Wednesday, August 15, 2007

WEEWEE MINTA MAAF

Ini yang terkandung dalam Malaysiakini, semalam pada jam 4.39 petang - After two weeks of threats from Umno politicians, Wee Meng Chee apologises to those who were insulted and offended by his work. Mudah dan ringkas. Mahu tutup buku. Mahu rakyat Malaysia terutama Islam melupakan episod itu.

Permohonan maaf itu dibuat selepas saya mengeluarkan artikel [ Hormatlah sikit...Berpada-padalah ] pada jam 3.59 petang. Bagus juga tu, mungkin Weewee baca tulisan DUNIATIGER atau dinasihatkan oleh pemimpin Cina lain untuk minta maaf. Mungkin pemimpin MCA atau Gerakan. Sudah pasti bukan DAP, yang seratus peratus menyokong tindakan Weewee, menghina NEGARAKU dan Islam.

Yang paling penting, rakyat Malaysia tidak terkecuali saya, perlu sensitif dengan kegiatan menghina orang lain. Jika bersalah dan ditegur segeralah minta maaf. Jangan menuding jari kepada orang lain atau berpegang teguh bahawa apa yang dilakukan bukan satu kesalahan. Kalau benci sangat dengan NEGARAKU atau kaum lain atau agama lain, fikirlah tindakan yang sesuai. Jangan menghamburkannya dan kemudian minta maaf. Hormatilah....

Menghina Islam, bukan satu kesalahan? Menyamakan azan seperti bunyi macam ayam jantan, bukan kesalahan? Mengatakan laungan azan seperti suara R & B bukan satu kesalahan? Kalau ada fikiran semacam itu, simpan sajalah. Tak payah bising-bising. Mungkin orang lain ada juga pandangan mengenai kaum lain, tetapi mereka tidak bising. Mereka tidak melalak dan menghina. Di negara orang lain pulak tu.

Sensitiflah sedikit. Seluruh dunia sudah tahu anda melakukannya. Saya bolehlah tahan lagi tetapi bagaimana dengan orang lain. Mungkin mereka tidak sedar atau mengetahuinya. Mungkin mereka hanya berdiam diri tetapi hati membara. Hormatilah NEGARAKU. Hormatilah BANGSAKU. Hormatilah AGAMAKU. Insaflah.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein pernah berpesan, "Kalau bangsa Melayu gembira, kaum lain juga akan gembira tinggal di Malaysia." Percayalah kata-kata itu.

6 comments:

Anonymous said...

Kawan ... DAP tak pernah menghina lagu kebangsaan and Islam. Yang menghina umat Islam dan Islam, tak lain, tak bukan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri, seperti yang diketahui umum.

Jika belum lagi, kaum bukan Melayu di Malaysia tak pernah membuat perbuatan-perbuatan yang keji seperti ini. Negara Malaysia milik semua RAKYAT Malaysia, bukan sekadar orang Melayu sahaja.

Masyarakat bukan Melayu, seumpamanya hanya masyarakat minoriti tetapi taat kepada negara dan sayang negara. Bukan seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang suka berlagak dan membuat fitnah untuk mengancam ketenteraman sesama masyarakat yang berbilang kaum. Pemimpin-pemimpin UMNO yang keparat inilah yang sebenarnya yang berdosa. Kerana apa pulak ...

Kerana ... menghina Islam. menghina sultan (seperti bekas menteri besar Selangor yang mempunyai dua Muhammad pada namanya), memporak-porandakan keamanan masyarakat berbilang kaum, mengamali adat berasuah, zalim, tidak bertanggungjawab, membunuh, merompak khazanah negara, maki-hamun di Parlimen, biadap (Nazri Aziz and rakan-rakan) dan sebagainya.

Masyarakat bukan Melayu di negara ini tak pernah menghina Islam. Yang menghina Islam, adalah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Umat Islam tak akan mengambil rasuah. Umat Islam bukan manusia yang biadap. Umat Islam tak zalim. Umat Islam tak akan merompak khazanah negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Oleh kerana Malaysia negara kita, marilah kita jaga bersama. Jika ada orang buat salah, kita tegur dan nasihat. Salah yang saya maksudkan ialah kita ada bukti mereka buat salah seperti perbuatan Wee dan jangan kita buat tuduhan sembarangan. Orang lain pun boleh tuduh kita juga. Jika kita tidak buat, sudah tentu kita tidak suka dituduh seumpama itu.

Anonymous said...

Tiger ...

Renungilah dengan teliti. Negara Malaysia sudah berumur 50 tahun. Rakyat masih lagi merana ... Melayu, Cina mahupun India. Sudahkah masalah kemiskinan diatasi?

50 tahun merdeka. Rakyat Melayu luar bandar masih dikongkong kemiskinan. Siapa yang salah? Pemimpin-pemimpin UMNO yang mentadbir negara. Saya bukan ahli DAP. Hanya seorang rakyat biasa. Jangan salahkan pihak pembangkang. Di dalam sesebuah demokrasi, mesti ada yang mentadbir dan ada yang membangkang. Kalau tak ada yang membangkang, yang mentadbir akan berleluasa dalam rasuah, dan gejala-gejala yang lain yang boleh menjahanamkan negara.

Masalah sekarang ... pihak pembangkang kurang upaya. Malaysia memerlukan satu pihak pembangkang yang kuat, satu pihak pembangkang yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum untuk memperhatikan tindak-tanduk kerajaan yang memerintah supaya tiada rasuah. supaya tiada penyelewengan, supaya negara ditadbir dengan bersih, cekap dan amanah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Pagi ini, saya bersembang dengan kawan-kawan mengenai perkara yang sama. Bagi saya, sesiapa saja yang ingin menjadi ADUN atau APAR mestilah bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan baik. Jika tidak, mereka memalukan parti atau kerajaan yang diwakili.

Jika tidak mampu menjadi ADUN atau APAR mereka perlu berhenti. Bagi peluang kepada orang lain. Jangan bergayut untuk menjadi ADUN dan APAR. Ramai lagi yang lebih baik dan sanggup menjalankan tugas boleh memikul tanggungjawab itu.

Ada ADUN dan APAR yang tidak duduk kawasan sehinggakan masalah rakyat tidak diendahkan. Mereka inilah yang memalukan parti dan kerajaan. Mereka inilah yang perlu dibuang dan digantikan. Amat menyedihkan.

Bagi saya, kalau hendak berpolitik mesti sanggup memikul tanggungjawab. Umpamanya, jika tidak sanggup mendengar atau melayan masyarakat sehingga 3 atau 4 pagi,...jika tidak sanggup untuk diganggu rakyat pada waktu malam untuk meminta sokongan mendapat bantuan atau biasiswa, jangan jadi orang politik. Jangan jadi ADUN atau APAR. Bagi kepada orang lain.

Orang politik sepatutnya bertanggungjawab, jujur, amanah dan sentiasa bersedia membantu rakyat. Mendengar dan melaporkan masalah rakyat. Jangan kita duduk di rumah banglo beratapkan genting, tetapi orang di kawasan duduk di rumah kertas beratapkan plastik. Jangan..jangan..Ingat ini.

Saya sedia mengritik dan dikritik kerana dibesarkan sebagai wartawan. Orang politik juga harus sanggup dikritik atau mengkritik kerana dibesarkan sebagai orang politik. Jangan takut untuk dikritik dan mengkritik orang lain waima orang atas, jika mereka benar-benar melakukan kesalahan.

Jika orang politik tidak tahan dikritik dan tidak mampu mengkritik, jadilah orang bukan politik. Jangan juga jadi wartawan.

Lily Abdullah said...

Saudara,
Saya tertanya-tanya adakah "anonymous" ini adalah orang yang sama - beria-ria benar membela si WEE ni. Dalam mana-mana blog yang mengutuk "kreativiti" si WEE ni pasti dia ada di situ untuk menjadi "Godfather" si WEE. Ada sesiapa boleh selidik siapa si "anonymous" ni? ooo...tak boleh kan sebab dia "anonymous".

Anonymous said...

There's lots more to the song.. ur jus focussin on d 'menghina islam' part.. wat about d corruption.. kuih nyonya.. NEP.. University intake and it's quota..

It's wat most Chinese and Indian tink is true.. oni u guys are too ignorant to care about it..

Ur wise enough to come out wif "logic" statements in your blog.. I jus hope ul be wiser