Sejak kebelakangan ini, saya melihat ada perkembangan sihat di RTM dengan wujudnya "cross promo" antara televisyen dan radio. Walaupun, perkara ini sering disebut atau lebih tepat diberikan arahan oleh menteri kepada pihak bertanggungjawab bahagian promo dan siaran (ketika berkhidmat di bahagian berita), tetapi ia tidak begitu menonjol. Namun, kini usaha itu semakin hebat di mana penonton boleh melihat bagaimana RTM mempromosikan stesen radio mereka di kaca televisyen iaitu RTM1 dan RTM2. Begitu juga sebaliknya dalam radio.
Langkah bijak ini perlu diteruskan demi untuk menarik lebih ramai menonton dan mendengar siaran radio dan televisyen RTM. Bagaimanapun, yang paling penting ialah pengisiannya itu atau content perlu mantap dan ia berterusan. Bukan hangat-hangat tahi ayam. Jika promo selalu diadakan tetapi content itu tidak berganjak, maka penatlah saja usaha menggiatkan promo berkenaan. Oleh itu, kawan-kawan lama termasuk DJ Hezry (KL FM) perlu bekerja keras untuk memastikan lebih ramai pendengar menukarkan siaran radio mereka kepada Klasik Nasional, KL FM atau Muzik FM. Bagi televisyen pula, mereka pula berubah kepada RTM1 dan RTM2 untuk program tempatan dan luar negara serta siaran berita.
Thursday, September 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment