Sunday, April 27, 2008

APA ITU BLOG? ISYK..ISYK..ISYKK

Semalam ketika bersembang dengan rakan blogger, Sdr Norizan Sharif, beliau memberitahu saya bahawa ada seorang pemimpin politik yang bertanya kepadanya "apa itu blog?". Aduuh.

Dimanakah ahli politik itu berada selama ini?

Apa pun saya menasihatkan beliau membaca tulisan anak buah saya di BH dulu, ZIAUDDIN SHARUDDIN .

Agar ahli politik itu sudah bangun daripada tidurnya.

4 comments:

Anonymous said...

ahhh...percayalah si mamat itu nanti akan membuka blog pula nanti.perkara blog ini akan menjadi suatu fenomena pula di kalangan politikus yg bersifat tikus.mcm dulu2 waktu golf baru nak popular di kalangan mereka perkara yg mesti dikemukakan `engkau ada brp handicap?`
kalau skrg `bagi alamat blog kau?`ia akan menjadi suatu fenomena.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya setuju dengan pandangan Sdr.

Sdr adalah penganalisis bijak terhadap politikus yang sering menikus dan gemar mencuri makan di tengah malam. Mencuri dan terus mengambil hak orang lain.

Teguran Sdr, bersifat tajam, pedas dan mengusik jiwa. Itupun jika mereka mahu berubah. Kalau tidak mereka akan terus menikus dan mencuri.

Kak Teh said...

dato tiger, tak lama lagi dalam name card, selain nombor telefon, handphone, email, ada juga ditambah alamat blog.

ibrahim yahaya said...

Kak Teh,

Salam. Semoga Kak Teh dan keluarga sentiasa selamat dilindungi Allah SWT.

Sudah pasti mereka meletakkan alamat blog untuk menggalakkan orang membaca tulisan kita. Seperti tulisan Kak Teh yang mempunyai kelas tersendiri dan amat mengasyikkan. Jika menceritakan suasana, seolah-olah membawa pembaca berada di tempat itu. Ada kelas. London oh London.

Saya sudah lama meletakkan alamat blog saya dalam name card. Tetapi belum jadi jutawan blog macam Rocky atau AKJ.