Friday, April 11, 2008

AHLI UMNO SEMAKIN BERANI BERSUARA?

Pemimpin UMNO di Pulau Pinang dan Kedah memberitahu Jawatankuasa Pengurusan Parti bahawa pucuk pimpinan tertinggi perlu ditukar demi untuk menyelamatkan parti.

Akhbar The Star hari ini melaporkan 250 pemimpin Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Kedah yang bermesyuarat di Sungai Petani turut menamakan pemimpin yang boleh mengambilalih jawatan nombor satu dan dua negara.

Nampaknya, ahli dan pemimpin UMNO sudah mula berani bersuara demi kepentingan parti. Apatah lagi jawatankuasa itu yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikatakan memberi kebenaran kepada mereka yang hadir untuk meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.

Bagaimana pandangan ahli UMNO di negeri lain?

7 comments:

Anonymous said...

salam pagi,

jikalau malu bertanya malu nak buka mulut ketika tersesat jalan nak bertanyakan orang jalan yang sebenarnya harus kita tujui kita akan tersesat.susah lah kalau tersesat nak cari jalan pulang atau jalan yang seharusnya kita nak tuju takkan berjumpa.lainlah kalau di jalan sehala.
rumusannya kita perlu membuka mulut untuk bertanya supaya tak tersesat.tetapi di zaman milineum ini sistem GPS dah menjadi suatu kelaziman di negara barat dan negara matahari terbit.di Malaysia GPS baru nak dipergunakan secara meluas.
fikirkanlah yang disiratkan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya sedang berfikir. Apatah lagi, saya seorang pemikir.

ahm said...

ada juga baiknya kalau tersesat, setidak-tidaknya dapat pengalaman baru tersesat. dan sepanjang kesesatan tersebut dapat juga pedoman agar tak diulang di masa mendatang.

tapi kalau asyik tersesat sahaja, lebih baiklah 'stay put' do what you are best locaally..

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Adakalanya kita tersesat kerana mendapat nasihat yang tidak betul.

Umpamanya, jalan ke kanan adalah arah yang betul tetapi kita dinasihati ke kiri. Maka tersesatlah kita tanpa menyedarinya.

Yang menakutkan jika kita terjatuh ke dalam gaung yang dipenuhi buaya tembaga atau anaconda.

epain said...

pepatah mengatakan berani kerana benar...

jd kelompokk yg bersuara ini menyatakannya atas dasar sayang parti...

bukan kerana pihak tertentu...

umno yg asal mendengar setiap keluhan ahli...

kenapa sekarang keluhan tersebut seakan tidak didengari?...

kenapa perlu ditapis?....tidak wajarkah setiap yg disuarakan?...

pemimpin...sayang kedudukan atau sayang parti...jika ahli akar umbi menyatakan rasa kurang senang adakah mereka ini lebih sayang kedudukan...apa kedudukan yg mereka ada?....

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan dikenang sepanjang zaman, adakalanya memerlukan satu pengorbanan yang lebih tinggi daripada diri sendiri.

Anonymous said...

sedar atau tidak..keadaan ini asalnya telah wujud zaman Tun Dr. M...dan Tun Dr. M sendiri menghentam pak lah pula..sedih..sedih..saya yang muda ni mcm mana la masa depan..