Sunday, April 27, 2008

MUSIM SURUH PEMIMPIN BERUNDUR?

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, meletakkan jawatan beberapa minggu selepas parti itu tewas kepada pembangkang. Beliau berbuat demikian kerana ada rasa bertanggungjawab dengan kekalahan parti pada PRU12.

Kelmarin, Datuk Seri Annuar Musa, bersedia untuk mengosongkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan jika pucuk pimpinan tertinggi parti mahu beliau digantikan orang lain. Beliau berjanji untuk membantu pemimpin yang dipilih oleh pucuk pimpinan.

Bagi saya, lebih elok kita berundur sebelum disuruh berundur.

Hari ini, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali diminta berundur. Apa dah jadi ni?

Mesyuarat Khas (EGM) UMNO Bahagian Cheras hari ini meluluskan resolusi agar Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, ditukar berikutan kekalahan 10 daripada 13 kerusi Parlimen pada PRU12.

Menurut news portal, Malaysiakini, Bahagian itu yang diketuai oleh Tok Syed yang sentiasa berani dan lantang, mencadangkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan.

DS Tajol pula diminta berundur oleh UMNO BAHAGIAN KAMPAR .

2 comments:

Anonymous said...

Eloklah lah letak jawatan sebelum orang halau. Senang saja nak uji sama ada kita masih mendapat sokongan atau tidak. Cuba panggil orang UMNO yang sokong kita dulu untuk hadir meeting pada waktu yang pelek. Masa ada pengaruh dulu, semua orang akan datang, walau pun diminta hadir selepas subuh. Cubalah dalam keadaan hari ini pula. Sekarnag ini, kalau dipanggil waktu yang sesuai pun, beluim tentu orang UMNO akan datang. Jadi fikir-fikirkan lah nasib diri tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Dalam keadaan sekarang, saya rasa kita tidak perlu menguji sama ada orang sokong kita atau sebaliknya.

Yang penting, kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk meletakkan jawatan jika kita rasa bahawa sesuatu kekalahan itu berpunca daripada kita.

Rasa tanggungjawab ini yang ramai orang tidak memilikinya kerana mereka sentiasa memikirkan bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan kekalahan itu.

Dalam ertikata lain, mereka merasakan kekalahan itu berpunca daripada faktor lain yang lebih besar bukan AKU, bukan SAYA, bukan HAMBO, bukan GUA atau bukan silap CHEK.

Habeh, camno?