Saturday, April 5, 2008

MENGAPA SEMUA ORANG SEBUT KJ?

Setakat ini, dua pemimpin veteran UMNO dalam ucapan mereka menyindir, mempersenda, menegur dan membelasah Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menantu Pak Lah. Kemarahan itu disuarakan berdasarkan sebab atau faktor yang hanya diketahui oleh mereka. Perlu ke mereka berbuat demikian? Sudah mual dan meluat agaknya. Entahlah.

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegur KJ sejak dari dulu lagi dan diulangi Selasa lalu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Beliau menggelar KJ sebagai budak kanyark (budak mentah atau hingusan kot). Budak hingusan dari Oxford? Wah hebat juga, masih berhingus sudah keluar dari Oxford. Hingusan dalam politik kot?

Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah, pula menyindir KJ di Majlis Perwakilan Khas UMNO Gua Musang. Anak Raja itu berkata KJ hanya layak menjadi pegawai penyelidik di universiti dan tidak boleh menjadi pemimpin Melayu kerana faktor yang disenaraikan termasuk tiada roh Melayu dalam dirinya.

Marah betul Ku Li nampaknya. Mereka yang hadir, ada yang menjerit-jerit dan memberi tepukan gemuruh. Tetapi saya boleh faham dengan kenyataan tegas Ku Li dalam ucapannya itu kerana saya diberitahu ia ditulis oleh seorang blogger yang memang tidak setuju sangat dengan Pak Lah dan KJ. Dalam ertikata lain, blogger itu "memang berbulu" dengan kedua-dua mereka. Betul ke? Jika Ku Li yang tulis semua ucapan itu, adakah beliau akan belasah KJ begitu rupa? Mungkin ia atau sebaliknya. Entahlah.

Kali terakhir saya sepentas dengan KJ ialah ketika berceramah di hadapan Pemuda UMNO beberapa tahun lalu. KJ tersenyum pada saya dan kami tidak berbual. Buat hal masing-masing. Saya pun merasakan tidak perlu untuk berbual dengannya apatah lagi mengetahui kedudukan saya di negara ini. Saya hanyalah menantu Pak Hashim. Semoga roh Pak Hashim dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah. Menantu mithali?

Berbalik kepada KJ ini, pelbagai cerita mengenainya termasuk yang terbaru dalam Pilihan Raya Umum 12 di mana beliau memenangi Parlimen Rembau. Pelbagai cakap-cakap mengenai kemenangannya itu tetapi bagi saya kalau sudah menang tu, tetap menang. Tidak kiralah BN atau PR. Siapa yang tidak puas hati kemukakan bukti ke mahkamah le.

Apa pun, kita tunggu siapa lagi pemimpin UMNO yang akan belasah KJ.

Batu api ke saya ni? Tidak, saya seorang wartawan yang suka memerhati.

14 comments:

epain said...

mr tiger or wat ever ur name it is...

sy still tak paham dgn posting u....tp kalau utk kritik kj..allow me to add something...

not to add..but my opinion...

kj ni pada mulanya dilihat sebagai pengganti tepat kepimpinan pemuda...memandangkan umurnya, kelayakannya...tapi bukan kedudukan dlm seri perdana..yakni menantu emas pm...

namun kehormatan terhadap kj semakin hilang hari demi hari...


bnyk isu sebenarnya..bukan sekadar kritikan dr m...tapi ada yg dilihat dgn mata kepala sendiri dan ada yg sekadar hear say...

tapi org meluat....dan bila org lihat bagaimana dia mempengaruhi pak lah...makin menjadi jadi lah meluat org....

plg sy ingat...isu man united nak dtg malaysia....mcm mana seorang pm yg bnyk keje boleh komen pasal isu ini?....sedangkan sebelum itu pm tak de hatipun nak komen pasal bolasepak...tiba-tiba m u tak boleh dtg terus nak komen...sudah terang dgn spot light...kj adlh peminat setengah mati mu....

sy rasa byk lagi isu...tapi itu menelanjangkan lg siapa kj...n sape pm....

sy masih ingat...masa dr m jd pm....anak-anaknya especially mokhzani tidak dibenarkan bertanding jawatan dlm umno...tp kj...."saya sokong kalau itu kehendak akar umbi"...typical speech....

apa yg kj tau pasal umno?...tahukan dia bhw pendita za'ba yg mencipta bendera umno?....tahukah dia mcm mana umno ditubuhkan?....tahukah dia matlamat asal umno?....

lg satu...cara dia naik pangkat memang senang...org lain punyalah bersusah payah...kena panjat tiang, panjat pokok gantung poster br dikira sebagai pemuda...dia tidak....org lain kena bersengkang mata utk meraih sokongan...dia mungkin tidak...celik2 jawatan dah ada...kenapa? "aku menantu lelaki tunggal pm"..."aku suami kepada anak perempuan tunggal pm"....

kengkadang kita lupa...makin kita maju sebenarnya pemikiran kita semua makin kritis....jgn ingat org bodoh...so disebabkan hampir 10 juta pengundi berdafar ingin menunjukkan kepandaian masing-masing...maka jawapannya adlh pada PRU 12....jd siapa yg bodoh sekarang?....jgn hanya pandai menyalahkan org lain...kalau diri itu belum tentu betul....

*padangan ikhlas seorang pemuda yg kecewa dgn UMNO....parti yg telah disalah guna oleh org gila projek n gila jawatan....org yg masih bersemangat melayu hanya disuruh gantung poster pilihanraya tanpa upah...

Anonymous said...

pukul berapa datuk harimau makan?happy lunch tok rimau.

salahnya KJ masuk daun sekali dengan campurtangan politik dalam UMNO, matlamat sebenarnya cintakan nori ka atau cintakan kuasa dan wang org putih cakap money&fame.
puak-puak tuh meluat sangat sebab tiba-tiba pup..muncul si kopi o KJ.ntah dari mana datang tiba-tiba menjadi bendahara pak lah.tuh yang depa semua meluat sangat tuh.

waktu che det mukriz takdak pun dalam situasi politik che det.inilah beza antara kedua orang ini.
sayang kan anak tangan-tangankan sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.itu analogi org2 tua melayu kita.tapi saya lebih suka beranalogi sayangkan anak disiplin-disiplinkan sayangkan isteri jangan selalu tinggal-tinggalkan kelak isteri keluar ikut jantan lain.heheheh....

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Saya cuma mengemukakan persoalan mengapa dua pemimpin veteran UMNO memperkatakan mengenai kewujudan KJ dalam politik negara dan kaitannya dengan penolakan rakyat negara ini kepada BN, sedangkan kekalahan BN itu sudah tentu disebabkan pelbagai faktor lain termasuk kritikan TDM dan media baru.

Contoh yang diberikan oleh Sdr membolehkan pembaca blog ini memahami bagaimana KJ mungkin mempengaruhi bapa mentuanya. Kejadian-kejadian seperti ini menyebabkan orang lain membuat pelbagai andaian dan kesimpulan. Bagi mereka yang mengetahui lebih lanjut atau terkena pasti akan sakit hati dan membencinya.

Jika beliau tidak penting, eloklah kita tumpukan kepada perkara lebih besar lagi dalam memulihkan UMNO. Peranan MT dan penghapusan kumpulan "angguk-angguk" dan "geleng-geleng" umpamanya.

Namun kenaikan KJ dalam Pemuda UMNO seperti juga seorang pemimpin sebelum ini yang melonjak naik sehingga menjadi orang nombor dua. Walaupun ramai yang menasihati TDM supaya berhati-hati tetapi akhirnya kita pun tahu ceritanya.

Takpe, bermula dari bawah dengan menampal poster, seseorang pemuda itu akan banyak pengalaman untuk memimpin dan memberi idea bernas.

Saya juga bersetuju dengan pandangan saudara bahawa generasi sekarang tidak bodoh lagi, tidak boleh diperbodohkan lagi dan mereka banyak mendapat maklumat daripada media baru. Takleh kelentong, nanti masuk dalam tong. Takleh tipu, nanti dapat penyapu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Sayangkan isteri, pastikan mereka sentiasa tersenyum berseri-seri. Setiap hari. Dalam ertikata lain pandai-pandailah ambil hati mereka.

Sayangkan anak, selalulah tanya kat mana mereka berada dan tanya mereka sudah makan dan sembahyang.

Bagi TDM, beliau tahu apa yang dilakukannya. Jangan memperlekehkan kehebatannya untuk menyusun pelbagai strategi. Termasuk kepada golongan yang tidak mahu mendengar cakapnya.

mioraz said...

Taiko,

Saya fikir KJ memang pandai 'berpolitik' tapi tak beberapa 'smart'. Beliau ada 'backup' yang kuat..... itu bagussss..

Tapi hujah beliau kurang mantap, tidak pandai baca suasana.....tua muda semuanya masuk satu karung guni...membuatkan semua orang benci.

Itu saja yang membuatkan beliau tidak disukai..........

Fikiran KJ semacam Khir Toyo juga, gagal membaca rentak dan suasana, pengurusan risiko ‘hancur’

Tapi dia orang boleh pergi jauh sekiranya ubah corak pemikiran…….

ibrahim yahaya said...

Sdr IM,

Hendak jadi ahli politik mesti tahu baca suasana dan tahu untuk menghadapi yang tua dan muda.

Yang penting, kita janganlah selalu hendak menang. Janganlah selalu mahu menang. Janganlah selalu mesti menang.

Jika kita ada kuasa atau backup yang bagus sekalipun, janganlah menggunakannya untuk menang sepanjang masa, ambil semua, susun orang kita, malukan dan ketepikan orang lain, kumpul harta dan bertindak sebagai raja. Apabila kita tiada kuasa dan backup, kita
pasti akan tersungkur dan dipijak orang. Biarlah berhemah, berpandangan jauh, budiman, tidak kejam dan dihormati sepanjang masa. Percaya dan yakinlah.

epain said...

sy setuju dgn saudara...bhw kj bukan faktor tunggal kekalahan bn dlm pru 12...

ok...kita tinggal sekejap isu kj...

kita lihat isu umno tanpa menyentuh kj...

umno sebenarnya sekarang ni memerlukan pejuang melayu yg sebenar...pejuang yg tidak hanya memikirkan jawatan atau dicalonkan dlm pru atau tidak...

cth terbaik antara insan pejuang yg masih ada...veteran umno yg masih menyokong umno walaupun sekang ni bertongkat, berpapah...

org sudah tidak mahu dgn pemimpin yg hanya tahu bercakap soal projek..tapi makan sorang2 atau ahli keluarga shj...

kita mahu leader yg humble...benar2 bersifat melayu...sanggup berhujan berpanas tanpa mengira pilihanraya atau bila2 sekalipun...

org sudah tidak mahu dgn pemimpin yg hanya pandai tunjuk kereta mahal, pakai baju mahal...tapi nasib melayu tidak terbela..

lihat shj sekeliling kita...isu melayu terlalu byk...

org miskin - melayu...masalah sosial - melayu....paling ramai dlm jail - melayu....kurang golongan berniaga - melayu....bergaduh sesama sendiri - melayu .... dan mcm2 lagi....

peri penting...pemimpin umno...pemimpin sendiri telah menunjukkan teladan tidak elok...paling ketara isu jawatan...

menariknya pula isu jawatan hanya dilihat dlm BN...mca, mic dan umno...

pernah dgr pembangkang berebut jawatan?...dap, pas mahupun pkr dll...susah nak dgr pasal berebut jawatan...

cth terbaik pas...peralihan kuasa selepas arawah fadzil noor senang sekali...

jd isu jawatan ini sekian lama membelenggu umno...tapi taklah lama sgt...kenapa masa zaman tunku, tun razak dan tun husin onn...tiada kedengaran isu perebutan jawatan....sebab masa zaman tu, yg benar2 mampu memimpin shj akan tampil memimpin...bukan mcm zaman 80 an hingga sekarang...tarak duit tak boleh jalan...tak popular tak pilih...

lg st..ada pulak pemimpin umno yg hanya mementingkan dipilih....ada yg merajuk sebab tak terpilih utk pilihan raya....

bestnya kesemua isu ini berkait...bermula dgn yg atas sampailah yg bawah....pemimpin atasan ada cerita sendiri...pemimpin bhg dan cwgn pun ada jugak....

sy berani ckp mcm ni sebab sekang sy sedang buat kajian pasal org melayu...bukan umno...

dan bila sy benar2 check...umno sebenarnya bukanlah parti politik...ia hanyalah percantuman sekian banyak pertubuhan melayu dan disatukan...tapi disebabkan british mahukan adakan pilihanraya 1955, maka secara tak langsung umno, mic n mca jd parti politik...

ketiga komponen ni sebenarnya mewakili setiap kaum tapi bukan sekadar di peti undi...luas skopnya...

cuma malang sekarang ni bila sebut umno...kalau join umno, tak islamik tak demokratik dan tak nasionalistik...

sy pernah merasa sebak membaca bagaimana umno mahu dibentuk...tapi sekarang ni nyata berbeza...mcm tak percaya inilah umno yg sy baca tu....

itulah luahan sy...back to basic...never too late to feel sorry...

ingatlah dimana kita bermula...kerana yg bermula adlh fakta tetapi yg berakhir adlh ketentuanNya....

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Setuju. Ahli dan pemimpin UMNO, jika mereka tersesat, baliklah pangkal jalan. Ingatlah asas perjuangan parti dan Melayu.

Memanglah kita seharusnya memperbaiki ekonomi keluarga. Mencari rezeki dan pendapatan halal untuk menyara anak isteri.

Namun, jika kita tamak haloba, rakus, hendak semua projek, mengaut keuntungan negara, sebenarnya ia tidak akan ke mana. Jika mati sekalipun, yang dibawa ialah sehelai kain kapan. Yang lain, tinggal di belakang. Jika salah bawa, anak cucu boleh merana dengan kekayaan yang ditinggalkan. Yakinlah.

Pemimpin berwibawa tidak boleh merajuk dan cepat kecil hati. Pemimpin yang berjiwa besar tidak akan membelot parti. Pemimpin yang jujur dan ikhlas tidak muncul hanya apabila parti bermasalah. Mereka juga tidak menuding jari dan terus menawarkan diri untuk menjadi pemimpin. Pulihkan parti dulu dan ahli tahu siapa yang layak menjadi pemimpin mereka. Ahli juga mesti berani bersuara.

epain said...

sesat?...kembali ke pangkal jalan?....hahahahaha

mereka bukan sesat mr tiger....jln sentiasa ada...

sekang ni mcm2 ada...jgn kata peta...gps, gprs dan bermacam g lagi...

kalau sesat jugak...kena tgk sesat sebab apa....sbb buta? atau dibutakan?...ka .kalau buta diberi tongkat putih...kalau dibutakan...ada org yg tlg pimpin....

tapi persoalannya...mahukah menerima tongkat putih?...mahukah dipimpin....

apek jaga depan ada longkang, lompat, lompat, lompat apek lompat...

opppsss...sensitif skit perkataan lompat ni....

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Kadang-kadang apabila kita mabuk (macam-macam jenis mabuk termasuk mabuk politik) kita boleh pening dan jatuh dalam longkang atau parit. Ketika mabuk juga, kita akan melakukan perkara-perkara terkutuk oleh agama.

Selalunya, kita akan hilang akal dan sesat dalam kegilaan mengejar pangkat dan kekayaan. Ketika itu berlaku, kembalilah ke jalan sebenar menggunakan kompas hati.

Anonymous said...

Oi Mat Tiger, awak wartawan ke? Wartawan tulis sepatutnya senang paham. Tapi awal tulis tak boleh paham, berbelit-belit. Cara tulisan tu macam takut kat KJ dan konco-konco dia aje. Jadi, awal dalam satu bot dengan orang lain jugalah. Dalam isu KJ tak ada jalan tengah. Kalau kau suka kat dia, kau akan jilat bontot dia, tapi kalau kau benci dia, kau akan terajang je bontot dia tu.

Wakmasnoor said...

If you heard 10 bad things ABOUT ME, coming from 10 different mouths; then to easily believe those, is making a FOOL out of you.

BUT if you HEARD 100,000 bad things about KHAIRY JAMALUDIN, coming from 100,000 different mouths; then you might as well take damn serious notes and CLOSED the verdict.

Was it a MISTAKE OR was it a very a WELL-PLANNED AND ORCHESTRATED move by Pak Lah in getting Khairy Jamaludin as the PEMUDA UMNO Deputy President? Either way, it was WRONG. To have your Mr. Nobody SON IN LAW to suddenly becoming PEMUDA UMNO second-in-command, OUT OF NOWHERE; is expectedly, inviting BAD perceptions and perspectives from others. But being Pak Lah, HE SIMPLY DONT BLOODY CARE WHAT OTHERS THOUGHT OF IT. BECAUSE HE IS THE BOSS.

While Khairy has all the time and opportunity to deny that Deputy President of PEMUDA UMNO seat and learned to move the hierarchy in UMNO slowly and accordingly; HE SIMPLY CANT WAIT AND CANT BE BOTHER. BECAUSE HE (LIKE HIS FATHER IN LAW) HAS HIS WICKED AGENDAS. So as with rest of greedy UMNO politicians.

http://100patahperkataan.blogspot.com

Unknown said...

Entah la bang ! Rasa rasa zaman KJ dah pelan pelan suram. Tak dak harapan nak bersinar mcm dulu. Dulu rasanya saya pun impressed dgn KJ ni tp lama lama hilang mcm tu aje. Tak tau lah mana silapnya, tp kalau tanya rakyat Malaysia, rata rata semua orang ada cerita masing masing pasal KJ. Cuma Pak lah aje yg tak mau dengar ! Nasib la dia ..

beyond2morror said...

selamat malam d an pagi tok rimau

sebut pasal kj nih rasa memang nak muntah.cakap merapu tanpa fakta yang tepat dan jelas.main hentam jer tanpa memikirkan kesan dan sensitif semua pihak.
ntah dari mana datang,saya pun tak tahu.cakap memang pandai,tapi airliur jugak yang berterabur.hentam cromox macam kumpulan sepultura dari brazil.
kalu tok rimau satu kapal dengan kj,harap-harap jangan ikut sudah ler.kalu tok rimau nak tahu,orang umno memang sangat tak suka atau bengang atau menyampah atau meluat atau lebih kurang berambus lagi bagus.Akhirnya semua orang Umno terkena air liur yang busuk dan lagi melekit hasil percampuran mikroorganisma penipuan dan bakteria hati busuk.Nak hilangkan bukan senang.Mungkin bertahun jugak rasanya.Sekarang ni pulak,virus dari kj nih dah terkena pemain bola sepak plak.Semua pemain dan pentadbiran terpaksa mencari penawar sendiri untuk menghalang air liur yang bakal terenjis nanti.

harap-harap tok rimau cari ubat secepat mungkin bagi mengelakkan terkena air liur tersebut....

saya pakai sut angkasawan bila berhadapan kj.