Monday, September 17, 2007

KADRI TAIB DAN QURMA RAMADAN

Kawan saya, Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Mohamed Kadri Mohamed Taib sentiasa menghantar "juadah" sempena Ramadan kepada saya sejak dari dulu lagi, tidak kira di mana saya berada. Baru-baru ini beliau menghantar buah kurma, serunding dan produk terbaru syarikatnya iaitu jus minuman kurma dikenali sebagai Qurma. Terima kasih banyak-banyak. Rasa Qurma sungguh enak apatah lagi diminum sejuk dan pasti mampu menghilangkan dahaga terutama di bulan puasa. Selain itu, khasiat kurma sudah pasti diperolehi daripada minuman terbaru Coca Cola ini. Iklan untuk kawan.

Qurma dilancarkan pada 4 September lalu di Restoran - Muzium Kesenian Islam. Kadri hadir bersama dengan Pengurus Wilayah Coca-Cola (Malaysia, Singapura dan Brunei) Shakir Moin. Dalam laporan Utusan Malaysia, Coca-Cola Malaysia mensasarkan menjual satu juta unit Qurma dalam tempoh sebulan sepanjang Ramadan. Shakir berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pengeluaran Qurma yang terhad selama sebulan sahaja.“Qurma pasti menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan masyarakat Islam kerana ia minuman yang dirumuskan khas dengan khasiat tinggi selain menyegarkan tubuh badan. Qurma juga sesuai untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Kata Shakir, Coca-Cola Malaysia adalah syarikat pertama di kalangan syarikat pengeluarnya di seluruh dunia yang membangunkan Qurma dengan inovasi yang dihasilkan di negara ini. Dikeluarkan di bawah jenama Minute Maid, Qurma berada di pasaran pada Ramadan ini pada harga RM1.50 untuk kandungan 240 mililiter dan RM4.80 (1.5 liter) di semua rangkaian pasar raya Giant dan kedai runcit terpilih.

Sekali lagi terima kasih. Kadri sempat menghantar kad mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri". Begitulah juga saya kepada Kadri dan keluarganya. Semoga bergembira menikmati keistimewaan bulan Ramadan dan Aidilfitri. Salam.

No comments: