Sunday, August 5, 2007

SUSAH DAPAT KERJA: JANGAN BERHENTI

Sebagai ketua, apakah soalan-soalan yang anda akan tanya kepada kakitangan yang hendak berhenti? Daripada pengalaman saya yang pernah bertugas di beberapa syarikat media dan agensi kerajaan, antara soalan yang dikemukakan oleh ketua ialah:

1. Alasan utama yang menyebabkan saya berhenti?
2. Adakah berhenti kerana tidak suka dengan immediate boss atau boss tertinggi?
3. Adakah berhenti kerana push factor lebih kuat daripada pull factor?
4. Jika push factor adakah ia membabitkan syarikat atau individu?
5. Jika pull factor, adakah ia membabitkan gaji atau kemudahan lain?
6. Adakah saya akan menyertai syarikat saingan?

Antara nasihat yang diberikan apabila menyatakan hasrat untuk berhenti ialah:

1. Fikir semula hasrat itu.
2. Lakukan sembahyang istikharah
3. Berehat atau mengambil cuti
4. Memberikan gambaran keburukan dan kebaikan berhenti dari syarikat.
5. Susah nak cari kerja yang bergaji besar.
6. Akan menyesal nanti.
7. Selamat maju jaya dengan tugas baru.

Syarikat akan berusaha memujuk anda untuk tidak berhenti jika anda seorang yang cekap dan sukar dicari ganti. Untuk itu, syarikat akan berusaha menawarkan gaji tinggi untuk anda mengubah pendirian.

Namun, ada juga syarikat yang tidak akan memujuk atau menawarkan gaji tinggi kerana alasannya kakitangan itu sudah mahu berhenti atau berhijrah ke tempat lain. Syarikat seperti ini sanggup untuk melatih pekerja baru atau mengambil pekerja luar yang mahu bekerja dengan mereka.

Apapun sebelum berhenti kerja, anda perlu mendapat kerja di tempat lain terlebih dahulu. Jika tidak, dalam keadaan sekarang, anda akan terpaksa bersaing dengan ratusan atau ribuan penganggur yang sentiasa "lapar" untuk mendapatkan pekerjaan. Jika sudah berkahwin fikirkanlah kepentingan keluarga dahulu sebelum memikirkan diri anda.

No comments: