Tuesday, April 29, 2008

PARLIMEN MEMERLUKAN PENDEKAR

Menonton Buletin Utama TV3 malam tadi, termasuk pemaparan isu mengangkat tangan MP dan perangai entah apa-apa Karpal Singh ketika mengangkat sumpah, saya merasakan Parlimen memang memerlukan seorang pendekar untuk mengawasinya.

Oleh itu, agak tepatlah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat. Hidup Pandikar baa.

Saya berharap pendekar kita boleh mengajar dan menegur - MP yang gemar menimbulkan masalah (adakalanya macam budak-budak), MP yang tidak pandai berbahasa Malaysia (mungkin selalu berada di luar negara berbanding di Malaysia), MP yang biadap dan tidak sopan(kurang mendapat ajaran ibu bapa?) dan MP yang suka menimbulkan perkara remeh dan terlalu peribadi (pengundi tersalah pilih dan baru tahu kebolehan mereka setelah dipilih menjadi MP).

24 comments:

Anonymous said...

You can't judge people just because a personal emotion. I think there are definitely reasons behind what was being done. Check through the facts 1st before commenting.

Anonymous said...

salam sejahtera,
awang nak tengok ada tak lagi MP yang mcm penggal yg lalu suka dan amat suka mengaibkan penjawat awam semata-mata demi temolok MP itu sendiri.Jgn lah guna imuniti MP untuk mengaibkan dan mencalarkan peribadi seseorang,apabila kena pada batang hidung sendiri tahu pula melenting.
Bukan saja2 msk dlm parlimen berhujah berdebat secara hentam keromo tak mengkaji fakta dan isi pakai bedal jer.
Diharapkan para MP terutama MP muda seperti Gwo Burne yg memang tak fasih berbahasa melayu harap dapat memberi hujah yg bernas dan idealis begitu juga dgn nurul izzah.
diharap para MP tidak membodohkan diri macam badut sarkas kelak.

AWANG TERINGIN NAK MELIHAT PARA MP BERHUJAH DALAM PARLIMEN.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya percaya bahawa anda juga bersetuju agar Parlimen kita jangan dijadikan tempat menimbulkan perkara-perkara yang remeh, mencari publisiti murah, bongkak, kedegilan amat ketara, apatah lagi untuk menunjukkan kurang ajar atau mahu jadi jagoan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Keinginan Sdr mungkin boleh ditunaikan apabila menyaksikan siaran langsung Dewan Rakyat di RTM mulai esok.

Selamat menonton dan menilai usaha terbaru Kementerian Penerangan itu.

epain said...

biar jadi pendekar..jgn jd tikar sudah...tau kena lipat atau gulung shj...

sekali lihat, speaker ibarat mcm hakim dlm mahkamah....

secara tidak langsung beliau adlh "yang arif" dlm hal ehwal parlimen....

Norizan Sharif said...

Dato', saya amat mengharapkan ahli-ahli parlimen kita mula bercakap isu2 RAKYAT seperti krisis makanan dan kenaikan harga barangan. Saya telah menulis mengenai perkara ini dalam blog http://www.norizansharif.blogspot.com Saya setuju, kalau masuk parlimen, kena ada adab. Saya masih percaya bahawa orang Malaysia adalah manusia yang beradab sopan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Speaker juga perlu memastikan persidangan Dewan Rakyat berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan atau "pertikaman lidah" yang tidak perlu dan merugikan masa/tenaga.

Umpamanya, jika ada pihak meminta laluan untuk bercakap, Speaker perlu memastikan sama ada yang meminta laluan itu ingin mencelah memberi pandangan atau cuba untuk mengacau golongan yang sedang bercakap. Ketepikan pengacau.

ibrahim yahaya said...

Sdr Norizan,

Saya setuju bahawa isu harga makanan dan keperluan ini perlu ditangani dengan bijaksana dengan kadar segera - A.S.A.P.

Jangan biarlah rakyat marah kerana lapar. Jangan biarkan rakyat lapar kerana tiada duit untuk membeli makanan atau tiada barang untuk dibeli/dinikmati.

Anonymous said...

cuba buat sesuatu komen itu tanpa membuta tuli melepaskan perasaan geram. Tidak memberi apa makna selain menggalakkan lagi persilihan faham. Bagaimana kerajaan nak naik balik kalau kita berperangai macam ni.

Hanya pandangan saya, tapi cuba pikirkan.

wsalam.

JBingkasan said...

Harap Speaker jalankan tugas seperti beliau menjadi magistrate pada masa mudanya.

Yang pastinya, Speaker baru itu akan boleh `menghidupkan' suasana persidangan.

Sabah dan Sarawak kini merasa bangga kerana Speaker orang Sabah, Timbalan Speakers dari Sabah dan Sarawak.

Bagus baa tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pipitart,

Inilah sebenarnya harapan rakyat negara ini agar semua Ahli Parlimen memberi sumbangan bermakna kepada rakyat dan negara.

Kita tidak mahu MP yang mencari kesalahan orang lain semata-mata untuk mencari publisti murah. Apabila tidak mendapat perhatian atau terasa seolah-olah diperlekehkan, maka ada pula MP yang berperangai seperti budak-budak yang melepaskan geram kerana tidak diberikan susu. Jangan jadi seperti perangai bayi yang tidak mendapat susu. Malulah sikit. Itu je.

abe MIE 'TERJAH' said...

PANAS JUGA ...
jom jumpa abeMIE

MACAM-MACAM CERITA & BERITA ADA...

http://malaysialoni.blogspot.com

JOM HEBOH

ibrahim yahaya said...

Sdr JB,

Inilah kelebihan negara kita.

Speaker dari Sabah, Timbalan Speaker dari Sabah dan Sarawak.

PM dari PP. Ketua Pembangkang pun dari PP. TPM dari Pahang. Apa lagi, semua ada. Macam-macam ada, sudah tentu macam-macam ragam.

Tapi, jangan takut, kita ada pendekar baa. Bukan calang orang pulak tu. Selamat Malaysia.

ibrahim yahaya said...

Sdr AbeMie,

Jom sedarkan bangsa Melayu bahawa mereka perlu menguasai pelbagai ilmu, ekonomi dan teknologi seperti yang ditegaskan oleh DS Idris Jusoh. Ini yang dituntut oleh agama kita.

Cuba tanya diri kita apa ayat Al-Quran pertama yang diturunkan. Maka kita tahulah apa yang Allah pentingkan. Saya tidak pergi universiti di Timur Tengah tetapi saya tahu banyak yang kerajaan buat adalah selari dengan agama Islam. Laksanakan fardu kifayah. Buat lebuhraya dari Perlis ke Johor, itu mengikut ajaran Islam. Buat rumah untuk rakyat miskin, itu mengikut ajaran Islam. Supaya rakyat berpendapatan rendah "tenang" apabila mendapat rumah. Cuba tanya ustadz apa dia bahasa Arab untuk rumah. Apakah tiada kaitan dengan ketenangan? Bila ada rumah, kita akan tenang. Itulah ajaran agama. Orang tidak perasan mengenai fardu kifayah ini. Dalam TV semua fardu ain, fardu kifayah tidak banyak yang dibincangkan. Tak tahulah kenapa.

Apabila ada lebuhraya, akauntan dari Perlis boleh bekerja di Johor Bahru. Jika tidak bawa anak isteri ke JB, hujung minggu boleh balik jengok keluarga, lapan jam saja sebab ada lebuh raya. Jika dulu, boleh patah pinggang memandu dari Johor Bahru ke Perlis. Ini orang muda tidak sedar. Tanyalah ibu bapa mereka. Itu sebabnya bapa mereka memilih BN, tetapi anak memilih pembangkang. Bapa faham, anak tidak faham dan tidak peduli.

Bangsa Melayu sekarang menerima ujian yang amat hebat. Ada pihak yang mengusik bangsa kita, agama kita malah baru-baru ini raja kita. Ini perlu disedari oleh semua pihak termasuk Melayu Generasi Baru (MGB)sebelum terlambat.

Kita juga jangan lemah sehingga terpaksa meminta maaf terhadap sesuatu perkara yang tidak perlu atau terlalu banyak tolak undur, bukan tolak ansur. Sentiasa kena tolak, sentiasa pula berundur. Apa ni?

abe MIE 'TERJAH' said...

DUNIA tak sama...
bapa tengok tv cerita Dr.Mahathir..
anak tengok tv cerita doremon....

pastu cakap kenapa mahathir tak jadi doremon ada kawan macam nobita... boleh kalahkan giant budak gemuk tu...

nak insafkan orang susah.... budak sekarang dia rasa serba boleh...belajar sampai spm dah ingat ada PHD macam mat sabu dan makhfuz...

....dia ingat dia tu doremon...dalam poket semua boleh buat...macam anwar, guang eng, haji hadi...


abeMIE nak bawa cerita politik GAY...join lah untuk bulan MAY (hari tak bekerja)...

htttp://malaysialoni.blogspot.com

Anonymous said...

Saya ada menonton gelagat Karpal di tv semalam. Geli hati saya melihatnya. Nasib baiklah pendekar kita tegas orangnya.

Saya sokong Parlimen kali ini lebih banyak membincang isu-isu yang disuarakan rakyat. Oh ya bincang dan cari jalan penyelesaian. Bukan bincang dan bertekak macam peserta dalam realiti show tapi takde jalan penyelesaian.

Seperti yang kita tahu, kita sedang menghadapi krisis ekonomi dan krisis makanan yang meruncing. BN tidak patut bergaduh sapa patut turun atau naik. PR tidak perlu dok sibuk dan seronok membongkar kesilapan BN hanya kerana ghairah melihat respon yg melambak didalam blog mereka.

Soal negara sekarang lebih penting. Semua mesti buat kerja. Berkhidmat pada rakyat dan ya jangan lupa janji manifesto masing-masing. Jangan tetiba senyap je.

Anonymous said...

Dato..
Apa yang penting kini ialah rakyat akan menilai sejauh mana keupayaan MP masing2 di dewan nanti sebab ada live.yang duduk dalam parlimen kali ini bukan calang2 org.....semua ada latar belakang pendidikan yang menggerunkan.....harap2 tak jadi la mcm sebelum2 ni.....bertekak isu yang tak masuk akal....cuba la berdebat pasal isu rakyat..... ni tak isu parti,mcm2 lagi la.....

Wahai MP2 sekalian selamat bersidang...rakyat sedang memantau sejauh mana kematangan anda di dewan......kalau tak.....4 tahun akan datang selamat jalan la...

ibrahim yahaya said...

Sdr AbeMie,

Peranan anak dan anak muda ini teramatlah penting.

Dalam PRU12, anak-anak inilah yang berjaya mempengaruhi ibu bapa mereka untuk mengundi calon mana.

Kebanyakan anak-anak ini bekerja di Lembah Kelang atau bandar-bandar besar yang terdedah dengan media baru. Mereka baca dan terus membaca. Mereka percaya dan terus mempercayainya. Walaupun, ada sesetengahnya tidak berasas atau ditokok tambah.

Apabila, mereka balik ke kampung halaman, sehari atau dua hari sebelum mengundi, pelbagai cerita ditaburkan kepada ibu bapa mereka. Anak-anak abrar inilah yang berjaya memikat ibu bapa mereka dengan cerita-cerita dari bandar. Antaranya mengatakan kerajaan lembik, pemimpin lemah, pemimpin Melayu dicucuk hidung, kesengsaraan rakyat di bandar dan segala macam berita yang didapati di media baru.

Akibatnya, ada ibu bapa yang mempercayai cakap anak mereka dan Sdr pun tahu apakah kesannya pada PRU12.

Inilah berkesannya media baru yang berjaya menyakinkan "anak-anak" ini terutama Melayu Generasi Baru (MGB) dengan berita-berita panas dan amat sesuai dengan jiwa mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Hamidi Ishak,

Saya setuju dengan pandangan Sdr.

Semua pihak perlu menumpukan usaha dan tenaga mereka untuk membantu rakyat terutamanya berpendapatan rendah yang sudah pasti terjejas dengan isu barangan keperluan harian sekarang.

Seperti yang dinyatakan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Mizan agar tiada pihak yang hanya mementingkan diri sendiri (mengejar jawatan? menjadi Perdana Menteri?) sebaliknya menggunakan Parlimen untuk membela rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pena Ilham,

Baru-baru ini, ramai MP dari kerajaan dan pembangkang yang tidak menghantar soalan mereka sebelum Parlimen bersidang.

Alasan yang diberikan ialah sibuk atau sudah buat tetapi terlupa hendak hantar. Apa ni? Buat apa jadi MP jika terlupa hendak menghantar soalan yang membantu dan membela nasib rakyat.

Tidak payahlah memberikan pelbagai alasan tetapi yang penting buat saja yang dikehendaki. Jika malas, katakan malas, senang rakyat membuat keputusan di masa akan datang. MP perlu mengemukakan soalan terlebih dahulu seperti yang ditetapkan oleh peraturan Parlimen. Soalan tambahan itu, lainlah ceritanya.

catchmazlan said...

Sdra,
Perlu diingat siape yang memilih MP-MP ini. MP Pakatan Rakyat dipilih oleh Hindraf dan penetang DEB. MP Barisan dipilih oleh penentang Hindraf dan orang-orang kampong yang tak baca blog dan tak layar internet, hanya tonton RTM,TV3 dan dok pi dengar taqarub JASA saja.
Yang dok sokong penubuhan kandang babi kena dilanyak cukup-cukup.

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Kenyataan Sdr bahawa MP pembangkang dipilih oleh kumpulan yang menyokong Hindraf dan penentang DEB, mungkin ada kebenarannya. Di Sungai Petani, hampir semua bilik gerakan PKR dikendalikan oleh orang India. Begitu juga di seluruh negara. Orang India sudah terpengaruh dengan laungan PKR untuk membela orang India dan memperkecilkan MIC.

Selain itu, tiupan sentimen perkauman DAP yang menyatakan memilih calon BN ialah memperkuatkan kedudukan bangsa Melayu amat berkesan di sanubari masyarakat bukan Melayu. Sudah tentu mereka tidak mahu Melayu kuat. Kuat apa, jika ekonomi pun dipegang oleh kaum lain.

Mereka ini lupa dengan kenyataan bekas PM, Tun Abdul Razak Hussein, bahawa di negara ini jika bangsa Melayu gembira, kaum lain juga gembira. Begitulah sebaliknya.

Mengenai kandang babi, tidak kira BN atau pembangkang, jika dibuat secara tidak betul pasti akan dimarahi oleh rakyat. Jika tersusun dan moden sudah tentu boleh diterima. Tetapi tidaklah besar atau mega. Kini, orang panggil PROJEK BABI MEGA.

Jika kotor dan meloyakan, umpamanya, di Sungai Tuang, Melaka, walaupun BN memerintah negeri itu, tetapi penduduk kampung sudah cium bau babi sejak 50 tahun lalu dan mereka amat marah dengan kerajaan negeri. Apabila kerajaan negeri hendak mengambil tindakan terhadap penternak yang mengotorkan alam sekitar, adalah pulak pemimpin parti komponen yang membantah dan meminta memberi kelonggaran.

Atas semangat BN maka UMNO pun tolak undur. Tetapi DS Mohd Ali Rustam yang tidak tahan telinga kerana dimarahi penduduk kampung itu, berusaha untuk memastikan penternak tidak mencemarkan alam sekitar dan menternak lebih daripada jumlah yang dibenarkan. Itupun beliau kena belasah dengan suratkhabar Cina yang mengatakan beliau tidak berhati perut. Sampai bila kita kena tolak undur.

farzain said...

hmm.... tahniah encik ibrahim, saya suka cara penyampaian saudara. Ini lah baru didkatakan blog yang mengutarakan pendapat dengan penuh sopan dan bukan hanya membuat lawak bodoh tanpa ada satu isi yang masuk akal pun. Teruskan!

Diharapkan apa2 pun yang ingin ditulis tidak berunsur memecahbelahkan rakyat tetapi lebih kepada memberi buah fikiran yang bernas dan sama-samalah kita bersama menyokong usaha kerajaan kita membangunkan dan memajukan negara.

Wassalam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Rakyat Malaysia tidak boleh dipecahbelahkan sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Sikh, Bajau, Thai atau masyarakat Orang Asli. Kita mampu sampai ke tahap ini kerana kita bersatu-padu dan sentiasa memastikan keharmonian kaum dan kestabilan negara. Bukan senang untuk berbuat demikian. Tetapi bukan susah untuk menghancurkannya.

Tahukah saudara bahawa salah satu syarat memberikan kemerdekaan kepada kita oleh Britsih ialah kita tidak boleh gaduh selama sepuluh tahun selepas diberikan kemerdekaan. Jika ada pertumpahan darah atau pertelingkahan kaum di negara ini dalam tempoh itu, British akan masuk semula untuk memerintah.

Syukurlah, 13 Mei berlaku pada 1969 selepas 12 tahun kita merdeka. Oleh itu, British tidak boleh mengambil semula negara ini. Bayangkan jika kita bergaduh sebelum tempoh sepuluh tahuh, maka Malaysia tidak akan jadi begini. Terima kasih kepada pemimpin kita sebelum ini.

Oleh itu, ucaplah tahniah kepada diri sendiri terutama orang tua kita yang memastikan tiada pergaduhan kaum dalam tempoh sepuluh tahun. Pada 1969, kita berbalah dan keadaan ini sudah pasti disukai oleh orang luar.

Oleh itu, peliharalah negara ini dan bagi mereka yang ingin memecah-belahkan kita, tidak kira orang Melayu, Cina, India atau kaum lain, kita perlu menentang mereka habis-habisan. Jika tidak, kita akan dicucuk hidup selama-lamanya. Renungkanlah.