Wednesday, April 23, 2008

KAH CHOON - BERHENTI SAJALAH.

Dtk Lee Kah Choon, berhenti sajalah jadi ahli Gerakan dan terus bekerja dengan DAP.

Bukan senang hendak mencari kerja sekarang. Hilang gaji, hilang pendapatan setelah kalah dalam PRU12. Melainkan ada banyak duit dalam bank. Fikirlah periuk nasi dulu.

Selagi tidak berhenti, ada pihak akan mengata, mengkritik dan membelasah Saudara kerana berperangai "luarbiasa" dan diluar tabii BN.

Dulu belasah DAP tetapi kini bekerja pula dengan parti itu. Takkan pelik tu. Pernah ke belasah DAP?

Tapi demi perut, semua beres.

Pemimpin Gerakan macam mana ni?

Selangor pun hendak pelawa orang BN bekerja dengan mereka.

Apa lagi? Demi perut, parti tolak tepi?

4 comments:

Anonymous said...

Demi perut ke... demi rakyat?

I guess that is the problem with partisan politics.

Tak pe lah. Nevermind.

Anonymous said...

susah juga tuh kerana apabila perut memberontak semuanya boleh terjadi malahan yg terjadi selalunya perkara-perkara buruk.mereka ini terlibat dgn politik pun sbb perut saya suka katakan sebagai ahli politik perut.
disebabkan politik perutlah mereka tumpas tidak kiralah di barisan pembangkang atau kerajaan akibat perut akan membinasakan akibat perut manusia menjadi buta perut.

sebab itulah adanya bulan Ramadhan.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Pertama perut, kemudian baru rakyat.

Tetapi ada juga pemimpin yang tidak suka ahli partinya "melompat" ke tempat lain. Mungkin memalukan mereka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Mungkin kita boleh popularkan perkataan ahli politik perut atau singkatannya APP atau APPERUT.

Golongan Apperut ini, kerja mereka selalunya menghidu projek untuk diri sendiri atau tauke mereka. Oleh kerana terlalu asyik mencari projek, perjuangan diketepi dan dilupakan. Rakyat ternanti-nanti.

Yang baik, ramai juga. Mereka adalah ahli politik budiman atau APB atau APBUDI. Rakyat dan pengundi sentiasa di hati mereka.