Wednesday, September 12, 2007

SERONOKNYA...ESOK PUASA

Esok, umat Islam akan berpuasa. Saya memberitahu RH bahawa seronoknya untuk berpuasa. Setiap peringkat umur, perasaan mengharungi bulan puasa amat berbeza. Apabila sudah tua ni (tua ke?), rasa seronok pula untuk menikmati nikmat dan keindahan bulan yang mulia ini. RH menjawab selamba, "Eloklah tu. Alhamdulillah dah sedar pun. Masih belum terlambat." ?????????

Apapun, dalam bulan puasa kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab dan kegiatan lain. Janganlah pulak slow sikit pada bulan puasa. Semuanya seharusnya seperti sediakala. Ikutilah artikel tulisan Mohamad Zamri Zakaria dalam [ Berita Harian ] mengenai perkara itu.

Selamat berpuasa dan mendapat berkat daripada Allah SWT. Rakyat Malaysia di luar negara, tidak kira di London, New York, Mekah, Madinah, Moscow atau Paris sudah tentu lebih banyak cabaran. Namun sudah pasti lebih banyak nikmat. Saya pernah berpuasa di London (bukan nak ekk) tetapi dapat merasakan kenikmatan berpuasa dan berhari raya di tempat orang.

Posting Kedua : 9.45 pagi

Bagi pembaca DuniaTiger semalam dan hari ini dari New York, Mountain View, Bloomington dan Los Angeles, tidak kiralah pelajar, pak duta, kakitangan kedutaan, pegawai syarikat swasta, pelancong atau pemastautin, bolehlah berkongsi pengalaman anda dengan kami di Malaysia. Pembaca sebelum ini pun seperti dari Moscow, negara Asean atau negara Asia Barat juga digalakkan berkongsi dengan pembaca DT. Tidak perlulah tulis panjang-panjang. Kalau ada gambar menarik, pun lagi baik. Amacam? Kalau malas nak tulis pun takpe, baca sajelah.

2 comments:

Unknown said...

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan buat kanda seisi keluarga ya...semoga ibadah kita diterima dan mendapat keberkatanNya...amiinn

ibrahim yahaya said...

Terima kasih adinda DT aka RG. Semoga DT dan keluarga sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Mohon maaf jika terkasar bahasa selama ini dan selamat berpuasa.