Monday, August 13, 2007

CD LUCAH BARAH NAFSU RAKYAT (1)

Seorang teman baru balik dari Kota Bahru, Kelantan. Beliau menceritakan berita terbaru mengenai bangsa Melayu yang amat menakutkan. Ramai kanak-kanak Melayu kini sudah ketagih seks. Mereka sudah berani melakukan seks pada usia seawal sembilan tahun. Ya, pelajar darjah tiga. Malah mereka juga sanggup melakukannya sesama jantina dan lebih menyedihkan ada antaranya menjadikan ayam sebagai mangsanya. Ini akibat tidak boleh menahan dan mengawal hawa nafsu mereka. Apa sudah jadi?

Ini bukan cerita rekaan. Ia diceritakan oleh seorang guru yang binggung dan nekad memberitahu sesiapa yang boleh membantunya. Ia mungkin perkara yang diketahui ramai terutama penduduk di Kota Bahru, bandar bergelar Serambi Mekah oleh Pas. Kejadian itu amat buruk dan perlu ditangani segera oleh semua pihak termasuk parti politik, kementerian berkaitan, NGO, PIBG, pihak keselamatan dan Kerajaan Pas yang memerintah Kelantan sekarang.

Nafsu seks yang teramat sangat ini timbul berikutan kegiatan penjualan CD lucah yang berleluasa di kawasan luar bandar. Oleh kerana tidak tahan dengan serbuan pihak penguatkuasa di bandar-bandar besar, penyangak CD lucah ini dikatakan mula menumpukan perhatian di bandar kecil dan kawasan luar bandar. Jika dahulu, mungkin ada secara kecil-kecilan tetapi kini sudah kerap dan bergiat aktif. Bermulalah kegiatan memuaskan nafsu dengan menonton bahan-bahan lucah. Akibat menonton CD lucah ini, secara tidak langsung menyebabkan nafsu tidak boleh dikawal lagi.

Apa yang menakutkan ialah ada ibu bapa yang mengajak anak-anak mereka menonton bersama CD lucah berkenaan. Anak-anak juga tahu di mana ibu bapa mereka menyimpan CD lucah itu. Apabila sang bapa tiada di rumah, maka anak-anak ini mengajak rakan-rakan mereka termasuk perempuan untuk menonton filem lucah itu. Tidak hairanlah kegiatan maksiat itu berterusan bukan saja di kawasan perumahan tetapi juga di sekolah.

Kegiatan ini mula terbongkar berikutan penangkapan murid yang melakukan maksiat di sekolah. Seorang murid sekolah rendah ditangkap kerana melakukan persetubuhan sesama jantina. Apabila disiasat, pihak sekolah mendapati bahawa ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menonton bersama CD lucah berkenaan. Sejak itu pelbagai penemuan mengenai kegiatan ini diperolehi dan daripada penyelidikan mereka, punca sebenarnya ialah penjualan CD lucah secara berleluasa di kawasan luar bandar.

Guru berkenaan menyatakan kini mereka hanya bertindak sebagai pengajar dan bukan sebagai pendidik. Ini kerana mereka tidak lagi dapat mengawal keadaan yang semakin parah. Semua pihak perlu sedar mengenai barah ini.

Adalah diharapkan semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, PDRM dan PIBG bertindak segera untuk memastikan barah ini tidak terus menular dan tidak boleh diubati. Ibu bapa pula perlu mengawal diri dan tidak terjebak dalam kegiatan menonton CD lucah ini yang sememangnya mendatangkan malapetaka kepada negara, bangsa dan agama.

3 comments:

PUTRAGABAN said...

Org melayu ni tok, bukan setakat cd lucah, berlakon untuk cd lucahpun dah ada. dulu penonton cd lucah tengok mat saleh, jepun, china,orang siam, berlakon. tapi hari ini kita boleh tengok orang melayu berlakon. Kesiannn.

ibrahim yahaya said...

Sdr budin,

Pandangan saya, dua jenis manusia Melayu yang terbabit dalam filem lucah. Yang terjebak kerana paksaan dan yang terjebak kerana kemiskinan. Kedua-dua jenis manusia ini amat memerlukan pertolongan kita, orang Melayu.

Anonymous said...

1. "Kota Bahru, bandar bergelar Serambi Mekah oleh Pas"

Kota Bharu bergelar Bandaraya Islam. Oleh PAS.

Negeri Kelantan bergelar Serambi Mekah. Oleh rakyat Kelantan.

2. CD lucah ini ada di jual di banyak tempat. Tempat tak kira bangsa atau agama, ada orang dewasa atau kanak-kanak, lelaki atau perempuan.

Tapi susah nak benteras penjual-penjual ini. Mereka ada network, ada tonto, ada jalani-cakapi (walkie-talkie), ada senjata, dsbnya. Penguatkuasa ada dalam jarak 100meter, dia dah tutup gerai. Penguatkuasa balik, dia buka gerai macam biasa. Bila tanya orang sekeliling, semua buat tak tahu sahaja.

Kadang tu bila terserempak dengan penjual sebegini, kita cuba cepat-cepat telefon polis atau penguatkuasa; berbagai perkara boleh berlaku. Pertama, yang seperti di atas. Kedua, penguatkuasa pun dah tak larat, sebab banyak sangat tempat yang nak diserbu. Ketiga, laporan mesti dibuat di pejabat disertakan dengan bukti, gambar, hasil transaksi seperti resit, dsbnya. Keempat, telefon tak dijawab.

Ada juga yang dah ditangkap hari ini, esoknya berniaga semula bersahaja.

3. Orang Melayu berlakon lucah ni, bukan sekarang jua, dulu pun dah ada. Dipanggil "blue film," antaranya.

4. Paksaan dan kemiskinan ada kebenarannya. Penanganan adalah tanggungjawab semua. Namun pendidikan yang mapan adalah kunci. Sebab semangat naik dan turun, dan isu datang dan pergi. Tapi akhlak dan ilmu sampai ke mati.

5. Masalah ini bukan setakat pada CD lucah sahaja. Perkara lain berkaitan pun ada juga. Misalnya penjualan shandy dan rasuah kecilan, antaranya. Itulah dia, lebih mudah mengkritik kita ni adanya.

Pandangan saya yang tak seberapa ini.