Saturday, September 8, 2007

TOLONG JANGAN SAKIT AHLI POLITIK

Ahli politik di Malaysia tidak boleh sakit. Jika sakit, segala usaha untuk merahsiakannya perlu dijalankan. Tiada maklumat perlu diberikan kepada orang lain terutama media mengenai penyakit yang dialami dan peluang untuk sembuh. Jika sakit, masa depan akan gelap. Jika sakit dan diketahui pemimpin tertinggi, maka hancurlah harapan untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Satu ketika dulu, seorang timbalan menteri pernah sakit tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Beliau hilang daripada "pandangan umum" hampir beberapa bulan. Kepintarannya mengawal rahsia itu perlu dipelajari oleh ahli politik lain.

Kini semua orang tahu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kang Choy, cuti sakit. Beliau dikatakan pergi mendapat rawatan di Australia. Penyakitnya tentulah perlu diubati segera memandangkan beliau terpaksa berlepas ke negara kangaroo itu tanpa hadir di sambutan kemerdekaan 50 tahun 31 Ogos lalu.

Ada pihak yang menyatakan penyakit angin ahmar atau barah, tetapi itu hanyalah spekulasi saja. Ada yang menyatakan serangan angin ahmar menyebabkan mulutnya herot. Betul ke? Mungkin hanya spekulasi. Yang mengetahuinya ialah tuan punya badan dan keluarga terdekat. Yang lain, hanya kata-kata orang yang gemarkan spekulasi.

Namun, sesetengah pihak pula gemar mengaitkan cuti sakit itu dengan perkara lain. Pelbagai dakwaan dan ramalan dibuat. Laporan Malaysiakini menyebut DS Chan yang pergi ke luar negara itu sebenarnya membawa hati dan dikatakan meletak jawatan. Laporan yang memetik sebuah akhbar Cina juga menyebut perletakan jawatan itu adalah satu wayang kulit dan juga sebagai signal untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan UMNO berhubung pelbagai perkembangan terbaru termasuk PKFZ.

Itulah yang saya katakan bahawa ahli politik di Malaysia tidak boleh sakit. Kalau sakit sekalipun pelbagai spekulasi akan disebarkan terutama yang juicy untuk menarik minat orang ramai memperkatakannya. Akhirnya, terpaksalah tuan punya badan membuat penafian dan juga menjelaskan keadaan sebenarnya. Yang tidak sedap ialah pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat oleh "pak tongkoi" yang memburuk-burukkan UMNO atau orang Melayu berikutan penyakit yang dihadapi oleh pemimpin Cina. Tekanan dan ugutan.

Tuduhan dan dakwaan yang dipetik daripada sumber parti yang tidak dinyatakan, menyebabkan laporan yang dikemukakan seolah-olah mempunyai niat tertentu. Apakah niat sebenarnya, hanya tuhan saja yang tahu? Untuk itu, semua pemimpin politik perlu memperbetulkan berita-berita yang dianggap "mengarut" oleh sesetengah pihak untuk memastikan ia tidak menjadi "duri dalam daging" dalam hubungan antara parti. Kalau sakit, carilah ubat. Itu saja.

1 comment:

Anonymous said...

hebat juga isu letak jawatan ni di mana-mana rupanya diblog tiger pun ada. mestila ada kan...sensasi politik la katakan.

pkfz tu memang dah di minta pac untuk terus beri penjelasan soal tanah soal bon terbitan..hemmm macam-macam la lagi pac tak puashati...

apapun pac perlu bangkikan soal ni kalu mahu dana awam tidak dipersia-siakan...