Semalam, ketika bersembang sebelum waktu berbuka puasa, seorang teman menimbulkan satu isu yang mungkin relevan masa kini. "Mengapa sekarang, tiada NGOs yang berani bersuara mengenai kepentingan Melayu?" Semua orang yang sedang berbincang mengenai pelbagai khabar angin termasuk mengenai TDM, tercenggang dan semua mata tertumpu kepadanya. Beliau tidak berasa bersalah, malah meneruskan percakapannya. "Umpamanya, baru-baru ini, ada arahan Menteri yang mengatakan tidak perlu membuang penekanan bahasa Mandarin dalam iklan pekerjaan, tiada siapa yang bising. Apa nak jadi dengan orang Melayu ni.." katanya seakan-akan mengeluh dengan NGOs.
Seorang lagi teman menyampuk, "Bersuarapun tak tentu keluar dalam media. Nak buat apa?". Saya menyangkal kenyataannya itu dengan mengatakan cubalah dulu, barulah boleh membuat dakwaan. Media terutama akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia pasti memperjuangkan isu-isu mengenai orang Melayu. Tidak percaya, cubalah buat kenyataan atau sidang akhbar. Mereka pasti akan datang. Jika tidak, telefon Ketua Pengarangnya. Pasti dia akan membantu.
Perbincangan diteruskan atas topik yang sama. "Kalau susah sangat buatlah blog dan tulislah semuanya." kata saya. "Isunya bukan nak keluar media atau blog. Isunya mengapa NGO Melayu lesu. Itu persoalannya. Takkan lagi apabila PM dah kata tak payah guna bahasa Mandarin dalam iklan pekerjaan, ada pula orang yang tidak mengikutnya." kata teman pertama tadi yang gelisah dengan perkembangan sekarang. "Betulke apa yang kau cakap tu?" tanya seorang kawan lagi. "Yele..aku baca dalam NST, yang ada sebut mengenai perkara itu. Tak tahulah sekarang ni..orang tak sensitif lagi."
Perbualan ini mungkin nampak remeh tetapi ia perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Jika dulu banyak NGO yang lantang bersuara mengenai kepentingan orang Melayu terutamanya agama, bahasa atau budaya. Tetapi sekarang boleh dikatakan kurang. Mungkin, NGO memperjuangkan isu-isu lain yang lebih penting. Apapun, sesuatu bangsa itu perlu ada maruah yang perlu dipertahankan. Usahlah ada pihak yang sanggup mempermain-mainkan sesuatu isu kerana desakan atau tekanan pihak tertentu.
Sesetengah pihak menyifatkan tindakan menyuarakan kepentingan bangsa ini sudah ketinggalan zaman. Tetapi kejadian di Paya Mengkuang, Melaka baru-baru ini tidak pula melemahkan semangat pelbagai NGO dan pemimpin yang menyuarakan kepentingan golongan yang terbabit dalam isu berkenaan. Ada pemimpin yang selalu dilihat sebagai seorang yang neutral atau liberal sanggup mengeluarkan kenyataan, "tidak payahlah usik orang punya rezeki". Apa ni? Mungkin beliau tidak faham bahawa masalah ini membabitkan alam sekitar dan kebersihan. Bagaimana pula rezeki pengusaha chalet di Pengkalan Balak?
Wednesday, September 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Melayu jadi penakut pasal byk pembodek pembodek. Pembodek yang bodoh hingga anggap Ali Rastam dan Shahrir hebat.
Minda kita tak terbuka untuk kritik dan sudah ditakut2kan. Bila macam ni baru nak sebuk2 mintak bersuara.
Alah sudah lah ... selagi pembodek masih lagi nak defend Dolah bodoh al koridori dan menantu hantu Khairy al pembelot bangsa masih ada, macam gini dan bertambah teruklah negara dan bangsa Melayu.
Jadi jangan mengloh kerana pembodek macam kamu yang menyumbang menjadikan keadaan Melayu begini.
Mungkin saya nak dengar kamu tulis dan senarai apa pencapaian untuk Melayu yang telah di capai sejak Dolah Bodowi al Koridori dengan serak melaung Hidup melayu tiap2 kali Perhimpunan Agung UMNO dan siap konon memperjuangkan Agenda Melayu.
Bodek lagi lah tak habis2.
Entah keluar tak kritik Pak Lah di blog ini. Kasar saya sebut tetapi ini adalah kenyataan!!!
Post a Comment