Thursday, August 16, 2007

SEMBRONG PAKSI PERPADUAN MALAYSIA

Setiakawan dan
Eratkan Perpaduan adalah paksi
Malaysia untuk
Bersatu menghadapi
Ranjau penjajahan baru dan
Onak subversif luar bagi pembentukan
Negara
Gemilang

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dianggap oleh lawannya sebagai seorang yang lembik dan gemar menghunuskan keris. Ini banyak dilaporkan dalam media baru. Amarannya kepada Israel yang mengganas di Palestin satu ketika dulu disifatkan sebagai lawak jenaka kerana bagaimana seorang pemimpin Malaysia mampu melawan Israel, yang mendapat sokongan kuasa besar, Amerika Syarikat.

Ketika ini juga, ada pihak yang menyifatkan kepemimpinannya lemah dan Pemuda UMNO sekarang berada dalam keadaan yang paling lemah dan tidak terarah. Ini dakwaan sesetengah pihak.

Terpulanglah kepada DS Hishamuddin menjawabnya atau membiarkan dakwaan itu, yang belum tentu ada kebenaran, berkubur begitu saja.

Namun, hasrat anak mantan Perdana Menteri ini untuk menjadi kawasan Parlimennya, Sembrong sebagai Mini Malaysia perlu diberikan sokongan oleh semua pihak terutama mereka yang memahami,menghayati dan mahu mengekalkan perpaduan di Malaysia, negaraku. Perpaduan adalah rahsia utama kejayaan Malaysia. Perpaduan ialah formula kestabilan politik dan ekonomi negara ini. Perpaduan adalah teras kejayaan Malaysia.

Bagi DS Hishamuddin, perpaduan adalah agenda utama dalam kepemimpinannya untuk rakyat dan Malaysia. Perpaduan tidak boleh diabaikan jika mahu Malaysia terus kekal merdeka dan terbilang. Agenda ini tidak lari daripada keinginan ayahandanya, Tun Hussein Onn, yang digelar "bapa perpaduan" kerana sentiasa mengutamakan perpaduan dalam sebarang ucapan dan pertemuan bersama rakyat. Niat baik, kini dituruti anaknya.

Penganjuran Semarak Merdeka Parlimen Sembrong 2007 yang diadakan di Kluang pada minggu lalu membuktikan DS Hishamuddin mahu mengotakan agenda baiknya itu. Perhimpunan itu mengumpulkan lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum termasuk Orang Asli dari beberapa buah kampung dalam Parlimennya. Turut hadir ialah ADUN Kahang, S Ramesh dan ADUN Paloh, Chong Ah Owon. Mereka bersama dengan ahli-ahli MIC dan MCA di kawasan berkenaan. Program ini untuk menyemarakkan semangat merdeka terutama di kalangan generasi muda dan mengeratkan perpaduan penduduk di situ. Sembrong mahu dijadikan paksi perpaduan Malaysia.

Ketika dakwaan berkemundang bahawa kepemimpinan Pemuda kini tidak terarah, DS Hishamuddin mengarahkan semua pemimpin Pemuda memfokuskan kepada gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Pemuda BN, khususnya Pemuda Umno perlu sentiasa bersedia menghadapi PRU12. Ini adalah latihan bagi mereka yang pertama kali menghadapi PRU12 dan memperbaiki kelemahan bagi mereka yang pernah melaluinya.

Dalam laporan Malaysiakini semalam, DS Hisham juga tidak mahu memikirkan soal jawatan dalam parti. Ini terbukti apabila beliau enggan mengulas sama ada akan terus mengekalkan jawatan itu dalam pemilihan parti akan datang. Soal jawatan, katanya, bukan keutamaannya sekarang. Beliau mahu menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi PRU12.

"Jawatan (dalam parti) bukan menjadi sesuatu yang saya utamakan sekarang kerana fokus saya ialah persiapan parti dan Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang. Saya mengingatkan pemimpin Pemuda supaya memfokuskan kepada gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya," kata beliau yang juga Menteri Pelajaran dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan pergerakan itu di ibu negara petang semalam. DS Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya adakah beliau sekali lagi akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tahun depan. Dalam pemilihan lalu, beliau dilaporkan sebagai berkata, penggal ini adalah yang terakhir untuk beliau menjadi Ketua Pemuda Umno. Beliau disebut-sebut akan bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Bagi pemimpin Pemuda UMNO yang berangan untuk menjadi calon pada PRU12, DS Hishamuddin menegaskan, seseorang yang memegang jawatan utama dalam Pemuda Umno tidak semestinya akan menjadi calon secara automatik sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). "Saya ingin menjelaskan bahawa (menjadi) ketua Pemuda negeri-negeri bukan bermakna mereka akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Ia mengambil prinsip jika wakil rakyat sedia ada berkhidmat dengan baik, mereka tidak perlu diganti, tetapi jika tidak sesuai, tidak ada sebab pula tidak boleh diganti."

Oleh itu, pentingkan kerja dan lupakan hasrat untuk menjadi calon.

2 comments:

Anonymous said...

Hishamuddin Hussein bukan seorang pemimpin Malaysia. Sebab: dia bukan seorang pemimpin yang prihatin kepada semua anggota masyarakat yang berbilang kaum. Dia hanya pentingkan 'perjuangan' yang tak tentu arah UMNO, dan kononnya orang Melayu.

Hishamuddin Hussein, selaku Menteri Pendidikan, juka tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan memuaskan. Sistem pendidikan Malaysia semakin hari semakin mundur. Graduan-graduan lulusan universiti-universiti tempatan tidak mempunyai kualiti untuk bertanding di Malaysia, apatah lagi di arena global. Sungguh memalukan.

Hishamuddin Hussein tidak layak memimpin. Dia bukan seorang pemimpin. Dia tidak mempunyai kualiti seorang pemimpin.

Anonymous said...

I like to think that even the keris wielding idiot must know in his heart of hearts what an idiot he is. He should bury his head in shame for being so idiotic, for lacking imagination and any real leadership - the kind of leadership that takes guts, the kind of leadership that will change the way people think, to socially engineer them away from thinking that they should be afforded more privileges by virtue of their race. Race? Aiyoh, just about everyone in Malaysia is mixed blooded in some way... And National Geographic says we all came out of Africa anyway... Hah.