Saturday, August 11, 2007

ADA PERUBAHAN DALAM RTM DUNIA

Kerja kuat nampaknya penerbit RTM Dunia, Syahbudin Abdullah. Untuk edisi akan datang disediakan ruang untuk memberi pendapat. Saksikan RTM Dunia, malam esok.

Ikutilah coretan Syahbudin dalam blognya - duniabudin.blogspot.com.

"Mulai minggu ini rancangan RTM Dunia yang disiarkan RTM 1 pada setiap Ahad jam 11 malam akan mengalami beberapa penambahan yang menarik. Pada minggu ini kami akan siarkan saranan dan penonton boleh memberikan pendapat dengan hanya memilih jawapan A, B atau C.

Contoh saranan kami ``Adakah Bush perlu berundur lebih awal''. Kami akan berikan pilihan jawapan A: Setuju, B: Tak Setuju dan C: Tak kisah. Penonton yang ingin menjawab hanya perlu taip SMS: rtmd (jarak) undi (jarak) A, B atau C dan hantar ke 32728 (dapat).

Soalan akan kami siarkan pada 5 minit pertama rancangan RTM Dunia dan keputusan akan disiarkan dalam bentuk peratusan sebelum rancangan RTM Dunia berakhir.

Tontonlah RTM Dunia... Perspketif Dunia Anda... Rancangan yang membuka minda saudara terhadap setiap isu hangat yang berlaku di seluruh dunia.

Dan untuk memberi peluang lebih ramai penonton memberikan pendapat dalam setiap rancangan ini, kami juga akan memperkenalkan cara baru memberikan pendapat, iaitu dengan menghantar e-mail kepada kami di alamat : rtmd@rtm.net.my. ini akan kami mulakan minggu depan jika tidak ada aral melintang. Insyallah.. Sama-samalah kita meningkatkan minda dengan menonton rancangan yang memberi faedah kepada kefahaman kita berkaitan krisis dunia."

2 comments:

PUTRAGABAN said...

Tokrimau.
Terima kasih banyak2 atas bantuan anda. Saya sangat terkesan. Dan bantuan anda bagaikan bahan pembakar semangat saya untuk jadikan RTM Dunia ikon RTM.... Kesiannnn.

ibrahim yahaya said...

Sdr Budin,

Sejak dari dulu lagi, banyak program berita khas tempatan dan luar negara menjadi ikon RTM. Antaranya PERISTIWA dan DUNIA JAM 10 (DJ10).

Oleh itu, tidak mustahil RTM DUNIA akan menjadi ikon RTM ketika ini.

Cuma anda memerlukan pasukan editorial yang mantap dan kreatif. Pembaca RTM DUNIA pula mestilah yang menghayati skrip anda yang baik dan menghiburkan.