Friday, September 7, 2007

BAJET 2008 : PERSPEKTIF DUNIATIGER

POSTING PERTAMA: 3.22 petang

Bajet 2008 - RTM iaitu TV1 dan TV2 (dalam bahasa Inggeris) , TV3 dan NTV7 membuat siaran langsung. Bermula jam 3.10 petang.

Antara ahli panel RTM ialah Pengerusi Nadi Holdings, Datuk Nazmi Mohd Salleh dan Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial, Datuk Dr Denison Jayasoria. RTM turut menghubungi Presiden Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia, Prof Dato' Ibrahim Ahmad Bajunid dan Penasihat FOMCA, Datuk Mohd Hamdan Adnan.

TV2 (siaran langsung dalam bahasa Inggeris). Antara ahli panel ialah Prof Datuk Dr Ismail Salleh.

TV3 dihoskan oleh Prof Dr Mahani Zainal Abidin. Ahli-ahli panel ialah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Ali Al-Attas; Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Redza Rapiq dan Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia, Sham S Ratnani.

NTV7 (siaran langsung dalam bahasa Inggeris). Antara ahli panel ialah Datuk Dr Zainal Aznam.

Posting Kedua - 4 petang

4 petang : Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tiba di Parlimen.

4.03 petang : PM bentang Bajet 2008. Bajet pertama selepas 50 tahun negara merdeka.

Posting Ketiga - 4.07 petang

Tajuk Bajet 2008 - Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran.

3 strategi utama:

1. Mempertingkatkan daya saing negara
2. Memperkasakan pembangunan modal insan dan
3. Menjamin kesejahteraan rakyat.

Posting Keempat - 4.15 petang

- Kadar cukai korporat diturunkan kepada 25 peratus pada 2009 (diberi tepukan oleh Ahli dewan)
- 1 Januari 2008 - taksiran cukai setem boleh dibuat oleh swasta. (tepukan)
- 16 borang kastam akan digabung kepada empat borang saja
- Potongan cukai diberikan kepada premium insurans - indemnity professional.
- Memudahkan kemasukan pekerja berkemahiran tinggi. Imigresen pendekkan tempoh proses kerja 7 hari.
- Visa baru ahli perniagaan - tempoh sah lebih panjang. Berkuatkuasa 1 Januari 2008.
- Perkenalkan multiple entry - warga China dan India boleh memohon dari mana-mana tempat mereka bekerja. Sebagai permulaan mereka boleh memohon di New York, Singapura dan Hong Kong.

Posting Kelima - 4.30 petang

- Memperkukuhkan Tadbir Urus Korporat
- Kod Tadbir Urus Korporat - pindaan berkuatkuasa 1 Oktober 2007
- Pengecualian duti setem kepada semua suratcara (petroleum)
- Struktur Komisen yang berdaya saing.
- Syarikat dana Islam boleh pegang 100 peratus
- Pengecualian cukai pendapatan diberikan kepada perunding yang bukan pemastautin
- Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan - dari Timur Tengah.

Posting Keenam

- sektor pertanian : RM6.5 bilion diperuntukkan
- sektor bioteknologi : RM236 juta disediakan.

Posting Ketujuh

- 10.7 juta pelancong lawat Malaysia sehingga Jun 2007
- Sektor pelancongan : RM 858 juta diperuntukkan
- Menggalakkan perkembangan perusahan kecil dan sederhana

STRATEGI KEDUA : MODAL INSAN

- RM30 bilion - memperkasakan sekolah rendah dan menengah (tepukan)
- Yuran peperiksan sijil tinggi agama malaysia dihapuskan (tepukan)
- Pendidikan percuma untuk semua mulai 2008 (tepukan)
- Skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar (tepukan)
- Pakaian seragam percuma daripada berpendapatan RM1,000 kebawah

GURU

- elaun guru naik RM100 ke RM250 sebulan(tepukan)
- Elaun guru ganti kelulusan ijazah dinaikkan.
- guru pesara akan diambil berkhidmat

Posting Kelapan

- kadar biasiswa dinaikkan antara 23 hingga 84 peratus semester pertama sesi 2007
- elaun sara hidup pelajar universiti dinaikkan di negara tertentu.
- RM2 bilion - mempertingkatkan program latihan dan kemahiran
- pelepasan cukai pasca ijazah

Posting Kesembilan

- Pemantauan penyedia perkhidmatan jalur lebar

STRATEGI KETIGA - MENJAMIN KESEJAHTERAN RAKYAT

- Kerajaan pergiatkan lagi pembinaan kos rumah rendah
- RM381 juta untuk PPR disewa dan bersepadu
- RM50 juta disediakan berkuatkuasa 1 Januari 2008
- Kerajaan sedia dana pinjaman perumahan untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana
- pencarum kwsp boleh keluar baki akaun 2 setiap bulan untuk bayar ansuran pinjaman rumah.
- RM 12 bilion untuk tingkatkan pengangkutan awam di KL dan Pulau Pinang dalam tempoh empat tahun.

Posting Kesepuluh

- RM4 bilion untuk tingkatkan kualiti hidup di Sabah (tepukan)
- RM4 bilion disediakan bagi projek pembangunan di Sarawak (tepukan dan teriakan)

- RM 214 juta untuk membasmi kemiskinan tegar.
- RM30 juta untuk NGO ada program latihan untuk pelajar tercicir
- RM984 juta untuk sukan
- pelepasan cukai individu RM300 untuk beli peralatan sukan dan senaman
- RM782 juta untuk wanita, keluarga dan masyarakat
- Pelepasan duti setem - pindahmilik rumah suami kepada isteri
- RM2 bilion bon disediakan untuk menjamin kebajikan warga emas

Posting Kesebelas

- OKU kadar elaun naik kepada RM300 sebulan
- potongan cukai kepada majikan untuk ubahsuai tempat kerja OKU
- RM13 bilion untuk perkhidmatan kesihatan
- pakar perubatan dibolehkan menerima sebahagian bayaran skim perkhidmatan pesakit bayar penuh
- Untuk atasi kekurangan jururawat lebih ramai dilatih di pusat latihan swasta

KESELAMATAN

- RM6 bilion diperuntukkan untuk PDRM pada 2008
- 60 ribu anggota polis baru akan diambil
- lebih banyak CCTV dihubungkan kepada pusat kawalan polis

Posting Keduabelas

- RM1.1 bilion disediakan untuk projek tebatan banjir di seluruh negara
- RM 120 juta untuk program pemuliharaan dan pembersihan sungai
- KSU dan ketua perkhidmatan ditawarkan skim kontrak untuk tiga tahun

- RM176.9 bilion bagi Bajet 2008, kenaikan 10.9 peratus
- RM128.8 bilion mengurus
- RM48.1 bilion untuk peruntukan pembangunan

- defisit fiskal 2008 dikurangkan kepada 3.1 peratus
- pertumbuhan ekonomi - 6 hingga 6.5 peratus pada 2008

- 5.25 petang : Perdana Menteri tamat bentang Bajet 2008.

No comments: