Saturday, April 12, 2008

MB SELANGOR PANTAU PROJEK BABI

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan memantau sendiri projek mega penternakan babi moden di negeri itu.

Berita itu dilaporkan oleh Buletin 1.30 tengah TV3 hari sebentar tadi.

Dalam ertikata lain, MB Selangor akan turun padang untuk melihat projek berkenaan berjalan lancar.

MB sendiri tengok projek babi?

Mungkin permulaan saja. Lepas itu, orang lain pula yang tengok kot.

Tak larat tengok selalu.

5 comments:

epain said...

sy ni pun tak bape setuju kalau sebarang benda yg dikaitkan dengan khinzir ni...

tp cuba tgk blk...sekang ni segala pekung dah terbukak....

media terus mainkan isu ini....tunjukkan pencemaran yg sedia..

jd kalau pencemaran tu dah ade...maknanya bukanlah berpunca drpd cadangan nak buat pusat ternakan moden tu....

pencemaran dah lama..kerajaan sekang ni br sebulan dlm ofis...logik ke?...jd kalau dipaparkan segala gbr dan bantahan...maknanya yg terkena kerajaan dulu...

lg satu..cuba fikir...salah ke diorang nak contain segala pencemaran dgn mewujudkan pusat yg moden?...kumpulkan semua penternak di suatu tempat...tak ok ke?....

sy ni bukanlah org pembangkang tapi...apa yg diorang nak buat tu kira ok...

benda ni jd besar sebab "100 juta"...org kampung pulak ingat 100 juta akan digunakan utk ternak lebih byk babi...maka ramailah pakcik-makcik dipanggil buat demo kat suk....

kalau nak bangkang...gunakan akal...jgn jd dangkal....

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Apa pun yang hendak dibuat mesti bersih, teratur dan tidak mencemarkan alam sekitar. Tidak kiralah mahu membela ayam, kambing, lembu atau babi.

Jika kegiatan penternakan itu kotor, semua pihak akan menerima kesannya. Oleh itu, pastikan projek penternakan itu moden, tidak menganggu serta menghormati budaya dan agama orang lain.

Dalam pada itu, dengarlah juga pandangan penduduk setempat kerana merekalah yang akan "tinggal" berdekatan dengan projek mega berkenaan.

Anda dari mana? Sepang? Tempat ternakan babi moden tu? Bukan, tempat saya berdekatan dengan KLIA dan F1. Mana pulak tempat babi.

epain said...

sy dr ampang...bukan tpt ternakan..tp tempat yg mempunyai ramai consumer ****....

tah le...

kekadang nak tergelak tgk isu ni...ada ke patut cerita virus nipah n je dikaitkan....

dulu benda tu jd sebab tak terkawal...maka takkanlah kalau dikawal virus tu jd blk....

agaknya...sementara nak siap...kesemua khinzir tu terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara kot....

Anonymous said...

senang cakapla..epain oi..PAS dan PKR pon akan buat apa yang BN buat bila pemimpin diorang di beri kuasa..Contoh?..BA bi lagi..kenapa nak bagi alasan pemimpin dulu dah buat..anda pon laksanakan jer..sedangkan anda pemimpin sebuah parti yang kononnya "memperjuangkan" Islam..Siap Letak nama Islam lagi tapi tula..antara mereka sedar atau tidak..golongan ini yang banyak mempermainkan ayat2 Allah supaya mereka dapat berkuasa..dan seorg lagi politik berteraskan dendam..fikirlah melayu..tapi bagus juga 2 2 ni..sekurang2nya kita boleh hantar mesej ke pemimpin kita melalui mereka.

Anonymous said...

Bukankah Khir Toyo yang luluskan masa dia jadi MB?