Sunday, September 30, 2007

KELUARLAH DARIPADA KEPOMPONG JUMUD

Saya pernah menulis mengenai kelebihan membuka mulut. Ada orang yang setiap kali membuka mulut akan mendapat wang seperti pakar motivasi atau penceramah. Kali ini, saya ingin bercakap mengenai kebodohan seseorang itu apabila membuka mulutnya. Dalam ertikata lain individu itu akan kelihatan bodoh atau dungu apabila mengeluarkan pandangannya. Tidak salah mengeluarkan pandangan peribadi mengenai sesuatu perkara. Tetapi biarlah ada logik dan kebernasannya. Jika tidak kita akan dilihat sebagai seorang yang bodoh, dungu, semangat rendah diri, tiada jati diri dan memalukan bangsa kita. Ini ada kaitan dengan penghantaran angkasawan pertama negara.

Banyak ditulis mengenai angkasawan termasuk dalam media perdana, Malaysiakini dan blog. Seperti biasa, media perdana akan menerangkan kepentingan penghantaran angkasawan yang bermatlamat "Malaysia Boleh" dan usaha memartabatkan bangsa untuk "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan negara-negara lain. Media baru juga melaporkan mengenai angkasawan itu tetapi pendekatan mereka amat berbeza sekali dengan "mempertikaikan" usaha murni itu dan melabelkannya sebagai program menghabiskan wang rakyat. Apa ni? Cuba memperlecehkan usaha kerajaan yang berpandangan jauh. Cuba merendah-rendahkan program yang dimulakan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Cuba menyakitkan hati TDM yang kini dalam proses pemulihan selepas pembedahan keduanya.

Bagi saya, orang yang menyatakan Program Angkasawan sebagai projek yang menghabiskan wang rakyat adalah golongan yang tidak mempunyai jatidiri. Sentiasa mahu duduk di bawah tempurung. Mereka juga segan untuk berdiri dengan orang lain kerana "kependekan" diri serta "kehodohan" yang teramat sangat. Tidak hairanlah golongan ini tidak akan berbangga dengan pencapaian Program Angkasawan ini walau dilihat dari sudut mana sekalipun. Ini kerana otak mereka beku dan tidak mahu menerima pembaharuan. Itu saja. Hidup ini mestilah bermatlamat dan berpandangan jauh. Janganlah sempit pemikiran kita.

Kita sepatutnya berbangga dengan usaha murni ini dan berasa megah dengan langkah kerajaan untuk menghantar rakyat negara ini ke angkasa. Tidak kira apa bangsa sekalipun, angkasawan ini tetap rakyat Malaysia yang tercinta. Angkasawan ini bukan dipetik daripada pokok atau digali daripada tanah tetapi terpilih daripada lebih 11,000 calon yang melalui ujian getir terutamanya kecerdasan minda dan fizikal. Mereka yang terpilih terutama di peringkat empat orang terakhir termasuk seorang wanita India itu adalah kumpulan yang terbilang. Mereka ini lebih tinggi martabatnya daripada "golongan bodoh dan dungu" yang sentiasa mempertikaikan program berkenaan.

Bukanlah tujuan saya untuk membela Tun Dr Mahathir Mohamad, Paklah, DS Ong Ka Ting, DS S Samy Vellu mahupun DS Dr Jamaluddin Jarjis berhubung program BN. Ada juga individu yang diberikan tugas untuk melaksanakannya program sehebat ini gagal atau tidak berjalan. Kebetulan JJ berjaya melaksanakannya termasuk sentiasa mendapat publisiti mengenainya mungkin menyebabkan ada orang irihati dengan program ini.

Mereka ini sebenarnya mempunyai semangat tebal membenci apa yang dilakukan oleh kerajaan. Pemikiran mereka tidak keluar daripada kotak. Sentiasa saja terkongkong dalam pemikiran sempit. Berhentilah bersikap demikian dan sekali-sekala lihatlah di sekeliling untuk menyedari di mana bumi kita berpijak. Jangan biarlah kebodohan kita sentiasa mengekang kebolehan kita untuk melihat sesuatu perkara secara lebih holistik dan bermaruah. Biar nampak bodoh tetapi bermaruah.

2 comments:

Anonymous said...

Bila masa pulak dia jadi Angkasawan? I thought he is just Space Tourist like that Millionaire African Guy and Ms Anousheh of Iran American. Kalau orang lain, they paid themselves, but in our case, walaupun ramai rakyat miskin yang tak cukup makan, kerajaan boleh sponsor RM90 juta semata-mata nak bagi dia makan angin kat space. It that fair? It is not fair at all!!

Aris said...

Program Angkasawan memang bagus bagi melahirkan anak-anak watan yang berminat dalam bidang sains dan teknologi. Dengan ini anak-anak kita tidak lagi minat kepada hiburan. Dulu Mawi menjadi idola. Biarlah sekarang ini Dr. Sheikh menjadi idola. Tetapi program ini hanya hangat-hangat tahi ayam saja. Nama dia pun saya sudah lupa kerana sudah kurang program TV tentang beliau. Orang kita lebih sangat berpolitik dan berhiburan.
Program TV kita menjadi kenyataan.
Bagaimana nak jadi world class jika semua buat separuh jalan. Buat program untuk tujuan politik.

Aku kesal kerana ini juga terjadi di syarikat saya. Apabila PM tukar dari TDM ke PakLah, syarikat pun tukar CEOnya. Hingga habis semua VP dan Director lama dibesarakan. Lagi ramai Director dari dulu tetapi hasil kerja sama saja. Produk yang dulu dibuang diambil semula dan bagi nama baru.