperti mastika bersaiz reader digest.allahyarham merupakan salah seorang org kuat mastika selain JJ.selepas itu majalah massa pula.

apa pun org yang baik selalu pergi dahulu.al fatihah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Siapa tidak boleh melupakan tulisan Rustam Sani. Seorang lagi ialah Noor Azam, penulis yang sentiasa melontarkan pelbagai pandangan bernas terhadap isu-isu semasa. Adakalanya pedas.

Gurindam Jiwa said...

Kita semua do'akan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t..

Cuma yang saya tak faham ialah Jeff Ooi pun boleh sedekahkan al-Fatihah.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Beliau menghayati dan memahami ajaran Islam.

Tahniah Jeff.

awangsulungmerahmenyala said...

maafkan saya tok,
iya noor azam pernah ada kolum di Berita Minggu dan kalau tak salah saya beliau pernah bernaung dgn Tv3 kemana dato noor azam skrg?
dah lama tertanya-tanya?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Tulisan Noor Azam memang menyengat.

Datuk Noor Azam juga kolumnis prolifik Dewan Masyarakat, Pengerusi Lembaga Pengarah TV3, Setiausaha Politik Perdana Menteri dan kini menulis sekali-sekala.

Antara artikel beliau beberapa tahun kebelakangan ini ialah dalam majalah MASA pada 2006. Majalah itu bertenaga dan bermaklumat yang dikendalikan oleh penyair Sutung tetapi diberhentikan kerana sebab yang entah apa-apa.

Sutung bagaimana? Ada orang nak biayai MASA?

Gurindam Jiwa said...

Jeff tu Islam ke? Maafkan saya.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Kena tanya beliau.