Friday, September 21, 2007

DARAH BIRU BELANGKAS MAHAL

Semasa kecil dahulu, saya teringat kisah kematian satu keluarga di Masjid Tanah, Melaka kerana termakan racun belangkas. Sedih dan amat memilukan. Pagi ini, saya menonton MHI TV3 yang memaparkan kepentingan darah belangkas untuk mengesan kontiminasi atau contimination sesuatu bahan atau larutan. Darah berwarna biru itu banyak digunakan oleh hospital di negara maju untuk mengesan kontiminasi bahan hospital seperti antibiotik dan larutan. Dulu kita tahu telur belangkas sedap dimakan, kini darahnya pula boleh digunakan secara komersial.

Apa yang menarik ialah nilai darah belangkas itu yang boleh mencapai ribuan ringgit. Bagi satu liter darah belangkas ia boleh mencapai harga RM17,000. Satu liter darah boleh diperolehi daripada kira-kira 115 ekor belangkas. Bagi saiz yang besar seperti yang terdapat di perairan Sabah, ia hanya memerlukan antara 50 hingga 60 ekor. Kita juga harus berbangga kerana Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil langkah untuk membiak belangkas ini bagi tujuan penyelidikan.

13 comments:

Unknown said...

Sejauh mana penyelidikan belangkas ini di Malaysia, adakah untuk penyelidikan sahaja atau akan dikomersialkan?

Anonymous said...

Jika ada pembekal darah belangkas, kepada siapakah darah belangkas dijual?

ibrahim yahaya said...

Sdr Noor Azizah,

Untuk penyelidikan dan dikomersialkan. Segala butirannya boleh menghubungi TV3.

Sdr Khalik,

Untuk mendapatkan maklumat mengenai pembekalan, eloklah hubungi Bahagian Majalah TV3, mereka mungkin boleh membantu.

Unknown said...

Boleh tak sekiranya saudara membantu saya bagaimana untuk saya menghubungi pihak tv3?

ibrahim yahaya said...

Sdr Noor Azizah,

Hubungi TV3 - 03 7726 6333. Bercakap dengan Saudara AKZ, Pengurus Bahagian Majalah.

Unknown said...

Saya ada seorang kawan yg boleh membekal belangkas dari Sabah. Beliau sedang menunggu sample dari Sabah utk ujikaji seorang DR dari UMT. Harap dapat sokongan dari pihak tertentu.

Unknown said...

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai pengkomersialan darah belangkas. Diharap saudara dpt memberi lebih info mengenai perkara ini sekiranya ada sebarang perkembangan terkini.

Anonymous said...

dekat mana lagi saya boleh dapat dengan lebih teperinci lagi mengenai pasaran belangkas.kalau saya dan ada belanggkas tu dkt siapa saya perlu berhubung untuk jd pembekal.

Anonymous said...

Berminat untuk mendapatkan maklumat penternakan belangkas, lawati laman web http://www.borneokingcrab.com

krish said...

hi, saya pelajar pascasiswazah dari UMS, Sabah dan saya tengah menjalankan kajian populasi Belangkas di Sabah menggunakan kajian DNA. Saya perlu mendapatkan sample belangkas dari seluruh pesisiran pantai Sabah. Boleh siapa siapa tolong saya? Thank you!

Salleh Al Basyah said...

Kalau ada banyak belagkas dengan siapa saya perlu hubungi?

Unknown said...

Tlg hubungi sy ..sy memerlukannya dlm kuantiti yg banyak ..madi 0192415065

Unknown said...

Sy memerlukan belangkas yg ada telor tapi dlm bentuk frozen..sila hubungi melalui wasaap atau tel 0192415065 madi