Saturday, February 28, 2009

INDUSTRI KREATIF PEMANGKIN EKONOMI

Pada 10 Mac ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan membentangkan 'mini bajet' sebagai persediaan negara untuk menghadapi kemelut ekonomi dunia sekarang.

Ini adalah lanjutan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi pertama bernilai RM7 bilion yang memperlihatkan strategi untuk menggerakkan beberapa industri termasuk sektor pembinaan dengan menyalurkan peruntukan kepada sekolah dan pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan jumlah dalam mini bajet itu melebihi pakej rangsangan terdahulu dan ia mungkin sekitar RM10 bilion hingga RM15 bilion. Sudah pasti angka yang disediakan itu bagi memastikan semua industri terus berkembang. Ekonomi yang statik yang akan melemahkan pertumbuhan ekonomi negara.

Antara bidang yang boleh difikirkan ialah industri kreatif seperti perfileman, animasi atau pun bidang muzik. Peruntukan yang berpatutan sudah tentu akan menggalakkan industri itu terus berkembang apatah lagi ketika ini ramai graduan kreatif yang keluar daripada IPTA dan IPTS di seluruh negara.

Penyediaan dana yang mencukupi dan proses peminjaman mudah untuk industri kreatif sudah tentu membolehkan mereka berkarya di samping usaha terbaru Kementerian Penerangan (MOI) mengadakan satu saluran percubaan digital di Astro minggu depan.

Ejen kenit memberitahu DT bahawa RTM akan menempatkan program digital 'muzik aktif' yang dilancarkan September 2006 dalam saluran Astro. Ia akan menyediakan ruang bagi pemain industri kreatif untuk menyalurkan karya mereka.

Tahniah kepada MOI dan diharapkan ia dapat menggerakkan industri kreatif.

7 comments:

Anonymous said...

Industri hiburan semakin lesu dan semakin malap. nak buat macam mana lagi? Tajuk berita utamanya 'artis sudah bertudung', 'artis sudah insap','artis nak pergi umrah lepas tu buat haji' dan artis dapat anugerah datuk'
Bukan lagi filem meletup dipawagam, jualan album macam pisang goreng panas dan artis kita makin kaya-raya, artis hidup senang, industri hiburan menguntungkan.
Dunia artis dan terutama wartawan hiburannya sekarang entah hape-hape mengada2 & mengarut, buang karan aje melayannya.
Sebab itu orang lebih tertarik berita politik dan sukan, ekonomi pun..

Anonymous said...

"Ejen kenit memberitahu DT bahawa RTM akan menempatkan program digital 'muzik aktif' yang dilancarkan September 2006 dalam saluran Astro. Ia akan menyediakan ruang bagi pemain industri kreatif untuk menyalurkan karya mereka."

Salam Dato

Apakah RTM tidak yakin untuk meempatkan program muzik kreatif ini di dalam TV1 atau TV2?

Jika perlu kenapa RTM tidak menambah saluran sekiranya TV1 dan TV2 tidak dapat menerima program ini?

Inilah RTM, platform miliknya ada tetapi yakin kepada platform TV berbayar.

Apa sasaran audience program ini?

Adakah RTM = Reaksi Tunggu Mati?

Saya membesar dan penuh rangsangan dengan harapan pada RTM agar lebih berdaya saing kepada Media Prima. Nampaknya sikap ingin berdaya saing ini di matikan oleh kakitangan RTM sendiri.

Dengan kekangan yang tidak munasabah di RTM, RTM TIDAK AKAN MENGATASI Media Prima. Tetapi penghapusan kekangan yang tidak munasabah serta perubahan sikap, status minda (mind set), penggunaan akal yang lebih bijak serta amanah boleh menatijahkan hasrat RTM ingin BERSAING.

Fikirkan Dato serta team berita yang dato ketuai.

ikhlas

Bendahara Kuala Lumpur

ibrahim yahaya said...

Sdr Azienmat,

Berita hiburan pun perlu dinamik dan membantu meningkatkan minda. Berita yang tidak bermutu pasti melemahkan minda.

ibrahim yahaya said...

Sdr BKL,

Saya difahamkan penempatan itu adalah antara proses ke arah pendigitalan RTM sepenuhnya pada 2012. RTM belum lagi mengadakan saluran digital dan ia perlu menggunakan saluran digital satelit terlebih dahulu. Ketika ini program percubaan digital RTM diadakan di Lembah Klang membabitkan kira-kira 1,000 orang yang menggunakan dekoder khas. RTM juga hanya mempunyai dua saluran setakat ini iaitu TV1 dan TV2.

Anonymous said...

Salam Dato
Saya tidak nampak penempatan digital ini akan memberi faedah kepada RTM. Apatah lagi fokus utama pendigitalan bukan "pendigitalan" itu sendiri tetapi kandungan program itu yang akan di di digitalkan.

Rakyat tidak akan terpedaya dengan membeli dekoder tersebut. Walau apa jua menteri nya yang berkata. Rakyat tidak akan terpedaya dengan helah pembelian dekoder yang akan di buat untung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam situasi ekonomi yang kacau ini.

RTM WAJIB fokus kepada kandungan programnya untuk bersaing dengan TV swasta. Saya boleh bercakap panjang lebar tentang kandungan program, namun saya akan nyatakan kemudian. PERKARA asas untuk RTM bersaing adalah DUA PERKARA TONGGAK:

1.KANDUNGAN PROGRAM YANG RELEVAN DENGAN SASARAN PENONTON.

2. PEROLEHAN PROGRAM LEBIH AWAL AGAR PERANCANGAN PENJADUALAN LEBIH AWAL, STABIL DAN BERSTRUKTUR DAPAT DI BUAT BAGI MENARIK PENGIKLAN MEMBELI. BUKAN TANGKAP MUAT DAN MEMINGGIRKAN NILAI PROGRAM, SASARAN PENONTON, MASA SIARAN DAN KUALITI PERSEMBAHAN.

Wahai warga RTM jangan jadikan RTM tak relevan dan menanti saat kematian.

Bendahara KL

Anonymous said...

salam DT...
saya heran kenapa orang RTM di persalahkan... mengikut ramalan keadaan cauca rakan rakan saya yang berada diRTM, kata mereka staf RTM tak pernah buat keputusan apa-apa tentang apa yang ke udara ... yang buat keputusan adalah pembuat dasar yakni menteri-menteri dan pihak kementerian, RTM dah lama jadi pak turut dan segala kesilapan yang di buat oleh pembuat dasar... orang rtm kena tanggung....adil ke ini????

Anonymous said...

Salam...

saya antara orang yang terlibat dengan penempatan saluran Muzik Aktif ke platform Astro pada 16 Mac ini. saya rasa tidak adil untuk kita semua "mengadili" perkara yang belum dilaksana. Objektif saluran Muzik Aktif itu sangat baik. kalau sesetengah orang dalam persatuan artis melaungkan 90-10, tapi saluran Muzik Aktif 100% buatan Malaysia. ada empat kriteria yang perlu seorang karyawan itu untuk muncul di saluran Muzik Aktif yang telah ditetapkan

1. mesti penyanyi warga Malaysia (tak kira melayu, cina, india, iban, melanau, bidayuh, orang asli temuan, temiar, jakun, kadazan atau apa saja etnik)
2. mesti ciptaan warga malaysia.
3. lirik juga ciptaan warga malaysia
4. di terbitkan di malaysia.

tujuan kriteria ini adalah untuk memastikan semua perbelanjaan membayar royalti kembali kepada orang malaysia. secara tak lansung, kriteria ini juga akan motivated pengkarya malaysia untuk berkarya. lebih banyak satu-satu komposer tu berkarya, dan disiarkan di mana2 media... makin banyak royalti dia dapat.

itu baru satu dari berbagai faedah yang boleh saya nyatakan disini.

untuk pengetahuan, kakitangan RTM sentiasa berkerja mcm nak mati untuk memastikan program mereka berkualiti. tapi orang sentiasa kata tak berkualiti.

saya bukan nak pertahankan kakitangan RTM, tapi saya tahu kepayahan mereka dalam menerbitkan sesuatu program. (saya bukan kakitangan tetap)

sebagai contoh, penerbit di unit hiburan. satu ketika dulu, dalam satu masa untuk satu minggu, mereka harus menerbitkan bukan 1, tapi hampir 4 atau 5 program. zoom In, Anjung Budi, Down Memory lane, Fenomena Seni, Konsert Diraja, dll.
kalau kita nak banding dengan tv3 yang hanya ada 2 atau 3 program hiburan seminggu. (muzik muzik, mystar LG, dan sekali sekala Jom Heboh).
jadi tumpuan dan fokus mereka terhadap program boleh jadi kurang. byk sangat nak dipikir. ini akibat daripada peruntukkan yang kerajaan dah tetapkan iaitu mesti menyiarkan 70% program malaysia. bila ada kuota begini... RTM terpaksa la ikut, sebab RTM tv kerajaan. nanti orang kata tak serupa bikin. untuk menepati kuota itu, satu unit kat RTM terpaksa menerbitkan byk program. secara tak lansung, fokus hilang. kesian kawan2 saya yang kreatif kat RTM tu tapikreativiti mereka tak berkembang sebab overload kerja. berlainan dengan tv swasta... orientasi mereka keuntungan. program yang boleh menarik penonton, itu la yang mereka siarkan. saya ambil contoh media prima... ada 4 chanel bwh media prima
TV3 hanya ada Muzik2 dan Mentor (coming soon), 8TV hanya ada one in a million, NTV7 lansung takde program hiburan terbitan sendiri (buat masa skrg ni) TV9 lansung takde(asyik ulang program tv3). muzik2 pun dah cut budget skrg ni... pencalonan baru artis miming... tak lagi diiringi live band. jadi secara tak lansung, penerbitan program menjadi lebih senang... tak perlu banyak benda nak dipikirkan... ambik jer shot pengacara... pasang cd, artis miming... tak pening nak sewa peraltan dan bayar pemuzik.
atas alasan ini, bagaimana la kita nak bandingkan hasil kualiti RTM dan Media Prima.

kedua mengenai promosi RTM. saya akui, promosi RTM memang sangat lemah. tapi ini terjadi bukan kerana orang RTM tak mahu promosi. promosi memerlukan duit.
saya ambil contoh dari segi hiburan... satu program kalau nak hebat, mesti ada pengacara yang hebat, artis yang hebat dan musician yang hebat. senang cakap, semua personaliti hebat la. tapi nak panggil mereka ni bukan murah.... (kena ingat, ni TV kerajaan... duit kerajaan duit rakyat, nanti orang kata kita membazir pulak).
pernah sekali kawan saya di RTM offer seorang pengacara untuk mengacarakan satu program. dia mintak sampai 30ribu untuk 13episod! mahalnya... sedangkan token yang RTM mampu bayar untuk satu episod hanyalah 1 ribu. (Dato CT pun dapat byk ni jer untuk satu episod) maknanya 13 episod, 13ribu. byk dah tu... tapi dia demand nak juga 30ribu. disini la timbul dilema RTM, nak diturutkan, membazir... tak diturutkan... rating program merudum. orang luar yang tak tahu cerita (ntah tengok ntah tidak pun RTM) hentam macam2.

mengenai pendigitalan... pendapat saya ia sesuatu yang "perlu". bukan lagi membazir. Vietnam yang jauh baru merdeka dari kita pun dah nak digital... inikan pulak kita. lagi pun, menjelang tahun 2015... satu dunia menjadi digital sepenuhnya... kalau kita tak buat, habis la kita. bukan setakat tertinggal... jadi Korea Utara la jawabnya... katak bawah tempurung.

saya rasa masih byk yang boleh diperbaiki oleh RTM. tapi perlu hati2 dan perlahan. (biar lambat asal selamat). kalau drastik sgt, ramai yang akan terperanjat tambahan pula ini tv kerajaan. pembiayaannya pun dari dana rakyat... jadi untuk yang kritik tu.... kita lihat dan adili kemudian. jangan la kita asyik nak hentam jer...

ingat semasa terowong SMART... kita hentam... lepas tu bila skrg ni terowong tutup untuk penyelenggaraan, kita bising... jam sebab tak dapat guna terowong.
ingat Proton (walaupun mutunya boleh diperbaiki lagi)... orang bising jugak... tapi hampir 70% orang malaysia pakai proton sekrang ni sebab mampu... kalau dulu, jangan harap la kerani nak pakai kereta.

kita ni byk sangat kritik tapi tak bagi solution... kan lebih bagus kalau kita kritik dan bagi solution?

salam