Monday, April 14, 2008

SELAMAT HARI LAHIR CYNTA


(Iyra dan Cynta di majlis hari lahir kawan mereka)

1 comment:

ibrahim yahaya said...

Sdr Noor Cynta Camilia,
(Sekadar Catatan)

Anakku,

Ketika Cynta menyambut hari kelahiran ke 12,

pelbagai perkara berlaku di negara ini,

Daddy pun tidak tahu hendak bermula yang mana satu,

Yang pasti ia ada kaitan dengan Melayu.

Cyntaku,

Ketika ini bangsa Melayu terkejut dengan tsunami politik selepas PRU12,

Pilihan Raya Umum ini adalah yang paling teruk dalam sejarah UMNO,

Lantas gesaan agar Perdana Menteri meletak jawatan kedengaran di mana saja,

Dari anak muda hingga ke golongan pemimpin ternama,

Mereka bermadah, berseloka, menyindir dan menyatakan secara terbuka,

Mereka mahu Pak Lah berhenti,

Berhenti bukan mati,

Menjaga harga diri,

Mereka mahu ada peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib,

Peralihan segera adalah wajib,

Mereka mahu UMNO dipulihkan segera,

Demi kepentingan semua.

Anakku,

Bagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, letak jawatan itu perlu,

Itu pun jika ada rasa malu,

Jika dipercepatkan akan memulihkan semangat bangsa Melayu,

Pak Lah tidak perlu dirayu untuk terus teraju,

Pak Lah perlu berlalu,

Jika ini berlaku,

Pak Lah akan disanjung bangsa Melayu,

Bertanggungjawab dan terus meletakkan jawatan,

Bagi Tun Dr Mahathir, banyak perkara yang perlu diperbetulkan,

Perniagaan anak beranak perlu diberhentikan,

Nasihat budak-budak tingkat 4 perlu dilenyapkan,

Kalimullah perlu diketepikan,

Kaki bodek dan pengampu perlu ditiadakan,

Banyak lagi yang serba tidak kena.

Cyntaku,

Bagi Paklah, mahu terus kekal,

UMNO perlu dipulih seperti asal,

Agar beliau tidak menyesal,

Paklah mahu memikul beban,

Dibantu oleh rakan-rakan,

UMNO terus relevan,

Untuk tahun-tahun mendatang.

Anakku,

Melayu perlu bermuhasabah diri,

Zaman bongkak, angkuh dan bermegah diri,

Sudah berlalu dan perlu diperbaiki,
Perlu merendah diri,

Melayu perlu sedar bahawa mereka perlu melakukan perubahan,

Melayu perlu sedar mereka perlu bersatu padu,

Demi menegakkan agama, bangsa dan negara,

Tiada pilihan lain,

Bersatu teguh, berpecah roboh.

SELAMAT HARI LAHIR CYNTAKU.