Thursday, April 17, 2008

UMNO - INSTITUSI SOSIAL MELAYU

Ketika bersembang dengan kawan-kawan malam tadi, perbualan sama ada UMNO masih relevan sekarang atau akan datang, diperkatakan dengan panjang lebar.

Isu ini timbul berikutan keputusan teruk BN pada PRU12 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN tidak mendapat majoriti dua pertiga. Calon UMNO di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri juga kalah di banyak tempat termasuk di kawasan yang dianggap putih.

Ada pula yang berpendapat UMNO tidak kalah kerana prestasi parti itu lebih baik daripada yang dicapai pada 1999 sewaktu pemecatan Timbalan Presiden UMNO. Ketika itu, undi yang diperolehi UMNO merosot tetapi masih mengekalkan dua pertiga menerusi sumbangan rakan-rakan komponen iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Kali ini, walaupun sokongan terhadap UMNO masih ada, malapetaka yang menimpa MIC, MCA dan Gerakan menyebabkan sokongan terhadap BN dilihat seolah-olah semakin kurang terutamanya kehilangan 5 negeri dan WP. Kekalahan itu menyebabkan DAP yang dikatakan menjadi "puppet master" di beberapa negeri yang dikuasai oleh PR semakin bermaharajela menunjukkan kuasa mereka terutama di Perak di mana mereka dikatakan sudah mula menguasai SEDC dan SADC. Apa akan jadi nasib Melayu?

Mengenai UMNO, seorang kawan menegaskan parti yang tidak mempunyai ideologi itu akan terus relevan jika orang Melayu masih menganggap parti itu sebagai satu institusi sosial Melayu. Sebagai institusi sosial Melayu, UMNO telah memainkan peranan dalam semua bidang membabitkan orang Melayu termasuk kenegaraan, bangsa, adat istiadat, agama, institusi raja dan hubungan serantau dengan dunia Melayu.

Cuma, UMNO dikatakan perlu diremajakan.

Apa caranya untuk relevan sebagai institusi sosial Melayu? Apakah ahli UMNO sudah bangun dari tidur? Apakah ahli UMNO masih gila mengejar jawatan sedangkan partinya kini terumbang-ambing? Fikir-fikirlah masak-masak.

10 comments:

Anonymous said...

salam pagi tok rimau,

petang semalam saya juga sempat berbual dengan seorang veteran umno sembang punya sembang rupanya si veteran tersebut juga org kuat umno pulau pinang malahan beliau merupakan bapa saudara kepada bekas timbalan menteri pulau pinang yang terdahulu.apabila ditanya apakah umno masih relevan apakah umno masih boleh diselamatkan apakah pemimpin yang bakal menggantikan pak lah layak?
beliau menegaskan selagi org2 umno tak amanah suka menipu suka membodek tak ada prinsip berpoltik semata untuk dapat projek umno sememangnya akan hangus.
saya bertanya kepada si veteran tersebut adakah dia tidak menyukai umno?beliau menegaskan umno relevan pada zaman kebangkitan menentang penjajahan dan kemerdekaan dari British.beliau amat menyayangi umno namun keadaan sekarang pada pandangan beliau umno susah nak membina kekuatan kerana org2 di dalam umno sendiri masih tidak insaf dan mencari peluang projek dari pihak lain pula bukan memasang strategi untuk membina semula perpaduan dalam umno tetapi mencari peluang baru untuk kepentingan peribadi.

itu kata si veteran tersebut.

Unknown said...

Ahli UMNO dah lama bangun dari tidur. Yang tak bangun bangun dari tidur tu haa yang kat atas nun. Yang mengejar jawatan pun bukan ahli ahli UMNo tp yg dok ada jawatan sikit dlm UMNO. Ahli ni biasanya pengikut setia & pendokong hasrat

Razlan said...

Meremajakan UMNO... Terpulang kepada pemimpin bagaimana formula untuk meremajakan UMNO.

Ada pendapat yang mengatakan UMNO sudah high Class.. buat rakyat menjauhkan diri.... ada benarnya.. banyak program orang UMNO semua grand-grand.. orang kampung nak datang pun dah macam masuk rumah orang kaya ... malu dan segan..kekok dan tidak mesra..

Ada orang kata .. orang UMNO terlalu jaga Pangkat .. betul juga.. setiap majlis.. kalau tersalah sebut nama dan turutan pangkat pun jadi isu.. jadi isu yang besar .. lepas tu tak malu nak cerita kat depan rakyat jelata.. rakyat dah jadi jelek .. macam pangkat tu besar sangat sampai boleh bawak masuk syurga ..

Ada orang cakap .. Orang UMNO ni syok sendiri buat program ... betul juga .. program semuanya dibayar ... dan yang datang semua orang UMNO yang disogok dengan pakaian ataupun duit minyak .. Program Bola pun kene panggil mat rempit .. kalau parti lain buat .. semua datang kerana keinginan nak datang .. bukan pasal dipaksa dan disogok ..

Ada orang cakap ... Setiusaha Politik Menteri dah tak buat kerja seiausaha .. tangkap komisen projek jee .. betul jugak .. kalau tak .. takan sec pol boleh pakai Estima baru, Merc... B-ME .. Menteri pinya kerja politik pun ntah ke mana ....

Kalau nak dengar orang cakap .. bertimbun-timbun sebab kenapa menyampah dengan pemimpin UMNO ..

Pikir laa .. cari laa formula .. dan yang paling penting .. UMNO kena cari IDOLA .. pastikan Program orang datang kerana nak datang .. bukan kerana disogok ..

UMNO masih lagi releven .. dan akan releven 50 tahun lagi jikalau Peminpin UMNO mahu rendah diri .. mahu kerja untuk PARTI .. mahu ketepikan kepentingan diri dan ketepikan kepentingan kroni2 ..

Mungkin itu sajala formula yang boleh membuat orang sayang kembali kepada Pemimpin UMNO ..

Razlan said...

hanya ingin bertanya ..

kenapa komen saya tidak disiarkan ??

tq

epain said...

cuba rumuskan dr awal penubuhan umno sampai sekarang...

antara perkara besar yg berlaku atau isu perbincangan..

1) perebutan jawatan...siapa patut naik...siapa yg tak layak...

2) kemunduran melayu...ekonomi tak pernah naik...

3) penyatuan melayu...melayu tidak bersatu....

4) melayu + islam....islam belum tentu melayu...melayu semestinya islam...

5) masalah sosial...gejala yg semakin menjadi wabak...

kita kerap membincangkan masalah tersebut...tp tak jumpa jalan penyelesaian....

kita asyik bercakap...tindakan entah ke mana....

kita asyik "berjalan"...tapi tak jumpa destinasinya....

kita syik makan...tapi tak pernah kenyang....

apa yg org melayu cari sebenarnya?...wujudkah "minda melayu?"...rumpun melayu?...dan mcm melayu...

yg akhirnya kita hanya berbangga dgn baju melayu, askar melayu, kampung melayu dsb....

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Apa yang penting sekarang ialah meniup roh Melayu dalam semua ahli dan pemimpin UMNO, terutama mereka yang masih terlena dan dibuai mimpi.

Apabila ahli UMNO mempunyai roh sudah tentu tumpuan mereka ialah untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan bukan perkara lain waima keluarga sendiri.

ibrahim yahaya said...

Sdr Emmer,

Saya setuju dengan pandangan saudara bahawa semua pemimpin tidak kiralah yang atas atau bawah perlu bangun daripada tidur agar mereka tidak terus mengigau kerana mimpi buruk PRU12 sebaliknya segera menyusun strategi untuk menawan negeri yang sudah rebah.

Terengganu pernah ditawan oleh PAS tetapi berjaya dirampas semula pada PRU 2004. Tidak mustahil negeri yang tewas itu boleh dirampas semula. Yang penting jangan berebut jawatan, tetapi mempertingkatan usaha untuk memulihkan parti. Jangan sibuk suruh orang berhenti tetapi bersama-sama mengukuhkan parti.

Kita perlu tanya juga apakah pemberhentian pemimpim tertentu akan menyelesaikan masalah? Kemudian, apabila tidak puas hati meminta pula penggantinya meletak jawatan. Apa kesudahannya?

ibrahim yahaya said...

Sdr Melayu Online,

"UMNO masih lagi releven .. dan akan releven 50 tahun lagi jikalau Peminpin UMNO mahu rendah diri .. mahu kerja untuk PARTI .. mahu ketepikan kepentingan diri dan ketepikan kepentingan kroni2 .."

Saya setuju dengan pandangan saudara. Pentingkan PARTI daripada kepentingan diri. Insaflah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Razlan,

Komen yang mana satu?

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Melayu bukan atas nama saja tetapi lebih daripada itu.

Jika nama saja Melayu tetapi tiada roh Melayu, semuanya akan disapu walaupun mereka tahu ia tidak sepatutnya dilakukan terutama apabila ditawarkan wang berguni.

Apa guna menjadi pemimpin Melayu jika tiada roh Melayu sebaliknya mengikut telunjuk orang lain yang boleh membinasakan bangsa Melayu.