Friday, August 3, 2007

KATA WARTAWAN BH, TAPI.......

Semalam, seorang teman cuba menyakat saya. Memang perangai beliau begitu. "Kata wartawan hebat. Wartawan BH, tapi gambar tak keluar pun? kata beliau. "Mengapa perlu keluar, bukan ada cerita sensasi mengenai saya? tanya saya kembali. "Ooi, tak baca paper ke? Orang lain keluar gambar, kamu tak keluar." katanya dengan nada yang mengejek."Aku beberapa hari ini tak baca banyak paper. Cuma sempat baca utusan dan the star. je." kata saya. "Apa ni, suratkhabar dia kerja dulu pun tak baca." katanya lagi sambil mencebekkan bibir. "Bukan tak baca, sempat baca dua je minggu ni." kata saya. "Beberapa hari lalu, Berita Harian ada keluar keluaran khas, apa tu..50 tahun....gambar kamu tiada. Dia orang tak kenal kamu...dia orang tak ingat kamu lagi. Kawan kamu kan ramai kat sana. Apasai dia lupa kamu. Hammmpehh." katanya.

Teman ni memang begini. Perangainya macam seorang lagi teman yang bekerja di Jakim. Suka "mengutuk" dan menyakat orang. Dulu, masa saya menjadi perunding media di RTM, beliau buat lawak dengan berkata, rating Warta Perdana sekarang meningkat. Apabila ditanya betul ke? Secara selamba, beliau menjawab, naik dua, satu kamu, satu lagi bos kamu. Perrrrggghhh.

Berbalik kepada cerita Berita Harian, saya kini baru memahami maksud teman tadi. "Ooo...yang itu, bukan dia orang tak nak keluar gambar, aku yang tak sempat. Dia orang nak ambil gambar terbaru. Aku sibuk, jadi tiadalah gambar aku. Takpelah. Yang penting aku pernah bekerja di BH. Sejarah tidak boleh diubah. Aku pernah jadi wartawan BH." kata saya membalas kenyataannya. "Yelah...orang lain yang keluar daripada BH pun ada gambar, kamu ni...dia orang dah tak ingat lagi kamu." tambahnya untuk menyakitkan hati saya. "Takpelah, bukan salah dia orang, aku yang tak mahu gambar diambil. Aku bagi pandangan dalam telefon je. Oklah tu." kata saya.

"Adalah sikit apa kata kamu, tapi nama bapak kamu pun salah. Pergi balik Berita Harianlah, jadi editor, ajar mereka cara eja nama orang yang betul." katanya seolah-olah menambah lada di luka. Saya tidak menyambut kenyataannya. Dia terus berlalu. Sambil itu dia seolah-olah mengomel, tapi boleh didengari, "Tulah...suka berhenti sini, kerja sana. Sekarang, takde kerja. Penggangur terhormat. Orang pun tak peduli." Perrrggghhh. Panas juga telinga. Kata-kata macam ni memang kena selalu. Sabar....je...le.

Mungkin, dia tidak mengenali saya dalam ertikata sebenarnya.

5 comments:

Suara Perindu said...

Sdr Ibrahim,

Saya ada baca dan simpan naskah BH keluaran khas tu. Tak silap saya gambar tokrimau ada, tapi tak pasti di ruangan mana.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Mungkin kawan saya tu tak nampak kot. Takpe..ada atau tidak, perkara kedua, yang penting Berita Harian terus unggul di bawah kepemimpinan sekarang. Jika circulation dah turun, naikkan cepat. Kalau dah ok pastikan tidak turun.

Anonymous said...

Datuk,

Kawan menyakat itulah kawan sebenar. Mereka mengambil berat terhadap kita.

Anonymous said...

Datuk,

Kadang2 kawan yg menyakat tu ada asasnya. Setengah dari mereka yang keluar gambar tu pun belum tentu lepas penuh dari teropong Boss berita hairan. Saya difahamkan ada editor yg dah disoal mengapa gambar si polan tu keluar sedangkan ada banyak gambar lain yang boleh digunakan.

Berita dan keadaan Datuk masa sakit dulupun Berita Hairan tak berapa peduli.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Kawan menyakat ni seperti sparring partner. Dia belasah, kita belasah dia balik. Kawan macam ni muka selamba dan tidak mengambil hati. Namun, adakalanya sensitif juga.

Sdr Exbh,

Ketika saya di UMMC, rakan-rakan BH ada melawat termasuk Hisham, Manja, Mahfar dan senarai mereka ada dalam penulisan sebelum ini.