Friday, September 7, 2007

TEH TARIK.....PANAS KE SEJUK?

Kalau masuk kedai mamak sekarang, sudah pasti anda akan dilayan oleh pekerja asing.

Tidak kiralah dari Indonesia atau Bangladesh. Ada yang pandai berbahasa Melayu, ada yang pandai sebut satu dua perkataan Melayu saja. Ada pula yang hafal perkataan tertentu saja. Kalau tanya atau berikan pelbagai arahan, dia akan rujuk kepada "senior" atau rakyat tempatan.

Apabila anda masuk, anda akan ditanya hendak minum apa? Sign language untuk minum. Kemudian, tanya air apa, teh, kopi. Selepas itu tanya sejuk atau panas. Tetapi, pemilik restoran tak kiralah mamak ke India ke, tolonglah beritahu pekerja anda, teh tarik tu panas la. Janganlah apabila disebut teh tarik, pelayan tanya panas ke sejuk. Ajarlah mereka sikit pasal perkara itu. Nampak remeh tetapi kalau selalu kena tanya soalan itu, boleh sakit jantung.

Saje je, pagi Jumaat ni.

1 comment:

Anonymous said...

Roar, tiger la kata kan
saya pun kadang kadang geram, ni datang kerja di Malaysia tapi tak make effort to learn our language pun....
tak lah samapai sakit jkantung, sakit hati skit je