Sunday, April 20, 2008

A GRO BANK?

Kawan telefon untuk memberitahu saya bahawa sekarang ada bank khusus untuk GRO.

Saya tanya itu lawak ke. Jangan main-main.

Beliau selamba menjawab, "Ya, sudah ada - A GRO BANK".

Saya kata bukan GRO tetapi AGRO Bank lah. Bank Pertanianlah. Bank untuk pertanian.

Tetapi katanya, jika salah baca macam A GRO Bank saja.

Takpelah.

Tetapi, fikir punya fikir, bunyinya macam kawan saya cakap.

Sudah terlambat ke hendak tukar?

Dulu, Tenaga Nasional Berhad dikenali sebagai TEN.

Selepas itu ditukar kepada TNB. Mungkin sebab TEN itu sepuluh. Takkanlah Tenaga Nasional hendak jadi nombor sepuluh. Mesti nombor satu.

Maka jadilah TNB hingga sekarang.

Berbalik kepada AGRO Bank, boleh tak tukar jadi TANI BANK? A BANK? atau.....Ini kena bayar kerana memberi idea ni..

13 comments:

Hasbullah Pit said...

Saya pula nak persoalkan kenapa dia "AGRO Bank" bukannya "Bank Tani atau Bank Agro", atas sebab bahasa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sebol,

Betul juga pandangan saudara.

Mungkin Bank Tani tidak komersial kot. Tidak tahulah, siapa yang dapat projek untuk membuat "rebranding" bank itu dan memberi nama AGRO BANK.

Siapa nak jawab?

Anonymous said...

salam sejahtera,
tok rimau tengok tak blog rtm 1 DAKJ sebagai jemputan.apa yang saya harapkan rupanya menjadi hampeh DAKJ sempat sinis `RUANG WAKTU YANG SEDIKIT TAKKAN DAPAT MENYELESAIKAN APA-APA` apabila tiba-tiba habis mcm tuh saja.rumusan saya blog sekadar nak menunjukkan para blogger di Msia tidak bertanggungjawab apabila dua pemanggil RTM mengecam blogger namun pemanggil pertama hanya sempat sedikit memberi komen terus dipotong oleh pengacara.hmmm...jujurkah ini beretika kah ini?dalam ruangan Dimensi Berita Minggu turut memfokus tentang keberkesanan blog.
nampaknya mereka masih dalam lingkungan kebingungan saya menasihatkan tok rimau takyah lah susah-susah nak menerima jemputan blog rtm buang karan jer.ini cuma nasihat iyer.kalau tok rimau nak pi pun takpa boleh jugak org kenal2 dgn tok rimau.tapi tok rimau suruhlah penerbit rancangan blog sediakan kacang nga yin sambil sembang sambil ngan ngap ngap.boleh bengap kita dibuatnya tok.

mengulas tentang bank GRO urmmm sebenarnya tok inilah pencapaian bahasa melayu kita wahai tok rimau kita harus memuji kepada pihak yang telah menukar nama bank pertanian kepada agro bank.boleh jadi bank gro boleh jadi negro bank boleh jadi ago go bank.inilah proses memartabatkan bahasa melayu.
cuba tok tengok betapa perihatinnya menteri keris kita merangkap menteri pelajaran apabila beliau akan mengadakan kesusasteraan inggeris di sekolah rendah,tidak cukup mata pelajaran matematik dan sains dipengantarkan dengan bahasa inggeris kini murid-murid sekolah rendah akan didedahkan kepada sastera inggeris.amat bagus sekali perkara ini tok rimau,bravo bravo.
nescaya selepas ini pertubuhan kebangsaan melayu akan terus mantap dan menidakkan barisan PR.
inilah dasar-dasar yang kita semua nak kan tok rimau.

AGRO BANK.SASTERA INGGERIS DI SEKOLAH RENDAH.syabas beti.

KATA TUAH TAK MELAYU HILANG DI DUNIA APAKAH BENAR?MEMANG BENAR.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya tidak sempat tengok rancangan blog kerana dalam perjalanan balik daripada menziarahi bonda di Melaka.

Apa pun, saya rasa niat mereka tentu baik untuk menerangkan kepada umum mengenai blog dan media baru. Pasti komen macam Sdr Awang akan didengar untuk memperbaiki rancangan itu. Kalau tidak mahu dengar, tidak bolehlah "blog" menjadi satu rancangan yang menarik.

Tak sangka pula Sdr tengok RTM? Mungkin promo blog itu kot. Hosnya macam mana?

Mengenai AGRO Bank, saya bersetuju dengan pandangan Sdr apabila memperkatakan dari sudut bahasa seperti yang dinyatakan oleh Sdr Sebol.

Tak tahulah apa nak jadi dengan usaha mendaulatkan bahasa.

ahm said...

fakta. rebranding tu diusahakan oleh sebuah agensi periklanan bumiputera tempatan dikenali sebagai spenser azizul advertising yang dipelopori oleh sdr. azizul kallahan dan partnernya ialah spenser wing. denganr cerita budgetnya hampir rm8m. memang hebat bumiputera....

Anonymous said...

Bang tiger, apa ada masalah dengan AGRO Bank? Yang kau pandai-pandai kata A GRO Bank tu pasal apa? Takkanlah Tiger dah tak percaya pada manusia di dunia ni. Takkan lah mereka tu bodoh sangat tak tahu nak bezakan antara AGRO Bank dengan A GRO Bank. GRO tu kena eja satu-satu...G..R...O. Tapi kalau banka itu dibaca AGRO. Apalah lu...tak de isu cari isu. Komanlah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tiger.

Inilah bila terlalu taasub dengan bahasa Inggeris.

Masalahnya lain bunyi dalam bahasa Inggeris lain disebut dalam bahasa Melayu.

Agro -- Inggeris bunyinya "egro" bukan ag-ro.

Fauna -- Inggeris bunyinya "fona" bukan fau-na.

Trauma -- Inggeris bunyinya "troma" bukan trau-ma.

Apa cacatnya Bank Tani atau Bank Pertanian.

Saya syak tukar nama atau rebranding ni cara sesetengah orang buat duit.

Bila tukar nama, kena buat promosi, buat iklan, buat logo baru, buat papan tanda baru, buat pakaian seragam baru, buat pendaftaran jenama baru, letterhead baru. Macam-macam baru.

Tukar nama saja tak jadi kalau prestasi di tahap lama.

Apa guna mana baru kalau negara di ambang masalah makanan yang cukup membimbangkan.

Terima kasih.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Saya tidak tahu siapa dan jumlah yang diperuntukkan dalam membuat rebranding itu, itupun jika ada.

Tetapi jika itu jumlah yang saudara terangkan, kita boleh melakukan pelbagai perkara. Mungkin mereka sudah membuat tinjauan mengenai nama yang terbaik dan itulah nama yang dipilih.

Tetapi, jika ada kawan yang tanya saya, sudah tentu beliau mewakili kumpulan yang ingin tahu. Tidak salah kita memberi pandangan, jika ia berniat untuk kebaikan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Bukan memandai-mandai, sekadar melaporkan. Kalau Sdr tidak suka, minta maaf le banyak-banyak.

Tetapi, apa hal pulak nak kata A GRO BANK bukan isu. Dengarlah juga pandangan orang lain. Melainkan jika duduk dalam tempurung.

ibrahim yahaya said...

Tok,

Saya setuju dengan pandangan bahawa tukar nama, logo atau tagline perlu diselarikan dengan perubahan memberikan perkhidmatan dan peningkatan minda.

Umpamanya, RTM mempunyai tagline yang baik iaitu "First on Scene, First on The Screen" yang jika dihayati akan menjadikannya sebagai stesen siaran terbaik. Ketika menjadi perunding media, saya meminta wartawan dan editor RTM menghayati dan mengikutnya. Bukan late on the scene and last on the screen. Selalulah kita kena belasah dan dikritik.

Anonymous said...

Bang Tiger, saya banyak juga tengok perkataan AGRO digunakna di majalah, surat khabar, surat berita dan lain-lainnya. Tak ada masalah pun. Takde pun orang yang mengatakan Majalah AGRO sebagai Majalah A GRO? Biarlah terbuka sikit minda kita tu. Itu sebabnhya kita tak boleh maju. Kecik punya hal, kasi besar punya cerita

Norizan Sharif said...

Elok ler AGRO Bank, baru class! Tak ker gitu? Orang kampung pun dah pandai omputih :)

ibrahim yahaya said...

Sdr Norizan,

Betul la tu. Orang kampung pun sudah gunakan perkataan omputih dari dulu lagi seperti time.

Malah omputih juga mengambil beberapa perkataan Jawa untuk bahasa mereka seperti "moving" yang sama dengan perkataan Jawa - "moveng " atau "was " yang sama dengan "wes".