Sunday, April 13, 2008

MELAYU PERLU BERSATU PADU

Tindakan Karpal Singh meminta Tun Dr Mahathir Mohamad dirujukkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO perlu dilihat oleh bangsa Melayu sebagai usaha berani pemimpin bukan Melayu untuk campurtangan dalam UMNO dan mempersendakan pemimpin Melayu.

Panggilan terbaru iaitu "joker" oleh Karpal terhadap TDM perlu dilihat sebagai usaha untuk merendahkan kewibawaan bekas Perdana Menteri yang terbukti berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang tidak pernah terfikir oleh rakyat negara ini termasuk Karpal Singh sendiri. Hakikatnya TDM telah mengharumkan Malaysia.

Oleh itu, saya meminta bangsa Melayu tidak terpedaya dengan "mainan politik" pemimpin bukan Melayu ini yang akan mengambil kesempatan ketika melihat seolah-olahnya bangsa Melayu sudah lemah dan berpecah berikutan perbalahan sesama sendiri. Sedar dan buatlah yang terbaik wahai bangsaku.

Seperti yang saya katakan sebelum ini ialah bangsa Melayu perlu bersatu dan segera menyelesaikan perbalahan demi untuk memastikan Melayu terus menjadi tunjang kepada pemerintahan negara ini. Ini juga yang dikehendaki oleh kawan-kawan UMNO yang sentiasa berpaut kepada parti itu agar terus menerajui negara.

Mereka mengetahui bahawa UMNO adalah parti yang rasional dan mampu menterjemahkan segala yang terbaik untuk rakyat negara ini. Tindakan parti itu adakalanya dilihat sebagai terlebih oleh bangsa Melayu dengan pelbagai peruntukan kepada kaum lain seperti yang diberikan kepada sekolah Cina dan Tamil.

Tetapi yang menyedihkan ada pihak yang tidak peduli dan menghiraukan niat baik itu. Mereka tidak nampak dan mahu nampak dengan niat baik itu. DAP pula sanggup memainkan sentimen perkauman pada PRU12 dengan mengatakan memilih BN adalah memperkuatkan Melayu. Sudah tentu ada pihak yang termakan dengan permainan politik itu.

Melayu perlu bersatu padu dan kukuh sepanjang masa. Jika tidak, semua orang akan memperkotak-katikkan mereka. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Benihnya sudah pun bermula. Ada yang sudah mula kurang ajar dan menunjukkan taring mereka.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

11 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Saya mohon maaf kerana saya sudah hilang kepercayaan kepada TDM, Dalam hal ini saya lebih percayakan Karpal singh lagi.

Bagi saya jika TDM tidak zalim pemerintahannya sudah tamat pada tahun 1988 lagi dan penganti beliau mungkin lebih hebat,

Saya tak mengiktiraf kezaliman.

Adnan M

ibrahim yahaya said...

Sdr Adnan M,

Saya menghormati pandangan saudara.

Saya juga boleh meneka siapa yang saudara maksudkan pengganti beliau yang mungkin lebih hebat lagi.

Saya mempunyai kawan yang ditugaskan mencari maklumat dan bukti kegiatan pengganti itu. Beliau menceritakan segala-galanya termasuk pengakuan rakan-rakan. Biarlah ia menjadi rahsia kepada saya sepanjang masa. Pemimpin Melayu yang baik perlu dihormati.
Begitu juga sebaliknya.

Anonymous said...

salam pagi tok rimau,
saya juga mengetahui siapa yg dimaksudkan oleh tok rimau itu.saya berkesempatan bertemu dengan pengarang dan sasterawan luarbiasa di rantau asia sekarang ini iaitu Faisal Tehrani beliau ada menceritakan di dalam blog beliau dan dari mult beliau sendiri tentang org yang lebih hebat itu.
sudah ada desakan dari org2 yg hebat itu utk beliau menafikan atau membuat pengakuan.kita tunggulah nanti.

SEMUANYA TAHI KUCING BEZANYA HANYALAH PADA KEKUATAN AROMANYA SAHAJA,AROMA SIAPA YANG LEBIH DAHSYAT AROMA SIAPA YANG KURANG DAHSYAT.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Menarik juga analogi tahi kucing tu.

Aroma siapa yang dashyat?

Mari tengok, siapa yang kena.

epain said...

jika melihat melayu berpecah kerana pertelingkahan kedua pemimpin ni...mungkin org silap...

kalau nak lihat melayu bersatu sekiranya keduanya berdamai juga silap...

perpaduan melayu bukan terletak kpd pemimpin semata-mata...

ttp pemimpin adlh teladan..tldn yg tak elok...jdnya tak elok..tldn yg baik...baik jadinya...

penyatuan melayu jgn sekadar dilihat dlm konteks politik...lbh dr tu...yg penting kita bersatu atas satu paksi....iaitu agama...

kerana politik melayu mempunyai byk "kiblat"....tetapi islam kiblat satu..tuhan satu...r

nak bersatu lihat dr konteks itu...dlmnya terkandung segala ubat...berpolitiklah...tp ingat juga asal usul...

masalah penyatuan melayu bukan baru..tikam menikam..ngadu domba..berlaku dr zaman melaka lg...

dlm islam walaupun ada yg berlaku...tetapi jika kita kembali ke pangkal jalan...yakni quran dan hadis....pastinya sukar utk kita mengiyakan segala kejumudan kita...

kalau nak kembalai ke "pangkal melayu"...ada ke?...melayu ada kitab khusus?...melayu ada sejarah khusus yg kuat...bila ckp pasal sejarah...kita asyik cerite pasa malayan union sedangkan sejarah melayu berlaku lama sebelum itu...

jd persoalannya...bersatu...ingatlah analogi penyapu lidi...bukan penyapu padi yg khir toyo bg kat majlis daerah...

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Pemimpin Melayu yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis tidak akan tersesat jalan. Mereka juga tidak akan merapu tidak tentu pasal termasuk mengeluarkan fatwa atau alasan yang mengelirukan.

Yang penting pemimpin Melayu mesti jujur, ikhlas, berani, sentiasa memperjuangkan bangsa dan agama serta takut kepada Allah SWT.

Mereka yang ingkar kepada Allah SWT akan dilaknati dan pasti tersungkur "dipintu syurga" yang mereka bina sendiri.

Anonymous said...

Apa yan belaku pada hari ini hasil dari apa yang di tanam oleh TDM
selama 22 tahun

Anonymous said...

To all of you who continue to talk about ketuanan Melayu, you are basically say that your race is so backward that you cannot compete on an equal footing. It has been so long and you are still not able to compete. You should give up and balik kampong.

Anonymous said...

TDM yang menyebabkan berlakunya kesemua ini!!!

epain said...

anon said :

"To all of you who continue to talk about ketuanan Melayu, you are basically say that your race is so backward that you cannot compete on an equal footing. It has been so long and you are still not able to compete. You should give up and balik kampong."

not agree at all...yeah..maybe there still a lot of malays who think they can not compete...but actually...malay are very competitive...but they don't even realise their potential...

but world has changed...perhaps malay has changed too...unluckily for malay who have leaders such in umno...who thinks that malay still needs help....they said so because for their own pocket...

for me....i would like to compete....because i had competed and in the competition, i won...

Anonymous said...

Mmm...nampaknye suma orang spt salahkan TDM (maaf! sya neutral)tpi dapatkah blogger... menandingi beliau dalam cara berfikir..& bertindak?? ada ketika sya juga x bersetuju dgn cara beliau..tpi yg saya nampak rakyat Malaysia dah semakin bijak berfikir dan terbuka tidak spt dulu2, mungkinkah ini buah tangan TDM yg telah 22 tahun memerintah??..dan berjaya mendidik bloggers dr sudut inteleknya?? jdi siapa bijak?? bak kata Bang Bil "Lu pikirlah sndiri!!"..