Wednesday, September 5, 2007

ORANG SIMPANG, SABAR DAN SOKONG TOK ALI

Orang Masjid Tanah adalah orang terbilang. Percaya dan yakinlah. Ada yang pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pendidikan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Petronas, Bank Simpanan Nasional, Astro, syarikat suratkhabar, GLC dan syarikat terkenal di dalam dan luar negara. Mereka insan istimewa seperti orang lain.

Orang Masjid Tanah adalah orang bijak pandai. Bijaksana dan bijaksini. Suka minum cendol yang dibuat oleh kawan India dan Melayu di Simpang. Suka minum teh di kedai kopi Cina, dulu berdekatan sawah tetapi kini sudah dipenuhi dengan rumah teres setingkat dan dua tingkat. Makan nasi lemak di warong Melayu bersebelahan kedai jual jeans Cina. Lampam dan Syilin, kenalan baik kita.

Orang Masjid Tanah yang termasuk juga orang Paya Mengkuang, Sungai Tuang, Pengkalan Balak adalah orang yang sabar. Percaya dan yakinlah dengan rancangan kerajaan. Datuk Seri Ali Rustam bukan saja pemimpin Melayu tetapi juga pemimpin Melaka. Beliau dan rakan-rakannya daripada MCA dan parti komponen BN lain berusaha untuk menyelesaikan masalah ternakan babi ini.

Orang Masjid Tanah, banyaklah bersabar dan bertolak ansur. Kita, rakyat Malaysia berbangsa Melayu mempunyai adab dan sopan. Kita orang Melayu mempunyai budi bahasa yang tinggi. Polis Simpang kita hormati. Ada orang kampung berhenti kayuh basikal dan jalan kaki apabila lalu di hadapan Balai Polis Simpang. Kita hormati rakan yang menjaga keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Kita sentiasa menghormati rakan taulan. Kita sentiasa patuh kepada peraturan dan setia kepada ketua.

Orang Masjid Tanah, walaupun berada di London, New York, Manchester, Bath, Bahrain, Dubai, Mekah, Madinah, Moscow, Ulan Bator, Jordan, Bali, Bangkok, Paris, China, Geylang Serai, India atau Pakistan, jadilah bangsa yang merdeka dan menghormati rakan. Sabarlah, fahami dan sokonglah apa yang ingin dilakukan oleh Tok Ali dan Tok Abu Seman. Hidup Melaka. Hidup Malaysia.

1 comment:

ahm said...

datuk tiger,
yang peliknya kenapa pihak berkuasa mengundur. banyak kes sebelum ini bila nak runtuhkan peniaga warong melayu yang dikatakan "haram"(tanpa lesen) depa redah saje, tak kiralah walaupun ada peniaga yang meraung, memohon belas sampai pengsan minta ditangguhkan kerja meroboh, depa langgar terus habis ranap semua usaha bertahun punca rezeki.
pernah sekali keluar kat tv3 bekas pemain bolasepak selangor berniaga warong makan di kelang minta belas ditangguhkan tindakan meroboh, namun penguatkuasa redah tanpa belas, sampai mamat tu histeria, ada depa pedulik!.
rasanya elok kalau tok ali import penguatkuasa tersebut ke melaka dan hadapi penternak babi pulak.
itulah sikap orang kita lebih toleransi perihal "orang lain" sedangkan dirinya sendiri "tak apa!","...sabar!".
masa berunding sebenarnya dah tamat lama dah... sekarang masa bertindak. sedangkan singapura, negara monopoly etnik cina pun haramkan "babi", apa kenanya malaysia negara hadari boleh tunduk kepada tokey babi... pelik sungguh.