Sunday, September 23, 2007

ZARA OH ZARA! MENGAPA ENGKAU MAHAL?


(Butik ZARA di Hong Kong)

Seorang teman mendapati harga pakaian di Zara, rangkaian penjual pakaian di kompleks beli-belah di negara ini terlalu tinggi berbanding harga yang dijual di luar negara. Beberapa kali beliau ternampak harga asal sesuatu barang yang dijual pada 10 Euro atau kira-kira RM48 dijual pada harga RM200. Ini satu peningkatan yang tinggi. Mengapa terjadi begini rupa?

Menurut teman itu lagi, rakannya yang tinggal di Sepanyol memberitahu beliau bahawa Zara di negara berkenaan seperti rangkaian pasar raya besar Giant di Malaysia yang menjual barang-barang pada harga berpatutan. Oleh itu, teman saya ingin melawat Zara di Sepanyol untuk meneliti harga pakaian dan aksesori yang dijual di negara berkenaan. Sudah tentu lebih murah dan lebih banyak barangan yang boleh diperolehi daripada jumlah wang yang sama berbanding di negara ini.

Zara adalah rangkaian pusat jualan bagi Kumpulan Inditex Sepanyol yang dimiliki oleh jutawan Sepanyol, Amancio Ortega. Ortega juga mempunyai brandnya sendiri seperti Massimo Dutti, Pull and Bear, Stradivarius dan Bershka. Ibu pejabat kumpulan itu ialah di A Coruna, Calicia, Sepanyol di mana kedai Zara yang pertama dibuka pada 1975. Hari ini, Inditex adalah penjual runcit yang paling cepat berkembang di dunia dengan memiliki lebih 3,100 kedai di 70 negara. Ia mempunyai 32,000 pekerja, 200 pereka fesyen dan 20,000 stok baru setiap tahun di rangkaian kedainya.

No comments: