Saturday, August 4, 2007

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Lawatan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ke pejabat MalaysiaKini pada 2 Ogos lalu boleh dilihat sebagai satu usaha parti itu untuk mendekati news portal siber yang boleh digunakan pada Pilihanraya Umum 12 (PRU12) yang akan datang. Lawatan DS Hadi bersama rombongannya disambut oleh Steven Gan dan top brass Malaysiakini. Video lawatan itu boleh ditonton dalam Malaysiakini TV selama satu minit saja. Walaupun tempoh video itu singkat berbanding yang lain, ia adalah satu publisiti berguna untuk PAS.

Lawatan pemimpin politik sama ada dari kerajaan atau pembangkang ke syarikat media adalah satu strategi untuk mendekatkan diri dengan pemilik dan pengurusan syarikat berkenaan. Selain mendapat liputan mengenai lawatan itu daripada syarikat media, ia juga akan membolehkan sebarang pandangan mengenai tokoh itu disiarkan menerusi temuramah eksklusif yang disusun. Temuramah itu perlu digunakan untuk menerangkan ideologi parti dan rancangan yang disusun bagi kepentingan rakyat.

Lawatan ke syarikat media yang mempunyai banyak akhbar seperti NSTP yang menerbitkan NST, Berita Harian, Harian Metro dan Malay Mail sudah pasti mendapat publisiti berganda yang akan menguntungkan tokoh berkenaan. Ia lebih bermakna apabila bahagian media eletronik yang dimiliki Media Prima iaitu TV3, NTV7, TV8 dan TV9 turut membuat liputan mengenai lawatan dan temuramah itu. Masing-masing mempunyai penonton mereka.

Dalam hal ini, kebiasaannya media strategis tokoh politik perlu memastikan program lawatan ini disusun selalu terutama ketika pilihanraya ataupun pemilihan parti. Mereka yang tidak menggunakan pendekatan ini mungkin akan ketinggalan berbanding lawan mereka ketika pemilihan parti.

Daripada lawatan ini, pengurusan syarikat media boleh membuat penilaian terhadap kepintaran tokoh berkenaan. Adakalanya langkah itu menguntungkan jika pengurusan syarikat mendapati tokoh itu mempunyai kecerdikan dan kematangan untuk diketengahkan dari semasa ke semasa. Dalam ertikata lain, tokoh itu akan menjadi rujukan utama atau perlu ditemuramah berhubung sesuatu isu atau dasar yang membabitkan masyarakat keseluruhannya.

Selamat menyusun strategi mendekati media..

2 comments:

A KADIR JASIN said...

Sdr Tiger,

Lawatan begini berupa laluan dua hala.

Bukan sahaja si pelawat akan mendapat publisiti tetapi tuan rumah juga mendapat peluang publisiti.

Bayangkan bila penyokong Pas dan Haji Hadi dimaklumkan mengenai lawatan ke Malaysiakini, mereka yang belum tahu mungkin ingin tahu apa dan siapa Malaysiakini.

Begitu jugalah dengan kedudukan blog dan blogger hari ini.

Bila orang besar seperti Zam, Mat Taib, Nazri Aziz dan Khairy mengecam blog dan blogger, dan kecaman itu mendapat liputan media arus perdana, tentu ramai tertanya-tanya apa itu blog dan blogger.

Pasti ada antara mereka yang akan melayari Internet untuk mengunjungi blog-blog tertentu.

Secara tidak langsung kecaman terhadap blog dan blogger menjadi publisiti positif kepada blog dan blogger.

Selamat memblog.

Terima kasih.

ibrahim yahaya said...

Tok,

Ada dua kesan utama apabila sesuatu kecaman itu dibuat.

Pertama, orang akan meninggalkan perkara yang dikecam dan kedua, orang akan bertambah sayang atau menyukainya setelah mengetahui keindahan perkara yang dikecam itu.

Strategi mengecam atau mengaitkan sesuatu itu sebagai negatif perlu dilakukan setiap masa untuk mendapatkan kesan mutlak. Ini adalah salah satu strategi dalam propaganda.

Ini yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap media asing, yang dikatakan "berniat jahat" dan sering menyebarkan fitnah. Akhirnya, selepas berpuluh-puluh tahun melakukannya, rakyat negara ini terutama pegawai kerajaan berpangkat JUSA tidak lagi mempercayai, membaca malah menyalurkan maklumat untuk memburuk-burukkan kerajaan kepada media asing. Ada yang terpaksa bungkus dan tutup kedai.

Kecaman terhadap blog setakat ini telah mempopularkan penulis blog dan media baru itu. Seperti Datuk, saya akan memastikan DUNIATIGER sentiasa menyatakan kebenaran walaupun adakalanya pahit.

Adakalanya ketagihan terhadap penulisan blog itu melebihi ketagihan terhadap seks. Perrrgggh.