Friday, September 7, 2007

RAKYAT MALAYSIA PANDAI GUNA TANGAN

Pertama, saya ingin mengucapkan syabas kepada pasukan boling wanita kerana muncul juara dunia pada Kejohanan Boling Wanita Dunia di Monterrey, Mexico, semalam. Ini benar-benar membuktikan slogan "Malaysia Boleh" yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Slogan ini juga digunakan dalam memastikan saya berjaya dalam semua tugasan yang diberikan. Ia kata-kata semangat untuk menyakinkan diri kita.

Kemenangan ini juga memaparkan rakyat Malaysia memang pandai menggunakan tangan. Tangan yang menentukan ke manakah hala bola boling itu. Selain boling, ramai juga rakyat Malaysia berjaya dalam permainan menggunakan tangan seperti boling padang, skuash, badmiton, karate, silat dan hoki. Juara dunia skuash ialah Nicol David, yang menggunakan tangan. Betulla...menggunakan otak, tetapi tanganlah yang akhirnya memukul bola itu ke sana dan ke sini. Oleh itu, marilah kita memastikan semua permainan menggunakan tangan dimenangi oleh rakyat Malaysia
.

Bagaimana Datuk Seri Azalina Othman Said? Permainanan menggunakan kaki, banyak yang kalah di semua peringkat seperti bolasepak.

Berita mengenai kemenangan pasukan boling wanita.

KUALA LUMPUR – Malaysia kembali menempatkan diri sebagai pasukan terbaik di dunia selepas merangkul pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Boling Wanita Dunia di AMF Bol Obis, Monterrey, Mexico, semalam.

Dengan menampilkan barisan pemain yang memenangi emas berpasukan pada Sukan Asia Doha 2006, Malaysia mengumpul 6,323 jatuhan pin hanya tujuh pin mengatasi pencabar utama, Amerika Syarikat.

Ini adalah emas pertama negara pada kejohanan ini selepas mengharungi dua hari pertama yang mengecewakan dengan gagal memenangi sebarang pingat dalam saingan beregu dan trio.

Kemenangan ini juga mengembalikan kejuaraan kepada Malaysia selepas kali terakhir memenangi emas di Kuala Lumpur pada 2003, selain memberi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia yang baru meraikan sambutan kemerdekaan ke-50, 31 Ogos lalu.

Shalin Zulkifli, yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad negara ketika muncul juara empat tahun lalu, menjadi pemain terbaik Malaysia dengan melakukan jatuhan tertinggi 1,434 pin.

Penyandang juara individu dunia, Esther Cheah turut cemerlang dengan 1,335 jatuhan pin, diikuti Zandra Aziela Ibrahim Hakimi (1,232), Sharon Koh (1,165) dan Wendy Chai (1,157). Choy Poh Lai pula turun sebagai pemain simpanan.

Pemain dan pegawai Malaysia kelihatan berpelukan dan menangis kegembiraan sejurus kita disahkan sebagai juara baru mengetepikan Amerika Syarikat dan England di tangga ketiga.

‘‘Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kami peluang untuk membuktikan kepada semua orang apa yang mampu kami lakukan. Saya sangat gembira kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan ini.

‘‘Kami bermain dengan penuh semangat berpasukan dan prinsip utama kami adalah jangan sesekali mengaku kalah. Kemenangan ini membuktikan betapa kita bukan saja pasukan terbaik Asia tetapi terbaik dunia, Malaysia Boleh!, Keranamu Malaysia,’’ kata Shalin.

Bagi Zandra dan Sharon, kemenangan ini amat bermakna kerana ia hanya penampilan pertama mereka pada Kejohanan Dunia.

‘‘Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan sepasukan kerana usaha 100 peratus mereka yang telah memberi pingat emas. Ia telah membuktikan keupayaan sebenar Malaysia,’’ kata Zandra.

Amerika Syarikat yang menamatkan blok pertama di kedudukan ke-10 mempamerkan kebangkitan hebat apabila berjaya melonjakkan diri ke kedudukan kedua selepas mengumpul 6,323 pin.

England yang mendahului saingan selepas tamat blok pertama berpuas hati dengan pintat gangsa selepas menjatuhkan 6,316 pin.

Kemenangan ini membolehkan Malaysia membawa pulang AS$20,000 (RM70,000), namun bagi pemain negara yang mencatat purata 210.7 pin bagi satu permainan, wang bukan keutamaan.

Pemain negara meneruskan cabaran dalam acara individu, di mana Esther adalah juara bertahan pada kejohanan terakhir di Denmark, dua tahun lalu. UTUSAN.

No comments: