....sambung minggu lalu. Dekat rumah, jiran sibuk menukarkan tar kepada simen di bahagian hadapan rumah mereka. Kalau biarkan tar di depan rumah, maka ia akan dihakiskan oleh air terutama apabila hujan. Tar tidak hitam lagi. Jadi lusuh. Oleh itu, bubuh simen, maka jimatlah wang. Tak payah bubuh tar setiap tahun. Bubuh simen tak tahu berapa harganya. Dulu kalau bubuh tar baru, bayaran yang dikenakan antara RM100 hingga RM150.
10. Jalan Tar. Di kampung, jalan tar biasanya diberikan percuma oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kalau baik dengan AJK JKKK, boleh minta tar sampai depan rumah. JKKK nak bagi kampung cantik supaya apabila bertanding nanti, kampung boleh menang. Hadiah boleh tahan juga. Kalau tak silap hingga RM50,000. Banyak itu. Macam-macam boleh dibuat oleh JKKK. Di bandar ini, tar biasanya diturap beberapa kali dalam setahun. Tetapi di jalan besar atau lebuhraya saja. Ada juga jalan yang berlubang tidak diturap sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga yang maut kerana lubang di jalanraya. Ini semua bergantung kepada wakil rakyat. Jika wakil rakyat tidur, maka bertambah besarlah lubang di jalan kawasan mereka. Jika wakil rakyat aktif, lubang itu tidak sempat membesar. Lubang itu pasti dikambus untuk mengelakkan kemalangan. Ada lebuhraya yang diturap banyak kali walaupun jalannya masih baik. Yang ini tidak boleh jawab. Mungkin sudah ditender dan kerja kena buatlah. Tetapi usaha menurap jalan raya kadangkala menyusahkan juga. Ia secara langsung menutup separuh jalan. Yang tidak sedap, pekerja Bangladesh pula yang menjadi "polis" menahan kereta pergi dan datang. Bagi mereka ini yang mempunyai impian untuk menjadi polis di kampung mereka, sudah pasti tercapai cita-cita itu. Kadangkala mereka pula yang memberi amaran atau "warning" kepada pemandu yang degil. Macam polis katakan. Namun, ada yang kelam-kabut, yang kiri disuruh jalan dan yang kanan pun dia tak suruh berhenti. Perrrggghhh. Jika pekerja Indonesia yang menjaga jalan pula, nampaklah lebih tertib. Berbalik kepada penurapan tar, biasanya, tar di depan rumah akan menjadi lusuh iaitu warna tidak hitam lagi dalam tempoh dua tahun. Maka, peniaga yang kreatif akan membawa tar dalam lori untuk dijaja di sekeliling taman perumahan. Adalah pekerja dua tiga orang. Pertama, mereka akan mengetuk gate besi dengan kuat sehingga berdenggong. Anda pasti tak tahan dan keluar. Lepas itu, secara selamba mereka bertanya sama ada nak turap tar di hadapan rumah. Jika tak mahu, mereka akan memujuk. Penat memujuk, jika tidak mahu juga, mereka akan berlalu. Jangan pelik, bulan depan mereka datang bertanyakan perkara itu. Sehinggalah anda bersetuju untuk menurap tar di depan rumah. Adakalanya mereka saja membuat tar rumah yang bersetuju diturap lebih tinggi daripada rumah jiran. Maka jiran pun tidak tahan. Mereka akan meminta depan rumah mereka di tar bagi mengelakkan hadapan rumah mereka rendah. Ini taktik yang baik juga.
.....akan merapu lagi...
Monday, August 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment