Thursday, August 9, 2007

PILOT DAH SAMPAI TETAPI PEMANDU....


(Aerobridge @ jambatan udara @ jentera penghubung kapalterbang dan terminal. Gambar oleh IY)

Hendak buat macam mana. Ini satu lagi cerita mengenai MAS. Petang semalam, setelah sampai ke KLIA dari Pulau Pinang, saya dan penumpang hadapan bersedialah untuk turun. Terima kasihlah kepada pilot yang membuat pendaratan yang baik.

Tetapi setelah mengambil beg dan memakai kot untuk keluar, pengumuman dibuat mengatakan pintu kapalterbang tidak boleh dibuka kerana aerobridge atau jambatan udara atau jentera penghubung untuk keluar daripada kapalterbang belum dipandu berdekatan kapalterbang. Kami pun terpaksalah menunggu. Saya diberitahu bahawa aerobridge itu tidak boleh dibawa ke kapalterbang kerana tiada pemandu atau pengendali jentera itu. Apa ni, pilot dah sampai, pemandu aerobridge pula tiada. Perrrgggghhh.

Setelah menunggu hampir lima minit barulah pemandu itu datang dan membawa jentera penghubung itu berdekatan dengan kapalterbang. Tidak hairanlah pelbagai komen dilemparkan oleh penumpang termasuklah, "Waaa pemandu ni...mogok ka?" "Macam mana MAS ni, dari satu perkara ke satu perkara", "Tak profesional la", "Malulah negara kita kalau jadi macam ni selalu. Tahun ini, tahun melawat Malaysia pulak tu."" Mana pergi pemandu? Minum air ka..."". Tolonglah perbetulkan keadaan semacam ini. MAB? KLIA? MAS? Elakkan ia terus berlaku di KLIA. Kalau tidak, macam mana hendak mengatakan KLIA hebat dan MAS adalah antara syarikat penerbangan terbaik di dunia.

2 comments:

PUTRAGABAN said...

Salah sendiri. orang suruh naik kapal terbang, bukan naik mas. Kalau di Indonesia mas naik orang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Budin,

Perrrrrrggggggghhhhh.