Thursday, August 2, 2007

TIADA DUIT, ELOK DUDUK KAMPUNG (7)

.....sambung tulisan kelmarin. Setiap kali hujan di Kuala Lumpur, ramai akan menjadi gelisah dan tidak senang duduk. Kalau Sabtu dan Ahad, mungkin tidak begitu kecoh tetapi pada hari bekerja, jika hujan, ramai yang pening kepala untuk balik rumah. Pemilik motosikal yang pening dulu. Diikuti pula mereka yang ingin keluar dari KL selepas waktu kerja seperti balik ke Subang Jaya, Shah Alam atau Puchong. Jangan pening kepala lagi, duduklah di kampung.

9. Kesesakan lalulintas. Sejak tinggal di Lembah Klang ini lebih 20 tahun lalu, kesesakan lalulintas adalah antara masalah yang sangat memeningkan kepala. Ini selalu berlaku pada waktu pagi. Dari Subang Jaya ke Kuala Lumpur adakalanya memakan masa hampir satu jam. Jika ada kemalangan, ia mungkin lebih lama lagi. Ini yang pelik sebab orang Malaysia suka menonton kemalangan. Itulah kehidupan di bandar. Kawan yang mengasihani dan memahami penderitaan, menasihati agar duduk di tengah bandar. Maka tinggallah di kondominium di PJ berhadapan UMMC. Tahun pertama, oklah dengan kehebatan kehidupan kondo. Ini berlarutan sehinggalah tahun keenam. Bermulalah "penerokaan" pelajar Universiti Malaya. Bukan salah mereka. Ini angkara pemilik kondo yang tidak mahu duduk di situ tetapi mahu menyewakannya. Fikir duit saja, orang lain tersiksa. Kehidupan selesa bertukar menjadi kehidupan tersiksa. Kondo menjadi hostel pelajar universiti. Bayangkan satu rumah didiami oleh sepuluh orang. Waktu pagi, pasti akan terserempak dengan pelajar UM. Bagi yang pergi kerja sudah tentulah pakai cantik dan minyak wangi. Namun, bagi pelajar pula lain cerita. Baju, tangkap muat saja. Baunya....Perrrrggggh. Ini kerana ada yang basuh muka dan bergegas ke universiti. Bukan semua, beberapa orang yang membusukkan nama pelajar lain. Bayangkanlah..bukan menghina tetapi ini kisah benar. Maka, terpaksa menjualnya dengan hati yang berat. Kalau beli kondo, pastikan ia selesa sehinggalah kondo itu dirobohkan. Pemaju ni adakalanya tidak menunaikan janji. Ada peguam kata boleh saman. Saman pun nak pakai duit. Saya diberitahu kisah seorang peguam terkenal. Nak jumpa dia pun RM40,000. Buka fail, tambah RM30,000. Perrrgggh. Balik cerita kondo tadi. Kehidupan selesa macam mana, jika dipenuhi orang dan kolam renang pula ada yang pakai kain pelekat mandi. Perrrrggggh. Kejadian selepas menjual kondo ialah saya diberitahu pihak pengurusan pernah menjumpai tuala wanita dalam kolam mandi. Perrrggggh. Kalau di Sabah sudah kena rendam dalam kolam bah. Apabila duduk di kondo, maka masalah kesesakan lalulintas "hilang" seketika. Kini, di Putra Heights, kira-kira 45 kilometer dari KL. Bayangkanlah. Waktu pagi ok lagi. Sebab bergerak selepas subuh. Nak balik pada waktu petang. Semuanya sesak. Nak lalu, Damansara untuk ke NKVE sesak. Nak ikut highway NPE pun sesak di Tol Puchong. Lalu ikut NKVE bermula dari Bangsar pun sesak. Apabila hujan, jangan ceritalah. Kalut. Haru-biru. Ketika itu, ada dua jenis manusia yang akan menyakitkan hati anda. Yang pandu perlahan dan yang pandu laju. Kedua-duanya akan menyebabkan kesesakan kronik. Maka tekanan perasaan terus berlaku dari hari ke hari. Ini yang boleh menyebabkan cepat jalan ke kubur. Di kampung, tiada kesesakan lalulintas. Jika berlaku hanya sekali atau dua kali setahun iaitu hari raya atau cuti berkembar. Jika hari raya, pekan Masjid Tanah pun sesak teruk. Restoran KFC dipenuhi, maklumlah orang KL suka makan KFC. Pada 360 hari yang lain, di kampung ok, aman. Oleh itu, duduklah di kampung. Boleh hidup lama sikit. Tapi jangan lupa beribadat. Kalau hidup lama tetapi perangai macam jin atau menyusahkan orang, lebih baik pergi dulu. Hidup jangan menyusahkan orang.

.....akan merapu lagi.

2 comments:

Suara Perindu said...

YB Tok Rimau,

Apabila membaca tulisan saudara ni, saya berdoa dalam hati: Ya Allah, Ya Tuhanku janganlah aku ditukarkan kembali ke Kuala Lumpur. Amin.

ibrahim yahaya said...

YB Nordin,

Kerja editor macam saudara kurang sikit masalah. Jika saudara masuk pejabat tengah hari dan keluar waktu malam, kesesakan lalulintas pasti sudah reda. Oleh itu, pilihlah waktu yang boleh datang tengah hari.