Petang ini, saya dan rakan-rakan membincangkan pelbagai isu semasa. Namun perbualan kami tidak lari daripada memperkatakan mengenai tiga B iaitu bajet, belasah dan babi.
B yang pertama ialah mengenai Bajet 2008 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, esok. Ramai yang berpendapat ia mungkin bajet yang berusaha untuk menyelesaikan masalah semasa terutamanya rakyat berpendapatan rendah. Selain itu, bajet kali ini juga akan mengambilkira perkembangan terbaru iaitu persaingan negara-negara serantau dari segi galakan kemasukan pelaburan asing. Ia juga akan mengambilkira dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.
B kedua ialah mengenai usaha mengurangkan jumlah babi di Melaka yang semakin banyak. Isu ini mendapat banyak laporan termasuk dalam news portal, Malaysiakini yang mengundang ramai blogger memberikan pandangan mereka. Ada yang membuat tuduhan melulu dan ada yang memberi nasihat berguna. Kami yakin isu ini akan dapat diatasi dengan cara yang terbaik seperti yang diamalkan mengikut formula terbaik parti komponen Barisan Nasional (BN). Walaupun isu ini rumit termasuk kata-kata sinis dan tajam daripada pelbagai pihak, namun ia pasti diatasi dan tidak akan dibiarkan berlarutan. Ada Menteri Besar yang menyatakan negeri mereka bukan kandang babi dan tidak boleh membawanya ke negeri mereka dari Melaka. Jadi nak buang kat mana?
B ketiga ialah mengenai kejadian belasah wasit karate dari Indonesia. Kami berpendapat agak pelik juga polis Malaysia ingin membelasah wasit itu tidak tentu pasal. Setahu saya polis tidak akan membuat sesuatu yang luar biasa apatah lagi membelasah orang awam lebih-lebih lagi tetamu negara. Mungkin ada perkara yang menyakitkan hati mereka sehingga menyebabkan berlakunya kejadian sebegitu. Kalaulah polis kita saja-saja hendak membelasah orang awam tanpa sebab maka satu kajian terperinci perlu dilakukan terutama dari segi sistem pengasuhan disiplin terhadap rekrut polis. Namun, jika kejadian itu berlaku kerana berlakunya insiden provokasi atau ingin melarikan diri, maka perkara itu perlu diberitahu kepada semua pihak. Kita berharap janganlah kerana kita meminta maaf, maka kita memang sudah bersalah. Ini sudah pasti akan diambil kesempatan oleh media Indonesia yang mungkin antaranya berniat untuk meniupkan semangat antiMalaysia. Jika dibuat perbandingan ramai juga rakyat Malaysia yang mati dibunuh dan dirogol oleh warga Indonesia di negara ini. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Thursday, September 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment