Thursday, August 9, 2007
MAS SINGKATAN UNTUK MASALAH?
(Gambar oleh IY)
Kawan saya, Suhaimi Sulaiman, satu ketika dulu pernah menegur perihal pramugara atau pramugari yang membuat pengumuman "berterabur" dan "entah apa-apa" terutamanya pengumuman dalam bahasa Inggeris. Golongan seumpama ini perlu diberikan latihan selalu terutama bertutur dalam bahasa Inggeris. Mereka juga perlu mengikuti kursus sebutan dan belajar mengawal nafas untuk membuat pengumuman.
Tetapi, petang semalam, mimpi ngeri Eby terpaksa pula saya lalui dalam perjalanan ke Alor Star. Kalinya bukan masalah berterabur tetapi pengumuman "gila-gila" yang amat menyakitkan hati. Ia dibuat seoalah-olah seperti ada insan yang hendak melepaskan geram kerana terpaksa bekerja lebih ataupun tidak mendapat sesuatu yang diminta. Ataupun ada insan yang sakit mental tetapi terpaksa bekerja untuk mencari makan.
Apa yang berlaku ialah seorang pramugara membuat pengumuman dengan nada yang boleh dikategorikan "ikut suka hati dia" saja. Pengumuman pertama dalam bahasa Malaysia dibuat dengan tempoh yang cepat dan diikuti pula pengumuman bahasa Inggeris yang mempunyai lenggok seperti individu yang ada masalah terencat akal. Tak percaya, tanyalah penumpang lain.
Pengumuman kali kedua pun begitu sifatnya. Pramugara itu yang adakalanya bersuara seperti wanita membuat pengumuman yang "cepat dan perlahan" seolah-olah mempermain-mainkan penumpang di dalam kapalterbang itu. Janganlah buat macam tu lagi. Pengurusan MAS, tolonglah perhatikan perkara ini. Terencat akal saya nanti. Nasib baik saya sudah berada dalam kapalterbang itu dan tidak mahu membuat kecoh terhadap tindakan "pelik dan memeningkan".
Apabila tiba pula untuk menyediakan minuman, pramugari sudah bertanya kepada saya mengenai minuman yang dikehendaki. Saya menjawab teh tarik. Pramugari itu pun berlalu dan memahami permintaan itu. Kebiasaannya mereka akan datang semula membawa teh tarik yang oklah, tidak sesedap restoran mamak.
Tetapi kali ini mungkin "hari kacau sedunia" bagi saya apabila pramugara yang pelik ini datang kepada saya dan dengan nada yang nyaring...."kopi atau tea". Bunyi macam mak tiri. Alo..saya bayar tiket tauu..Pertanyaan yang bernada sama ditujukan kepada penumpang lain sebelum ini. Saya menjawab teh tarik. Serta merta beliau memberikan kepada saya dan.....itulah teh tarik yang paling teruk pernah saya rasai. Mamak perlu mengajar mereka untuk membuat teh tarik. Pada mulanya saya tidak mahu meminumnya tetapi bagi menghormati MAS saya menghirupnya dengan hati yang pedih. Perrrggghhh.
Oleh itu, MAS tolonglah tengok insan-insan pelik seperti ini agar tidak merosakkan nama MAS yang banyak diperkatakan dalam media arus perdana dan media baru. Yang pelik, baru-baru ini MAS memenangi cabin crew terbaik. Mungkin ketika itu, pramugara berkenaan masih ok lagi kot. Tetapi sekarang, perlu ada usaha untuk membetulkannya. Setidak-tidaknya otak yang tidak stabil itu. Dalam kapalterbang, penumpang tidak boleh melarikan diri ke mana mereka suka. Terpaksalah duduk dan mengharungi sebarang "gejala" yang berlaku. Datuk Idris Jala yang budiman, buanglah nila setitik ini. Susu lain manis dan sedap...melihat merekapun, sejuk hati saya. Tetapi..tolonggggglahh betulkan nila yang pelik ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pandai jugak iy ambuik gambar. mesti pakai kamera hanfon.
Sdr Budin,
Camera mahal bro. Lima sepuluh ringgit. Beli di Chow Kit. Perrrggghhh. Budin pun apa kurangnya. Dah pandai bubuh gambar kat blog.
Post a Comment