Thursday, April 24, 2008

EMPAT CIRI ORANG BAHAGIA

Apakah ciri-ciri orang yang bahagia? Kawan saya, Ustadz Lah menjelaskan ada empat ciri utama yang boleh dilihat pada orang yang bahagia mengikut Hadith yang diriwayatkan oleh Adailami yang menyatakan Saidina Ali pernah menyebut.

Pertama ialah mendapat pasangan yang baik. Ini bermaksud isteri mendapat pasangan suami yang baik manakala suami pula mendapat pasangannya yang baik. Di negara ini, rakyat perlu berkahwin mengikut agama dan undang-undang agar pasangan yang berkahwin dapat hidup dengan aman bahagia. Bagi pasangan Islam mereka diberikan pendedahan awal mengenai dunia perkahwinan melalui kursus pra-perkahwinan agar mereka bersedia untuk melalui alam rumahtangga.

Kedua ialah mendapat anak yang abrar. Anak abrar dimaksudkan ialah anak yang memberi sumbangan kepada ibu bapanya yang masih hidup. Penekanan terhadap anak abrar ini memaparkan tumpuan sumbangan anak-anak kepada ibu bapa yang masih hidup. Penempatan pelajar bijak di sekolah yang baik dan penghantaran mereka ke luar negara membolehkan anak-anaknya bekerja baik untuk membantu ibu bapa mereka.

Ketiga ialah sahabat yang baik. Setiap orang perlu mempunyai rangkaian sahabat yang baik yang boleh membantu dan menasihati mereka dalam semua bidang dan keadaan. Ada orang berkata sifat seseorang individu bergantung kepada siapa yang dikawani atau rakan bualannya. Pelajar yang salah memilih kawan akan ponteng sekolah dan mengabaikan pelajaran mereka. Malah mereka akan terjerumus menagih dadah jika berkawan dengan penagih dadah. Dalam bidang politik, jika memilih kawan yang tidak baik, individu akan menerima padah kerana mendapat nasihat yang tidak betul. Begitu juga dalam bidang perniagaan, perlu mencari rakan kongsi yang amanah dan jujur.

Keempat ialah mendapat rezeki di negeri sendiri. Ini boleh dimaksudkan sebagai mencari rezeki di dalam negara kita sendiri. Ini bermakna rezeki yang tuhan kurniakan dalam negara itu dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya sendiri. Umpamanya di Malaysia, semua rakyat perlu mendapat nikmat yang sama bukan hanya pihak tertentu saja. Usaha membantu golongan yang miskin tanpa mengira kaum perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat. Selain itu, usaha kerajaan mengawal harga barang keperluan mempamerkan usaha untuk memastikan rakyat menikmati kemajuan negara. Ada negara di mana rakyatnya tidak mendapat makanan asasi, menyebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan.

2 comments:

catchmazlan said...

Sahabat...
Anna fikir ada lagi yang keenam lahhh.Yakni..bebas dari belenggu hutang laaa...jagan seperti kawan anna laa...itu Kasssim Baba nampak kaya tapi banyak hutang laaa...Dan jangan jadi itu daun Karafollay laaa...atau itu daun karafollay masa mau tumis itu kari semuanya pakai laaa....tapi bila mau makan daun karafollayy dibuang begitu sahaja laaa...atau kawan anna sendiri yang menjadi kuda@barua laaa... BYe......

ibrahim yahaya said...

Sdr Arab Celup,

Salam dari bukit.

Bebas dari hutang. Memang betul.

Kalau banyak hutang, hidup akan jadi tunggang langgang. Tapi baik berhutang daripada mencuri laa.

Itu daun kari, jika dimakan, terutama yang digoreng garing, akan memekatkan sejenis air dalam badan kita laa...

Anta cuba laa.

Itu berniaga unta, bagaimana? Orang kata, anta kaya raya. Makan sini, makan sana. Tetapi anta kata..Orang lain kaya, anta papa kedana. Mengapa? Isyk..isyk..isyk..

Tidak boleh harap tauke unta.