Sunday, August 5, 2007

PENULIS BLOG ATAU MONYET?



Pagi ini, saya lalu di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Ketika sedang seronok memandu dan menikmati udara nyaman taman itu tiba-tiba saya dikejutkan oleh kenderaan di hadapan yang berhenti secara tiba-tiba. Pemandu limosin itu seolah-olah sedang mencari sesuatu. Saya membrek kereta serta-merta. Limo itu terus berlalu dan meluncur perlahan. Kemudian dia berhenti lagi seolah-olah tidak mempedulikan kenderaan saya di belakang. Apa ni, tak tengok cermin ke? Ada orang kat belakanglah.

Apakah yang pemandu itu sedang cari? Penulis blog atau monyet ? Penulis blog ada di belakang dan monyet banyak berada di taman itu. Jika ingin mencari penulis blog, beliau hanya perlu menoleh ke belakang dan pasti melihat pengendali blog DuniaTiger. Kalau hendak mencari monyet, beliau perlu pergi ke gerai nasi lemak Tanglin di atas bukit itu kerana banyak monyet mencari makan secara percuma. Ada dua orang pelancong yang di belakang limo itu. Saya kurang pasti apa yang dicari-cari oleh pemandu limo itu. Mungkin penulis blog yang juga monyet? Perrrggggghh. Ada ke?

Sebenarnya, pemandu limo perlu tahu tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti taman rama-rama dan taman burung berdekatan Taman Tasik Perdana untuk membawa pelancong ke sana. Kalau pemandu limo sendiri tidak tahu, tidak payahlah menganjur Tahun Melawat Malaysia kerana pelancong akan memandang serong terhadap usaha itu. Apa ni? Menteri Pelancongan tolonglah tengok perkara sebegini. Buatlah kursus asas untuk mereka.

2 comments:

PUTRAGABAN said...

Kasihan kawan aku ni. hampir terlanggar belakang limosin tu. Barangkali pemandu itu seorang atau seekor daripada monyet Tanglin yang terlepas. Jadi, bagaimana boleh dibiarkan monyet jadi pemandu limosin @ pemandu pelancong...?

ibrahim yahaya said...

Sdr Budin,

Nasib baik....kalau tidak....selamat tinggal.