Wednesday, April 23, 2008

TIGA WAKIL RAKYAT BN JADI BLOGGER

Tiga orang lagi wakil rakyat Barisan Nasional terjun ke alam maya untuk berkomunikasi secara langsung dengan orang ramai. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ajil,Terengganu yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Rosol Wahid (kiri) membuka laman blognya sendiri. Ia boleh diakses menerusi alamat DI SINI .

Laman blog Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) pula dialamat DI SINI .

Seorang lagi ialah Ahli Parlimen Pulai Johor,Datuk Nur Jazlan Mohamad Rahmat dialamat DI SINI . - AGENDA DAILY.

Selamat menulis.

7 comments:

Dyah Pengging H., S.Psi said...

salam...

Pemuda Pelapis said...

Terima kasih atas maklumat ini.
Jika ada lagi mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen BN membuka blog, harap maklumkan supaya saya dapat meletakkan pautan di blog saya untuk kemudahan semua pengunjung.

Setakat ini saya senaraikan semua laman blog pemimpin kerajaan dan pembangkang bagi tujuan memudahkan kita semua mengikuti perkembangan semasa.

Wassalam!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

ibrahim yahaya said...

Sdr Sweet Lady,

Salam kembali.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pemuda Pelapis,

Saya yakin selepas ini beratus-ratus YB akan membuka blog untuk menunjukkan kerja mereka di kawasan yang diwakili.

Blog adalah satu medium penyampai maklumat terkini YB dan juga untuk memberitahu program serta aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan.

Siapa yang tidak suka blog, mereka akan jadi goblog atau boso (bodoh sombong).

rizal hashim said...

Datuk, pada saya, blog YB Jazlan merangsang minda.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Itulah yang diharapkan oleh pembaca terutamanya blog YB dan ahli politik di seluruh negara.

Kini, akhbar sudah mula mengambil bahan dalam blog YB. Yang terbaru ialah Utusan Malaysia yang mengambil berita dalam blog, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Itulah yang diharapkan oleh pembaca terutamanya blog YB dan ahli politik di seluruh negara.

Kini, akhbar sudah mula mengambil bahan dalam blog YB. Yang terbaru ialah Utusan Malaysia yang mengambil berita dalam blog, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.