Wednesday, September 5, 2007

SABAR DAN PATUHI UNDANG-UNDANG

Menonton visual penternak babi menolak dan menjerit-jerit terhadap anggota FRU dalam berita TV3 malam tadi, membuat hati saya sedih. Mungkin ramai yang berperasaan begitu. Terutama rakyat yang menghargai keharmonian dan keamanan. Rakyat yang patuh dan percaya kepada undang-undang. Tidak ketinggalan keluarga anggota FRU yang risau dan bimbangkan keselamatan orang yang tersayang. Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Terbakar terkena bom petrol. Minta dijauhkanlah.

Tidak sampai seminggu kita menyambut kemerdekaan ke 50 tahun, kejadian seumpama ini berlaku. Salah siapa ni? Penguatkuasa atau penternak babi? Penguatkuasa hendak menjalankan tugas tetapi mereka dihalang. Ingatan dan amaran sudah lama diberikan tetapi tidak diendahkan. Salah siapa ni? Kejadian itu berlaku kerana di satu pihak penternak babi membuat pencemaran dan ada yang menternak secara haram manakala pihak penguatkuasa pula ingin menguatkuasakan undang-undang terhadap orang yang bersalah. Tidak betul atau adil ke?. Oleh kerana bimbang dengan keselamatan mereka, pihak berkuasa tempatan meminta bantuan polis dan FRU. Salah ke untuk memohon bantuan?

Namun, gambaran yang ada dalam kepala otak masyarakat yang simpati dengan penternak babi sudah pasti polis dan FRU bersekongkol dengan pihak berkuasa untuk menghapuskan babi. Banyak lagi kerja lain yang perlu dibuat oleh polis. Percaya dan yakinlah. Siapa yang mahu bertugas berdekatan dengan kandang haiwan, apatah babi. Jika penternak babi seperti juga penternak lembu, ayam, kambing atau puyuh patuh dengan undang-undang, tidak perlu membawa polis dan FRU untuk menguatkuasakan undang-undang. Bacalah news portal, Malaysiakini yang banyak memaparkan gambar penternak babi "menghadapi" polis dan FRU. Mata dibeliakkan dan tangan pula diangkat.

Kejadian menolak dan menjerit terhadap FRU mengingatkan saya ketika zaman reformasi jalanan diadakan di mana "perkara yang tidak masuk akal" pun berlaku. Ini termasuk kenderaan TV3 yang membawa wartawan dan jurugambar dijahanamkan. Kumpulan reformasi itu mengamuk seolah-olah seperti orang hilang akal. Semalam, kejadian seumpama itu seolah-olah berlaku seperti satu ulang tayang. Tetapi tiada kerosakan dan kejadian tidak diingin berlaku. Yang pasti, tugas polis dan FRU dihalang. Penternak bertindak seperti orang hilang akal. Seperti orang kehilangan babi. Bertindak seperti orang gila babi. Apa ni?

Ada juga yang bertindak lebih berani lagi dengan menggunakan kenderaan untuk menghalang pihak berkuasa daripada memasuki kawasan ternakan babi mereka. Apa nak jadi ini? Kalau sudah membuat salah mengapa pula hendak menghalang pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Sudah besar kepala atau tidak mahu mematuhi undang-undang? Berniaga atau menternak memang boleh. Memang digalakkan tetapi undang-undang perlu dipatuhi. Jangan langgar undang-undang. Jangan tagih simpati dengan memainkan isu lain. Jadilah orang pandai. Kritiklah saya jika saya tidak rasional dalam hal ini. Pastikan negara kita sentiasa aman sentosa.

Fikirlah masak-masak sebelum bertindak sedemikian. Janganlah menangguk di air keroh dengan berniat untuk membuat sesuatu yang tidak diingini dengan pihak berkuasa, polis dan FRU kerana mengetahui dunia sedang memerhati kejadian itu dengan penuh minat. Gambar dan visual menolak serta menjerit terhadap polis inilah yang menjadi "idaman" syarikat media cetak dan elektronik antarabangsa yang mahu memaparkan kekacauan di negara ini. Insaflah, jagalah negara kita ini. Jangan biarkan orang lain campurtangan. Jangan biarkan mereka tayangkan visual yang memberi gambaran yang salah kepada dunia. Kita sudah lama merdeka. Berfikirlah seperti orang merdeka. Jaga nama Malaysia, negara kita.

4 comments:

Anonymous said...

Industri penternakan itu sebahagian daripada sektor pertanian, jika rakyat Malaysia sanggup mengeluarkan wang untuk melabur dalam penternakan khinzir, itu satu hal yang baik.

Cuma piawaian kebersihan itu perlu dipatuhi oleh semua. Tak kira yang ternak haiwan apalah.

Mungkin penternak khinzir merasakan ada unsur pilih kasih dalam hal ini kerana undang-undang ditujukan khas kepada mereka dan tidak kepada penternak lain yang mungkin tidak juga mematuhui syarat kebersihan.


Tidak dinafikan juga mungkin perbuatan mereka direstui oleh orang politik yang berpengaruh. Seeloknya, laporan berita mestilah memberikan peluang kepada mereka untuk menjelaskan kedudukan mereka. Jangan sekadar memaparkan imej yang menjurus kepada fikiran yang bukan-bukan, ataupun temubual sebelah pihak saja.

Anonymous said...

kalau perkara ni meletup sebenarnya bukan saja disebabkan babi, mungkin terjadi pada kambing, lembu, tikus, kucing dsbnya. Banyak perkara2 yang tidak betul dibuat oleh pempimpin dan banyak pemimpin bukan saja tidak layak memimpipin tetapi tidak pandai memimpin-reformasi yang sdr kata itu berpunca daripada kepimipanan... seterusnya akan berlaku...bukan sja sebab babi

Anonymous said...

patuhi undang-undang? adakah undang-undang malaysia boleh dipakai?? undang-undang hanya melindungi orang seperti zakaria ini....

nasib penternak babi langsung tidak diendah dan tiada langsung subsidi diberikan mereka untuk memperbaiki sistem pembungan yang lengkap. apakah ini salah mereka??

bukankah kerajaan negeri patut buat sesuatu untuk menjaga rezeki mereka? mereka juga bangsa malaysia tapi lagi teruknya dilayan berbanding orang asing??

Jika rezeki anda hilang, adakah anda dapat tenang? Telitilah dulu siapa yang tidak patuh undang-undang, tindakan dilakukan lebih awal dari tarikh surat! wajarkah kerajaan yang berteluskan udang-undang patut berbuat demikian?

Jadi, boleh pakaikah undang-undang malaysia?? Semua dihancurkan oleh kerajaan sendiri saja....

Anonymous said...

Terlalu lama kita bersabah tetapi SEDARLAH kamu semua .kehidupan mesti dijalani tiada siapa boleh musnahkan siapa dan mana ada orang bodoh pada zaman ini,ini adalah perbuatan kerajaan yang tidak demokratik untuk kepentingan diri mereka.You may not agree with me but deep down in your guts you know its true....if this carries on we only have two options either we share our riches and live happily ever after cos you know no matter how much you have you still have to leave it all behind when you die or we gonna end up losing it all and please dont be so stupid to think that one can maintain,marginalised,control,kill,anihilate or ........one race ,its not going to happen the whole world's watching.WHAT GOES AROUND COMES AROUND! SO WATCH OUT WHAT YOU DO! REMINDER!NOBODY'S STUPID!dont push anybody to its limit