Saturday, August 11, 2007

AZIZ DESA....ANAK LANGKAWI DI TV9


(Benjy, Nora, Norjuma dan Aziz)

Kawan saya, Aziz Desa, kini di TV9. Beliau akan mengemudikan slot Siapa Kata bersama beberapa pengacara lain. Program ini diterbitkan oleh Wan Sabariah Sheikh Ali, bekas Editor Jelita.

Ikuti coretan Aziz dalam kolumnya di AgendaDaily - Gebang.

"Bermula Isnin lalu, saya kembali bersiaran menerusi rancangan bual bicara TV9 terbaru iaitu Keluarga @ TV9 menerusi slot Siapa Kata mulai jam 1 hingga 2 petang. Di samping saya turut mengendalikan rancangan yang diketuai Penerbit Eksekutif, Wan Sabariah Sheikh Ali (bekas Pengarang Majalah Jelita) ialah Datin Norjuma Mohamed (slot Jiwa Raga – Selasa), Benjy anak aktres Azean Irdawaty (slot Dua Generasi - Rabu) dan penyanyi kecil molek Nora (slot Kongsi Rasa Kongsi Rahsia – Khamis).

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah melancarkan rancangan yang disiarkan secara langsung itu di Studio C, Sri Pentas, Isnin lalu.Ini bukan kerja mudah, maklumlah sudah lama tidak bersiaran sejak kontrak saya dengan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) berakhir kira-kira dua tahun lalu.

Namun dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh team penerbitan dan rakan perantara yang lain, saya yakin rancangan yang menumpukan perbincangan kepada pelbagai aspek kekeluargaan ini bakal menjadi sebuah penerbitan televisyen yang berkesan.

Gesaan, cadangan, permintaan dan kerinduan rakan-rakan dan peminat di seluruh negara agar saya kembali bersiaran di kaca televisyen mungkin terjawab kini. InsyaAllah akan saya cuba pikul amanah ini dengan sebaik mungkin.

Kepada TV9 khususnya kepada Ketua Pegawai Operasinya Bukhari Che Muda dan Pengurus Besar Majalah Nuraeshah Malik, saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih atas kepercayaan yang mereka berikan.

Kepada peminat di Kelantan – saya akan bersiaran di Perkampungan Hadhari di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu pada 17 dan 18 Ogos ini. InsyaAllah jumpa di sana!"


Bacalah blog [ Nuriman ] mengenai goyang kaki membabitkan pengacara slot ini.

No comments: