Tuesday, September 4, 2007

DRACULA SEDUT DARAH PENERIMA DEB

Sabtu lalu, ketika bersembang dengan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz, banyak isu semasa mengenai bangsa Melayu dibincangkan secara terbuka. Saya pernah bertemu Datuk Astaman tetapi kami tidaklah rapat. Namun, perbualan kami petang itu, semacam perbualan kawan lama yang ingin mengutarakan pandangan masing-masing. Itulah gayanya ahli politik bertemu wartawan. Bersembang mengenai isu semasa ketika negara mencapai 50 tahun kemerdekaan - Bangsa Melayu. Lebih tepat lagi ialah perangai orang Melayu terutama pemimpin mereka. Ada yang baik dan ada yang tidak baik. Ada pemimpin Melayu yang berperangai semacam Dracula atau pontianak. Menyedut darah penerima DEB.

Daripada pengamatan dan pengalaman kami dalam politik dan kewartawanan, yang mencemarkan nama baik orang Melayu ialah pemimpin Melayu yang rakus dan tamak haloba. Pemimpin yang ingin membolot semua kekayaan. Pemimpin yang tidak amanah dan sanggup mengambil hak orang lain terutama rakyat miskin. Pemimpin yang rasuah dan sanggup menjual maruah bangsa. Pemimpin yang ingin kaya segera dan tidak bertanggungjawab. Pemimpin yang cakap lain tetapi buat lain.

Walaupun kami pernah melakukan kesilapan tetapi kami tidaklah rakus dan mengambil hak orang lain. Saya tidak tergamak untuk mengambil rezeki atau hak orang miskin. Seperti diberikan rumah kos rendah dengan bayaran ansuran. Saya membeli rumah menggunakan rezeki titik peluh sendiri. Saya tidak layak menerima rumah kos rendah. Waima buku bantuan kerajaan. Saya tidak membuat jambatan atau bangunaan yang runtuh menyebabkan kematian. Di China, pemimpin yang bertanggungjawab menyebabkan kematian dihukum tembak.

Menceritakan segala kelemahan bangsa Melayu seperti meludah ke langit. Bercakap mengenai perkara ini seperti mengiakan dakwaan orang lain mengenai orang Melayu. Ini juga bukan bermakna kaum lain tidak rasuah atau tidak amanah. Mungkin sama teruk. Itu soal lain. Kami membincangkan isu membabitkan bangsa kami dulu.

Meludahlah kami. Tetapi ini tidak mengapa. Biarlah air ludah itu jatuh ke muka kami tetapi yang penting kami berdoa ada jalan penyelesaian untuk mengubah perangai orang Melayu ini. Biarlah air ludah itu jatuh sekali bukanlah terpaksa melihat orang lain meludah kami setiap hari. Perubahan drastik perlu dilaksanakan segera kerana jika ia berterusan, sukar bagi untuk menangkis dakwaan orang lain. Jika benar, bagaimana hendak ditangkis? Kami bukan spin doctor atau doktor pusing atau tabib yang mereka-reka cerita.

Perbualan kami petang itu, selari dengan laporan Malaysiakini yang menyatakan empat pemimpin Melayu bersetuju agar Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyusun semula masyarakat pelbagai kaum dan membantu golongan miskin tidak disalahgunakan oleh pemimpin rakus dan tidak jujur. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa golongan yang menyalahgunakan DEB inilah yang menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap dasar kerajaan yang baik. Ini juga disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sejak dari dulu lagi.

Bagi TR, dasar ini relevan sehingga 50 tahun lagi dan TDM pula mahu mereka yang melaksanakan dasar ini bersifat jujur dan telus. Sebutkan siapa yang mendapat kontrak. TDM berpendapat sesuatu kontrak itu diberikan bukan semata-mata kerana ia ketua bahagian parti. TMH mahu semua pihak faham tujuan sebenar DEB kerana tanpa dasar itu juga ada pihak yang akan membuat keuntungan. Tetapi beliau mahu sebarang persoalan mengenai DEB jangan dilihat sebagai usaha mempersoalkan hak Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan. DSAI pula mengganggap Malaysia perlu terus maju kehadapan tanpa dengan dasar ini yang dianggap obsolete.

Datuk Astaman dan saya bersetuju penyalahgunaan atau penyelewengan DEB, jika berlaku perlu diberhentikan segera. Jangan ia menjadi barah yang akan merosakkan orang Melayu terutama pemimpinnya. Jangan semua menutup mata kerana semua bersikap bergitu. Berubahlah demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Kekayaan yang diperolehi secara haram tidak akan membawa kebaikan. Percaya dan yakinlah.

Kontrak yang diperolehi jangan dijual kepada orang lain. Jangan hanya mahu jadi jutawan segera. Kawan saya, ketua bahagian parti dan gigih mencari rezeki dengan bekerja bersungguh-sungguh. Hampir dapat projek, akhirnya kecewa kerana diberikan kepada orang lain walaupun beliau layak dan berwibawa. Bukan makan atas angin. Beliau reda dan yakin rezekinya tetap ada. Projek yang dibuat perlu yang terbaik dan bukannya ala kadar. Lihatlah apa yang berlaku kepada bangunan kerajaan. Pecah, bocor dan retak. Oleh kerana kerja yang tidak baik, siapa yang akan mendapat malu.

Kemewahan perlu diagihkan sama rata. Jangan hanya membolot kekayaan itu seorang saja. Menubuhkan pelbagai syarikat untuk mendapatkan projek tetapi yang mengaut segala keuntungan ialah beberapa kerat saja. Inilah dinamakan penyalahgunaan dasar. Perbuatan buruk ini tidak akan memastikan objektif perlaksanaan dasar tercapai. Ia akan memburukkan lagi keadaan - kemiskinan berterusan.

Pengurus dan penerima projek perlu amanah dan jujur. Jika mahu jadi kontraktor berhenti daripada menjadi kakitangan kerajaan. Jika mahu berkerja dengan kerajaan, bekerjalah dengan jujur dan amanah. Jangan menjual projek untuk kaya raya. Jangan meminta komisyen untuk menghadiahkan projek. Komisyen akan menaikkan kos projek. Kontraktor akan cuba mencari untung dengan menipu menggunakan bahan yang tidak bermutu. Ini kerana untuk mengambil semula keuntungan yang berkurangan kerana bayaran komisyen. Yang rugi ialah pengguna dan kerajaan mendapat nama busuk.

Saya bukan pendakwah atau pejuang moral. Sekadar mengingati, memberi pandangan dan luahan. Hentikanlah sikap buruk ini demi agama dan bangsa. Tanamlah rasa bersalah jika tidak amanah. Takutlah kepada tuhan jika terus menerima habuan. Anda tidak akan terlepas. Tunggulah, masa dan ketikanya. Ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.

2 comments:

The Watchman said...

Tepat sekali komen saudara. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru orang Melayu sedar yang membuat kacau; yang memporak-perandakan isu-isu perkauman and pengagihan kekayaan negara dan tanah air tercinta adalah tak lain tak bukan pemimpin-pemimpin mereka di UMNO, satu-satunya parti yang tidak bermaruah, hanya mengutamakan kepentingan diri dan tidak Islam sama sekali kerana agama Islam tidak boleh bergaul dengan rasuah, perasaan dengki dan kepimpinan yang tidak adil dan saksama.

Saudara patut banyak beceramah agar orang Melayu sedar akan penyelewengan ini, agar orang Melayu dapat bangkit untuk memilih pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa dan mempunyai lebih iman, pemimpin-pemimpin yang lebih sedar akan proses demokrasi dan kepentingan rakyat, pemimpin-pemimpin yang lebih patriotik.


Patriotism, anyone?
Dzulkifli Ahmad
Aug 27, 07 12:15PM Malaysiakini

While perusing a local daily, I was struck by an advertisement which lucidly captured the sacrifices of the founding fathers of this nation.

Lest you have missed it, I share these lines: “Here was Malaysia’s first Prime Minister. Father of Independence. Prince of man. Kings of hearts. Asking nothing for himself. And everything for the people.

“If he had enriched anybody, it was us – the people of Malaysia. To us he gave the most precious thing of all. Freedom.

“What a patriot. What a man. What a sacrifice. A sacrifice made together with those he unreservedly called his ‘brothers’ and ‘sisters’ for the country. For us.”

The advertisement similarly referred to the “likes of Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan…he and his fellow visionaries then laid the foundation for parliamentary democracy that has lasted till today”.

Going by the current national leadership’s ineptness, these overflowing accolades and reverence for national leaders may soon be entirely redundant. Not that we lack literary power to string such captivating phrases together. There simply may not be any leader worthy of such honest praise borne out of sheer admiration and awe for them.

On the eve of celebrating our 50th year of Independence, you can’t help noting the ‘malaise’ of the citizenry. Certain ministers are immensely aggrieved and dejected by the situation - the lack of patriotism, that is.

Time and again the citizenry is reprimanded by the powers-that-be to exhibit and exude patriotism. Regrettably though, the symbolism of patriotism has been ostensibly judged by, and associated with, sticking the Jalur Gemilang on vehicles, singing the national anthem and of course, attending the annual parade.

I’m not about to dismiss any of these symbolic acts, but the government must understand why an outpouring of patriotism has become more difficult for most of us. What stands out is the unfortunate perception - reinforced by none other than the government itself- that engaging in any patriotic act is consequent to supporting the government of the day. That automatically disenfranchises a significant lot.

The latest round of criticism by former police chief Hanif Omar (left), who served for two decades (1974-1994) and a vitriolic attack by Dr Mahathir Mohamad (right), the former premier who also served for two decades (1981-2003), speaks volumes for the need to dissociate patriotism from complying with governmental policies and decisions.

Sensible take

Using the Google search engine one day, I stumbled onto a website - Thinkexist.com - which revisits the concept of patriotism.

For starters, here’s this: ‘Dissent is the highest form of patriotism’ - a quote by Howard Zinn, an American historian, author and political activist, who is currently Professor Emeritus in the Political Science Department of Boston University (born 1922).

I thought this was exciting for a start. While patriotism is traditionally understood as one’s undivided and blind faith in and love for one’s nation, this enlightened mind prescribes dissent as the pinnacle of it.

As dissent is the essence and cardinal principle of democracy - i.e the right to differ - it surely provides the dynamism and the check-and-balance that prevents the systemic rot that eventually demolishes any nation. But is it celebrated and revered in our democracy?

Just remember that the next time you dissent, for whatever reason, it should be deemed as expressing your democratic right for you are actualising the highest form of patriotism!

Moving on, Mark Twain (1835-1910), an American humorist, writer and lecturer, offers this quotable quote: “Patriotism is supporting your country all the time, and your government when it deserves it.”

That is in fact very sensible, subdued and restrained. This is rather obvious and about the fairest thing to say. The government deserves our support albeit conditionally. It will be given credit when due - even profusely, if it deserves this.

But if they remain oblivious, unrepentant and worse still, so bent on crooked and devious ways - like amassing wealth for themselves and their cronies and allowing crime rate to sky-rocket and malignant corruption to rule the day - they do not deserve our support. Hence, our inability to profess support and allegiance.

Let us judge a quotation by Edward Abbey, another American, an uncompromising environmentalist philosopher (1927-1989), who put it cogently: “A patriot must always be ready to defend his country against his government.”
Wow! That’s really cool and says it all.

Now could we put to perspective the very many ‘towering personalities’ that have audaciously appeared on stage of late, who stood tall and willing to be counted.

If I had the honour of listing the many ‘towering personalities’ who have appeared in public of late, the list would include Hanif Omar, Param Cumaraswamy, Perak Regent Raja Nazrin (photo), the Sultan of Selangor, Raja Petra Kamaruddin, Nathaniel Tan……

The long list would cover astute judges and lawyers, some opposition leaders, one or two from Barisan Nasional, NGO leaders, salient NGIs, and academics like Prof Aziz Bari and Prof Jomo Sundram.

I wish the list to be long - whatever it takes to deny the government a two-thirds majority in Parliament come the 12th general election, so as to humble them into realising that power is in the hand of the people, the electorate, the citizenry.

Patriotism, in the final analysis, is about defending the nation against aggression, especially from the misdeeds of the government of the day!

Now, can you stand up and be counted as a patriot?

Anonymous said...

Nak harapkan perubahan janganlah bersandar kepada UMNO yang mana sudah kuat jaringan korupsinya di kalangan pemimpin. Saya memang tak faham apakah tidak ada lagi Melayu yang berwibawa sehingga bekas pemimpin yang sudah muflis reputasinya (seperti bekas Menteri Selangor yang ada dua Muhammad, dan bekas Ketua Menteri Melaka yang terlibat dengan gadis bawah umur) boleh diterima kembali ke UMNO dan diangkat lagi ke jawatan yang penting.

Orang-orang dengan perangai sedemikian jangan harapkan mereka akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap sesiapun melainkan suku sakat dan kocek sendiri.