Tiga R yang perlu ditulis dengan berhati-hati ketika menjadi wartawan dulu ialah Royal, Religion dan Race. Perkara ini diajar sejak mula melangkah dalam bidang kewartawanan.
Royal ialah membabitkan institusi raja di negara ini yang tidak boleh dipersoalkan atau diperlekehkan. Institusi raja itu perlu dihormati dan disanjungi. Apa yang dititahkan oleh Raja-Raja perlu diberi keutamaan untuk memberi nasihat kepada rakyat. Tidak hairanlah jika Raja-raja memberi nasihat dan ingatan, apatah lagi mengeluarkan amaran keras maka implikasi kepada rakyat terutama di peringkat bawahan amat ketara sekali. Walaupun ia sekadar ingatan tetapi rakyat akan mula bertanya apakah Raja-Raja tidak tahan dengan isu yang diutarakan, sehingga membuat ingatan atau amaran keras terhadap isu berkenaan, seperti rasuah dan integriti. Rakyat sudah pasti mendengar apa yang dititahkan oleh Raja-Raja. Besar implikasinya.
Namun, wartawan dibenarkan menulis kemungkaran atau perbuatan salah seperti kejadian melempang jurulatih hoki di Johor. Ini sekadar mengingatkan sesiapa saja di negara ini tidak kebal daripada undang-undang negara. Wartawan juga diminta memastikan tulisan mengenai Raja-Raja mesti tepat termasuk gelaran dan darjah kebesaran. Bagaimanapun, ada akhbar mempunyai housestyle atau sistem penulisan sendiri dalam melaporkan Institusi Raja seperti menggunakan Sultan Pahang saja tanpa menulis nama baginda. Alasannya ialah rakyat mengetahui Sultan Ahmad Shah adalah Sultan Pahang. Sudah terang lagi bersuluh. Oleh itu, berita biasanya ditulis seperti...Sultan Pahang bertitah....Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci eloklah ditulis nama Sultan berkenaan untuk rekod bagi memastikan Raja manakah yang bertitah berhubung sesuatu perkara itu, sebagai contoh, Sultan Abu Bakar atau Sultan Ahmad Shah.
Religion pula membabitkan penulisan mengenai agama termasuk menghina atau menyindir agama terutama agama Islam. Wartawan juga berhati-hati dengan penulisan mengenai agama agar tiada pihak yang tersinggung dengan penulisan itu. Begitu juga dalam membuat laporan berita televisyen di mana TV3 pernah ditegur menggunakan Patung Dewa Murugan apabila melaporkan perarakan agama membabitkan masyarakat beragama Hindu. Selepas berita Patung Murugan itu disiarkan, TV3 menerima banyak panggilan yang mempersoalkan berita itu dan mereka meminta untuk menggunakan Dewa Murugan apabila membaca berita mengenai perarakan berkenaan.
Race atau bangsa pula membabitkan penulisan yang menyentuh kaum atau bangsa. Ini termasuk menghina atau menyindir bangsa tertentu yang boleh menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan bangsa di negara ini. Itu sebabnya bangsa atau kaum akan disertakan dalam berita itu jika ada keperluan dalam membuat penekanan tertentu. Jika tidak, tidak dimasukkan. Sebagai contoh ialah "ramai penagih dadah adalah di kalangan bangsa Melayu" atau "ramai usahawan di negara ini adalah terdiri daripada kaum Cina". Ada angka dan fakta. Wartawan tidak boleh membuat generalisation seperti "bangsa Melayu pemalas" tanpa menunjukkan bukti atau fakta. Namun dalam melaporkan kajian kuantatif boleh disebutkan termasuk isu mungkin dilihat negatif demi untuk pengetahuan orang ramai. Sebagai contoh, "ramai bangsa Melayu terbabit dalam perniagaan labu peram...". Itupun selepas satu kajian atau penyelidikan dilakukan. Penulisan yang "agak-agak" boleh menyinggung perasaan orang lain.
Selain itu, wartawan diminta mendapatkan maklumat dan fakta sebelum menulis isu membabitkan kaum di negara ini seperti kontrak sosial atau hak kewarganegaraan. Ini kerana kesalahan membuat penulisan membabitkan isu seumpama itu boleh menimbulkan rasa kurang senang dan dianggap sebagai tulisan berbaur perkauman. Melainkan, seorang kolumnis yang berkelayakan untuk berbuat demikian atau menulis dengan menyertakan fakta. Tetapi mereka perlu berhati-hati dan berhemah. Selain itu, wartawan tidak dibenarkan mengungkit-ungkitkan perkara yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Seperti wartawan, rakyat Malaysia di negara ini perlu sensitif dengan isu-isu yang disebutkan terdahulu agar percakapan, perbualan atau perbuatan itu tidak menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Apatah lagi ia disuarakan di tempat terbuka seperti ceramah atau majlis tertentu. Rakyat Malaysia juga perlu menghormati semua perlambangan negara ini seperti Jalur Gemilang (bendera keramat) dan juga lagu Negaraku. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada pihak yang tidak menghormati perkara seperti itu, ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat negara ini. Melainkanlah golongan tidak siuman atau tidak menghormati orang lain.
Kejadian di Terengganu yang dilaporkan oleh Malaysiakini bahawa ada pihak yang membakar Jalur Gemilang adalah satu perbuatan hina. Jangan dibakar bendera kerana marahkan nyamuk. Jika kita mempunyai perasaan marah terhadap sesiapapun atau parti lawan, tindakan membakar JG bukanlah satu tindakan bijak. Perbuatan yang tidak menghormati negara ini. Bukan hanya anggap bakar kain, ingatlah kain yang dijadikan JG. Jangan hina Malaysia. Gunalah pentas sesuai untuk meluahkan perasaan marah anda tetapi janganlah membakar JG kerana marah dengan tindakan pihak tertentu. Jika perusuah membakar JG kerana marah kepada Polis, ia melambangkan mereka tidak tahu membezakan penghormatan terhadap negara dan penghormatan terhadap individu atau pasukan. Samalah seperti orang lain membakar JG, sudah tentu kita akan sakit hati dan marah teramat sangat. Malah, kita akan membuat pelbagai tuntutan termasuk mengharamkan mereka masuk ke negara ini. Apakah kita membakar JG untuk menyakitkan hati orang?
Tuesday, September 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
pENYOKONG PEMBANGKANG, BILA PI CERAMAH TAK BAWA BENDERA. bAIK BENDERA PARTI ATAU PUN BENDERA MALAYSIA. INIKAN PULAK NAK BAWA BENDERA UMNO.
TAHUN 1999 DULU, ADA SEORANG PEMUDA SEDANG MENENDANG KERETA POLIS, CUKUP JELAS GAMBARNYA, TAPI MENGAPA TAK TANGKAP? SEBAB DIA SB!
Thats right. If you see the picture of Jalur Gemilang burning session in TV3 news, the boy with helmet burned the flag alone. Just like an acting.
Kenapa kes namewee tak di besar besar kan seperti isu bakar bendera ini. Kalau dilihat di dalam youtube and bloggers, namewee adalah musuh bagi setiap warga negara Malaysia. Namewee patut ditarik balik kwarganegaraan atau dipanggil balik ke Malaysia untuk disumbat ke ISA. Tapi kenapa bila isu JG, setiap hari keluar berita dan dibesar2kan. Bukankah sudah tahu orangnya, polis dah boleh mula membuat penangkapan dan penyiasatan. Then nanti bila siasatan selesai, atau bila dah masuk mahkamah, atau apa sahaja hukumannya barulah dilaporkan kembali di dalam media massa. Kalau yang membuat salah itu bangsa melayu, laju je masuk ISA or media massa tiap2 hari canagkan berita. Tapi kalau bangsa cina atau india tak ada pun masuk ISA. Bukankah kita semua rakyat Malaysia?
Post a Comment