Wednesday, September 19, 2007

BIAR BODOH, TETAPI BAIK HATI

Saya gelihati dan hampir terjatuh daripada kerusi kerana terbahak-bahak apabila membaca kenyataan anak ketua pembangkang mengatakan insiden di Melaka terhadap penternak babi seperti kejadian kekejaman Israel terhadap Palestin. Tolonglah, kalau tidak tahu bagaimana rakyat Palestin menderita disebabkan Israel janganlah pulak hendak menyamakan penternak babi dengan rakyat Palestin..

Beliau tidak tahu membezakan antara kekotoran najis babi, penderitaan umat Islam, kesabaran sesuatu bangsa, kesetiaan rakyat kepada kerajaan, sikap bongkak kerana kekayaan, mengikut telunjuk pemodal Singapura, bermati-matian kerana wang, kedegilan dan membuat kecoh, tidak mengikut undang-undang, menguatkuasakan peraturan alam sekitar dan teruja mendapatkan undi. Janganlah terperangkap dalam kebodohan kita.

Dalam berita Malaysiakini semalam, anak ketua pembangkang itu dalam memorandum kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata:

"Peristiwa hitam itu, di mana 2,000 anggota kerajaan termasuk FRU, kereta perisai air dan helikopter mengepung penduduk, mengingatkan kami macam mana penduduk Palestin dikongkong, didera dan dianiayai oleh rejim Israel yang begitu ganas dan tidak berperikemanusiaan," katanya .

Saya juga tersenyum dengan kenyataan dia seolah-olah pandai dalam bidang agama dan sosial serta mahu menjadi juara selepas MCA dan pemimpin komponen BN membantu menyelesaikan masalah penternak babi di negeri Hang Tuah itu. Kalau hendak undi buatlah cara lain.

"Terdapat kilang-kilang yang mencemarkan aliran Sungai Melaka tetapi "kerajaan tidak sampai hati menutup kilang tersebut, selain daripada mengenakan hukuman denda". Mengapa ladang ternakan khinzir yang bersih dan tidak mengotorkan aliran sungai kena ditutup, tetapi tidaknya kilang yang mencemarkan sungai dengan bahan kimia toksid yang memudaratkan kesihatan rakyat?" soalnya.

Saya juga hairan bagaimana dia boleh membuat tuduhan melulu demi untuk mendapat sokongan masyarakat Cina. Saya yakin bahawa masyarakat Cina pandai untuk menilai antara kekotoran dan menjalankan tugas.

Dia menegaskan bahawa jawapan awal Ketua Menteri adalah diperlukan bagi mengelak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab "bermaharajalela menyalahgunakan kuasa hingga menimbulkan ketegangan serius dalam masyarakat".

Tetapi dia membongkar sikap hipokrit dan bermuka-muka sesetengah pihak yang bercakap lain dengan satu-satu pihak tetapi bercakap lain dengan pihak yang lain. Ini amalan tidak baik. Ikhlaslah sedikit.

"Kami ingin menarik perhatian bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun dikecam oleh seluruh masyarakat Cina sebagai melampau, termasuk parti MCA yang hanya menyatakan ini dalam suratkhabar Cina tetapi tidak di depan YAB ataupun di suratkhabar bukan berbahasa Cina," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Siapa yang patut dipersalahkan ialah kerajaan negeri Melaka. Ali Rustam berdiam diri saja sebab disogok jutaan ringgit. Pembangkang hanya ingin membela nasib rakyat

Anonymous said...

hello bro Tiger,this is certainly not a new issue.U n me know tis right!!!
Soalnya sampai bila boleh Gomen selesaikn masaalah ini.It's all d stae govt problem.
As d saying goes,"we don't need a cow 2 get milk kan!!"
Tak usah pandg jauh la...look at s'pore,they hv majority chinese staying there,they don't hv 2 rear pigs.How about Hong Kong,they r the same.
I bet,if both these coutries wanna rear pigs,they cud do it n I bet they will do it in the most modern n using the latest technology.
We in M'sia,after 50yrs merdeka pun tak bolih selesai masalah ternak babi n i bet it will remain status quo.
The state gomen wants it that way cuz they want their votes..THAT'S IT...FULL STOP.Ini semua kerja GOMEN la.What's new here.WE can't solve most of the things in this country...anyway 2 long 4 me 2 write la bro.From the way i write u shud know wat i'm trying 2 say right.Take care BRO TIGER!!Nano nano..

ibrahim yahaya said...

Sdr Darth Vader,

U take care too, sir.