Thursday, April 24, 2008

DIY UNTUK SURUHANJAYA SIASATAN

Anggota Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Rais Yatim, mencadangkan agar ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan kepada UMNO, yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Saya menyokong cadangan itu dan menawarkan diri untuk menjadi ahli suruhanjaya. Suruhanjaya bukan untuk mencari kesalahan orang tetapi menyusun strategi dan halatuju agar UMNO tetap relevan selagi ada bulan, bintang dan matahari.

Kepakaran saya ialah menganalisis suasana politik negara dan boleh membuat pertimbangan yang baik kerana pengalaman dalam dunia kewartawanan.

Sebagai wartawan, saya sudah "masak" dengan perangai, karenah, tabiat dan kegemaran ahli dan pemimpin UMNO. Saya juga diajar supaya bercakap benar, tidak hipokrit, bukan dari golongan mujamalah dan sentiasa menyokong pemimpin yang dipilih secara demokrasi. Saya juga menghormati pemimpin yang jujur, ikhlas, sentiasa bercakap benar dan seorang pejuang. Saya bukan jenis orang yang suka membaling batu tetapi sembunyikan tangan yang berlumpur.

Saya rasa layak kerana roh Melayu saya lebih kukuh dan sejati daripada sesetengah pemimpin UMNO yang mahu mengejar jawatan, suka berbalah sesama sendiri, sentiasa terdorong untuk menjatuhkan orang lain, mendengar nasihat yang bukan-bukan, melantik penasihat yang lemah, mementingkan kawan-kawan sendiri untuk menjadi calon PRU12, menyalahkan pemimpin lain sedangkan diri bergelumang tahi dan gemar mencari kesempatan.

Jika ada pihak yang merasakan saya tidak layak tidak mengapa. Saya akur. Namun, UMNO perlu menubuhkan suruhanjaya untuk menganalisis kedudukannya sekarang dan halatujunya pada masa akan datang. Ketepikan punca barah politik dalam UMNO.

Jangan biarkan orang yang ada kepentingan terutama yang mahu bertanding atau kawan-kawan pihak tertentu untuk menyiasat dan menganalisis sokongan terhadap UMNO kerana sudah pasti ada laporan yang "tidak senonoh" dan "tidak menyeronokkan" yang akan dipendam dan diketepikan. Laporan buruk dikatakan baik. Ini tidak sihat untuk parti dan juga bangsa Melayu yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO.

Berani kerana benar.

Yakin dan percayalah UMNO adalah institusi sosial Melayu yang unggul dan perlu dipertahankan sepanjang masa. Institusi itu baik tetapi jangan biar ia dirosakkan golongan yang tidak baik dan berkepentingan.

4 comments:

rizal hashim said...

Datuk,

Salam.

Tapi orang macam Datuk ni dianggap misfit kerana bercakap benar.

Kita sekarang hidup dalam zaman membodek, menipu, menjilat! Maaf kerana bahasa kasar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Salam kembali.

Bagi saya, yang utama ialah kepentingan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Jika bangsa Melayu stabil, tidak bercakaran, tidak bermusuhan, tidak membasuh punggung di khalayak ramai, menghormati dan taat kepada pemimpin yang baik, Malaysia akan aman. Orang lain akan menghormati kita.

Mereka yang memahami perjalanan hidup saya akan menghayati perjuangan menegakkan maruah dan martabat bangsa Melayu.

Siapa hendak membodek, menipu, menjilat atau apa saja, silalah lakukan mengikut pegangan masing-masing. Tetapi jangan biarkan tindakan itu meruntuhkan maruah dan martabat bangsa Melayu.

Saya tidak mahu bangsa Melayu diperalatkan golongan tertentu. Saya yakin anda pasti setuju.

abe MIE 'TERJAH' said...

semua cakap senang.... lebih senang dari makan nasi...ceritanya, anwar GAy naik jadi PM begini... anak bini ada dilantik..kalau datuk nenek dia masih ada, dia lantik juga jadi ahli parlime.. -pas nak buat hudud? boleh ke -PKR dan DAP tak ada masalah -bagaimana dengan raja dan sultan bagaimana? kalau dia tak suka anwar Gay jadi PM macam mana?-masa itu simpati ke atas anwar Gay manjadi sim- MATI

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Saya yakin PAS dan DAP tidak boleh bersatu. Karpal Singh dah kata "langkah mayat dia dulu jika PAS hendak mendirikan negara Islam". Jadi PAS kena tunggu dia mati dulu le, baru boleh langkah. Kalah langkah sekarang, belum jadi mayat lagi, masih hidup pasti dia akan bangun bersilat kungfu.