Friday, May 30, 2008

ANTARA KUDA DAN PENGINTIP POLITIK

Posting Terbaru - 7.15 Malam

Berita Edisi Tujuh (NTV7) sebentar tadi melaporkan terdapat satu BLOG yang menceritakan kisah Ezam sebelum ini. Siapa yang punya kerja?

Posting Asal- 11.34 pagi

Rasa simpati juga kepada Ezam Mohd Noor. Setelah menyertai UMNO, macam-macam tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepadanya. Antaranya ialah kuda politik atau pengintip.

Kuda politik ialah orang yang dipergunakan oleh seseorang pemimpin untuk mencapai matlamatnya. Dalam hal ini, Ezam mungkin digunakan oleh pemimpin tertinggi UMNO untuk kepentingan diri mereka. Bagi Ezam, beliau sanggup dipergunakan asalkan ia untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Jawapan yang tepat dan jelas.

Ezam juga dituduh sebagai pengintip PKR atau lebih tepat lagi pengintip penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Niat Ezam baik untuk pulang ke pangkal jalan, tetapi orang mempertikaikannya hasrat itu dengan pelbagai tohmahan. Bagi saya, tidak perlu Ezam menyertai UMNO semata-mata PKR ingin mendapatkan maklumat. Saya yakin maklumat terus mengalir ke PKR daripada UMNO walaupun Ezam tidak masuk UMNO. Bukankah ramai pemimpin PKR daripada UMNO? Jadi sudah tentu mereka mempunyai rakan dan sahabat dalam UMNO untuk mendapatkan maklumat termasuk yang sulit.

Inilah dunia politik. Adakalanya apa yang kita lakukan tidak semestinya digemari oleh orang lain. Malah ada orang pula yang suruh kita berhenti atau meletakkan jawatan sedangkan ramai ahli UMNO yang tidak mahu kita berbuat demikian. Sebagai contoh ialah Paklah yang kini menerima desakan untuk beliau meletakkan jawatan. Tetapi bagi Paklah, mengapa perlu meletakkan jawatan jika 90 peratus ahli UMNO masih menyokong beliau. Yang terbaru semalam oleh NGO dari Negeri Sembilan.

Berbalik kepada Ezam, saya yakin beliau akan pergi jauh jika berada dalam UMNO. Namun, ini bergantung kepada sokongan dan sambutan ahli UMNO sendiri. Ada yang mengalu-alukan dan menyifatkan kemasukannya ke dalam UMNO sebagai satu rahmat. Ada jua yang menyifatkan kemasukannya itu perlu dilihat berhati-hati kerana Ezam dikatakan pernah keluar UMNO. Ezam bagaimanapun menafikan beliau keluar UMNO sebaliknya beliau berkata dirinya dipecat oleh UMNO.

Yang jelas, cara percakapannya sebiji macam DSAI dan sudah tentu ahli UMNO pasti tidak akan melupakan pembabitannya dengan PKR terutama sebagai "orang kanan" DSAI.

Apakah Ezam dapat menambat hati ahli dan pemimpin UMNO? Jika beliau bercadang untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, adakah ramai yang memberi sokongan? Masa akan menentukan. Sama-samalah kita tunggu prestasi anak muda ini yang menyertai UMNO ketika ramai yang memperkatakan PKR kini diambang menubuhkan kerajaan baru.

31 comments:

mohad said...

kenapa simpati tu...

ibrahim yahaya said...

Sdr Ijad,

Simpati kerana beliau menerima tohmahan dan tuduhan sedangkan niatnya baik untuk balik ke pangkal jalan. Sudah tentulah orang yang membuat tohmahan itu terdiri daripada mereka yang sakit hati dengan tindakan Ezam menyertai UMNO atau menyokong Paklah.

Kita harus faham bahawa Ezam menyertai UMNO kerana sedar banyak perkara yang boleh dilaksanakannya menerusi parti asalnya yang banyak memperjuangkan nasib orang Melayu. Jika beliau mahukan kedudukan, mungkin beliau sudah menyertai UMNO sebelum PR12, setidak-tidaknya boleh menjadi calon UMNO.

Anonymous said...

Kenapa perlu membesarkan cerita Ezam masuk UMNO selama beberapa hari.UMNO sekarang bukan lagi seperti UMNO dulu dulu. Kalau dulu kat kampung Cikgu sekolah akan masuk UMNO dan bertanding kerana semua sokong .Cikgu pandai. Tapi zaman sekarang ni dah ramai yg pandai pandai.Kita perlu menerap bijak pandai sebagai pelapis UMNO dimasa depan. Singapore dan eropah telah ader institusi untuk mendidik pelapis pemimpin utk masa depan. Cara berfikir, berhujah, kekuatan minda dan sebagai nya.Kita bole dapat 20(malah lebih)pemikiran mcm TDM kalau kita bermula dari skrg. Tapi nampak nya kita mencari pemimpin yg pandai buat magik dan malang nya magik kita kecundang bila bersaing di arena luar.
-Jantan Giler-

NFH said...

Salam Dato,

Bagi saya Ezam nak masuk UMNO hak dia. Cumanya, apasal media nak promosi lebih-lebih sangat tentang ex-pengkhianat ni.

Tak ingat ke kalau dibiar perbuatan dia dan Anwar yang mengikut nafsu dulu tentunya dah tergadai dah negara ni lebih cepat dan hebat kesannya dari Pak Lah sekarang ni.

Lagi satu, baru masuk dah sibuk nak bertanding Ketua Pemuda. Baru jelas tujuan dia.

Ini semua kerana jawatan dan pujukan pihak tertentu yang dapat meyakinkan dia tentang masa depannya dengan UMNO. Iyelah ex-boss dulu dah tukar selera pada Azmin.

pena tulis said...

ttttttttttttttt

pena tulis said...

ezam...

pena tulis said...

SALAM DATO DIY,
SAYA TIDAK KENAL SIAPA EZAM INI SEBELUM TAHUN 1999 TETAPI ORANG INI TELAH MEMBUKA SAYA SATU MINAT KEATAS POLITIK MALAYSIA APABILA TERDENGAR KASET(1999) CERAMAH BELIAU KETIKA DI KAMPUS DIUTARA TANAHAIR.ROOMATE SAYA SEORANG PENYOKONG PEMBANGKANG KETIKA ITU SEDANGKAN SAYA TAK TAHU MENAHU LANGSUNG PASAL POLITIK.'EZAM MOHD NOOR SIRI CERAMAH'ITULAH BUNYINYA JUDUL KASET TERSEBUT YANG SELALU DISUSUN OLEH SAYA SEBELAH KASET SITI NURHALIZA DAN KUMPULAN BACKSTREET BOYS(SEKADAR KENANGAN).APABILA SAYA TERDENGAR BERULANG KALI SAYA DAPATI CUKUP HEBAT PIDATONYA MALAH LEBIH HEBAT DARI 'PIDATO ROOMATE' SAYA...HE HE HEHE...DAN BILA DENGAR PUNYA DENGAR DIA MENGHENTAM TUN DR MAHATHIR SAHAJA DAN KERAJAAN KETIKA ITU,SAYA BELI PULAK KASET DIA (PASAL DAH MULA MINAT) DENGAN PIDATONYA SAM JUGAK CITERNYA HENTAM TUN DR MAHATHIR.TUP-TUP SEMALAM DENGAN SENYUMAN YANG MENGUNTUM GAMBOR SDR EZAM NI MASUK UTUSAN MALAYSIA DENGAN PM,ROPENYA MASUK UMNO........ITULAH POLITIK DATO DIY.....SATU PERSAMAAN EN EZAM DENGAN SAYA KINI IAITU AHLI UMNO DAN BELUM TENTU ANDA MENDAPAT UNDI SAYA SEBELUM ANDA MEMOHON MAAF PADA TUN MAHATHIR.HIDUP UMNO,HIDUP MELAYU, HIDUP TUN MAHATHIR.

epain said...

sy tak sedih atau marah....tapi pelik...

nape br sekarang?...nape ketika UMNO dikatakan berkocak, dia kembali?

nape tidak sebelum pilihanraya?...alasan memang mudah...selepas tngk pak lah beriya-iya nak perbetulkan sistem kehakiman....

dan nak tambah satu lagi pelik...nape nalakarupan berada disebelahnya pada sidang media ezam?...nala pun ahli umno ke?...atau ini adlh peranan beliau membawa ezam kembali?....

n pelik lagi...nape selepas dr mahathir keluar UMNO?....

dia ckp dia dipecat....ok...kalau dipecat dulu nape masuk pembangkang?...

Unknown said...

Kemasukan ezam dalam UMNo menimbulkan byk reaksi dr
ahli UMNO sendiri ataupun dari pihak lain.

Sdr Ezam ada mengatakan beliau sedia dipergunakan utk kepentingan
parti,bangsa dan agama.
Beliau tidak akan lari dari perjuangan asasnya....

rasanya beliau patut diberi peluang untuk mengotakan kata-katanya
semua org berhak memberi pandangan masing2, dan semua orang berhak diberi peluang......

Kemasukan Ezam mungkin akan membuka lembaran baru dalam UMNO,dan saya yakin pihak2 "tertentu" tidak perlu risau kerana mereka sudah tentu ada "pendekar-pendekar" mereka sendiri...

yang penting adalah asas
perjuangan tidak berubah.

carcoon

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Kemasukan Ezam dalam UMNO sudah tentu memberikan political mileage kepada pemimpin tertinggi UMNO. Ini kerana Ezam adalah orang kanan DSAI dan ini sudah tentu menjadi satu "pukulan maut" jika itu yang mahu mereka katakan. Oleh itu, publisiti mengenai kemasukan Ezam itu sudah pasti memperkukuhkan kedudukan pemimpin tertinggi UMNO berkenaan. Good publicity, good political mileage.

ibrahim yahaya said...

Sdr Noor Faiza,

Saya yakin sebelum Ezam mahu menyertai UMNO, beliau sudah tentu mengkaji, meneliti dan membuat perkiraan dengan tindakannya itu.

Mengkaji apakah kelebihan UMNO berbanding PKR. Meneliti adakah pemimpin PKR benar-benar berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Membuat perkiraan mengenai parti yang perlu disertai setelah beliau tidak yakin lagi dengan perjuangan PKR terutama boss lamanya, DSAI.

Saya tidak mahu mengulas bab pengkhianat. Tetapi daripada jawapan dalam sidang media itu Ezam nampaknya sudah kecewa dengan PKR yang hanya mementingkan kumpulan eksklusif yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti. Bagi Ezam, pemimpin tertinggi PKR tidak seharusnya memberikan tumpuan kepada pihak tertentu saja sebaliknya kepada semua ahli dan pemimpin parti itu.

Bertanding Ketua Pemuda bukan bermakna beliau akan gerenti mendapatnya. Jika ahli Pemuda UMNO mahukannya, beliau akan terpilih menerajui pergerakan itu. Jika sebaliknya, Ezam akan mengetahui dimanakah kedudukan beliau dalam UMNO, di tepi, kanan atau di luar barisan. Jika cukup pencalonan, bolehlah bertanding.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pena tulis,

Pertama, apa maksudnya ttttttt tu?

Kedua, anda seorang peminat giler Ezam dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Anda meminati Ezam dari suaranya saja. Jika berjumpa orangnya, pasti akan lebih meminatinya.

Ketiga, Ezam perlu bertemu anda untuk mendapatkan undi. Undi apa ya? Ketua Pemuda Umno ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Itulah menariknya politik Ezam ni. Ketika UMNO berkocak, beliau menyertai parti itu. Ini memaparkan beliau ingin menunjukkan UMNO masih relevan kepada bangsa Melayu. Beliau mahu menunjukkan sokongan kepada Paklah yang komited memerangi rasuah sepertimana yang diminta oleh GERAK, pertubuhan yang diterajui oleh Ezam sebelum ini.

Mengikut penjelasan Nalla, beliau berada disisi Ezam kerana menunjukkan sokongan kepada rakan lama. Nalla yang sudah putus hubungan dengan DSAI ingin menunjukkan kepada PM dan TPM bahawa beliau benar-benar ingin membantu BN terutama dalam menghadapi PKR dan DSAI.

Cuma ada laporan media elektronik yang mengatakan rakan-rakan yang berada bersama sidang media Ezam ketika itu pun bercadang untuk memasuki UMNO. Siapa? Nalla ke?

Dulu Ezam pernah menegur TDM. Jadi apabila TDM sudah keluar, maka Ezam sudah tentu tidak perlu pening untuk menghadapi TDM dalam mana-mana majlis UMNO nanti. Melainkan TDM masuk semula UMNO. Maka bertemulah mereka satu hari nanti.

Setelah dipecat, maka beliau ikutlah boss lama yang juga dipecat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Joe,

Saya bersetuju dengan Sdr agar ahli UMNO memberi peluang kepada Ezam untuk menyesuaikan diri selepas berada lama di luar parti.

Ezam juga sedia dipergunakan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan dipergunakan untuk kepentingan negara lain atau menjadi ejen-ejen asing.

epain said...

seharusnya ezam perlu kekal dlm gerak...apa? dah tak boleh bergerak ke?

dia seharusnya meninjukkan kredibilitinya dlm meneruskan perjuangannya...tanpa berlandaskan politik...

walau apa pun penjelasan ezam...beliau tetap akan dicap sebagai "ludah jilat balik"...lagi ngeri drpd "meludah ke langit"....

bg sy...Pak Lah nak bg signal kat Tun M....alaaa...mcm "pukul anak sindir menantu"...tepat ke peribahasa sy ni?...

lebih teruk lg...tindakan ezam seakan mengiyakan...betapa "tak syoknya" politik ini...dan ia pasti mengecewakan sesiapa yg mengikut ezam dlm gerak yg "anti-politik" tetapi pro kerajaan bersih...

nilah org politik...hr ni duk umah setinggan...esok pindah umah bungalow...pastu pindah ke dalam gua...

Anonymous said...

salam sejahtera,
sewaktu awang pulang ke kampung baru-baru ini awang sempat berbual-bual dengan seorang doktor pakar kanak-kanak yang telah lama awang kenali,dari berbual-bual tentang masalah penyakit anak awang sehingga lah membawa kepada jurus politik.awang ada berseloroh dengan doktor tersebut dgn memesan agar beliau tidak terjerumus ke kancah politik yang kotor.
doktor tersebut membalas dengan penuh semangat bahawa politik tiada kekotoran dan tidak pernah ada kekotoran beliau berkata politik adalah suatu manfaat untuk manusia sebagai suatu panduan hidup seperti agama, yang kotor adalah budaya berpolitik,beliau dengan penuh kekesalan menyatakan budaya politik negara amat kotor dan jijik.berkali-kali beliau memesan kepada saya agar jgn membenci dgn politik hanya budaya politik malaysia yang terlalu kotor.
sekarang awang dah faham rupa-rupanya doktor tersebut bukan sahaja hebat dlam bidangnya malahan hebat juga dalam analisis politik.tabik doktor yong.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Tinju politik.

Kemasukan ezam ni satu pukulan paklah kepada orang yang dok kutuk dia. Dan ezam satu pasukan dengan menantu dia. Boleh kukuhkan kempen KJ untuk ketua pemuda. Peranan ezan sbg kuda atau pengintip tak diperduli oleh paklah asalkan boleh tambah sokongan.

Anti-paklah kena tunggu pusingan seterusnya.

NFH said...

Salam Dato,

Saya menghormati prinsip Dato yang tidak suka bersangka buruk terhadap orang lain termasuklah Ezam.

Pada pendapat saya, prasangka buruk hanya menjadi tidak bermoral dalam 2 perkara:-

1. Apabila kita tidak mengenali latar belakang seseorang,

2. Apabila insan tersebut sudah bertaubat dan insaf akan perbuatan lalunya.

Berkenaan Ezam yang secara stunt masuk UMNO dan tanpa secara jelas menyatakan keinsafan beliau adalah terlalu meragukan.

Apa yang dia lakukan sepanjang dipecat UMNO adalah terlalu pahit untuk ditelan.

Satu perkara lagi, memandangkan senario politik persepsi zaman sekarang ini, amat penting bagi Ezam keluar sepenuhnya dari pengaruh Anwar i.e personaliti, cara bercakap, cara berpakaian.

Melihat dia bercakap di TV mengingatkan saya tentang Anwar. Macam adik-beradik pula. Ngeri dibuatnya.

Kesimpulannya, Ezam nak masuk UMNO hak dia dan hak MT meluluskan. Cumanya rakyat biasa macam saya ni berharap agar orang UMNO sentiasa memerhati tingkah lakunya dan make him explained who Anwar actually is and all their niat busuk while he was away as his hukuman.

Hanya masa menentukan. Bagi saya Ezam hanya layak menjadi ahli biasa seumur hidup.

Kai De' Rozario said...

bagi pendapat saya, kemasukan ezam dalam umno harus dilihat dulu dari sudut positif. mungkin dia telah mengkaji dan menunggu masa yang sesuai untuk mengetengahkan idealogi dan cadangan-cadangan murninya yang mungkin akan membantu umno kembali kuat semula seperti sebelumnya. peluang yang diberi harus diambil perhatian agar semua ahli memberi sokongan padu di samping memantau segala apa usaha yang si ezam ini ingin ketengahkan jika dia benar-benar ikhlas ingin berjuang bersama umno.
mungkin dia juga benar-benar telah merasakan di PKR perjuangan dan kehebatannya tak akan ke mana....

walaupun banyak cakap-cakap yang mengatakan ezam menjadi pengintip atau virus di dalam umno, itu semua harus diletakkan di sebelah dulu. memanglah kita perlu lebih jaga-jaga apabila keputusan pru-12 kelmarin melihatkan PKR makin berjaya memenangi hati rakyat, tapi kita sentiasa kena positif. Jangan jadikan itu satu alasan untuk kita berfikiran negatif sentiasa. Jika semua ahli yang ada sememangnya benar-benar bersatu, jujur dan sedar diri, apa nak takut kalau ada pengintip. mungkin kerana lumrah manusia suka dedahkan sebarang kemungkinan kononnya untuk berjaga-jaga, tapi itu sebenarnya silap. kerana sifat itu ada pada mereka yang takut dan gelabah sahaja.

oleh itu, walaupun si ezam ini seorang yang hebat pidatonya, hebat peribadinya sehingga pernah diambil jadi orang kanan DSAI,... maka umno seharusnya gunakanlah dia sebaiknya. kerana di dalam umno pun semua ahlinya terdiri daripada orang-orang yang hebat juga yang seharusnya tak gentar langsung pabila si ezam ini ingin menyertai mereka.

apa kata kita berikan peluang dulu kepada ezam dan dalam pada masa yang sama kita memantaunya secara bijak...

~ Dewa Sahara

Anonymous said...

Pak Dato' Tiger, saya tidak pelek dengan sikap Ezam kerana dia tu ahli politik. Yang saya pelek ialah sikap Pak Tiger tu. jadi blogger mana boleh sokong macam tu. Saya rasa, Dato' punya kredibiliti teruk lah. Macam mana boleh you bersimpati dengan ahli politik. Tun kata, Dia mkeluar Ezam masuk. Pada saya, ia adalah satu sindiran yang amat besar kepada Umno. Takkan Ezam boleh ubah Umno dan Malaysia. Siapa dia?.

mat_terab said...

Rakyat nak tengok setakat mana ezam dapat menbenteras Rasuah dalam Umno yang telah menjadi darah daging pemimpin umno....harap Ezam dapat menbuat reformasi dalam umno...

junkopile said...

yang takut ezam masuk mungkin ada kepentingan peribadi

yang tak peduli mungkin tiada pengawasan atau pun pemerhatian

yang beria ria mungkin ada udang disebaliknya atau pun ketam

jika dia mahu berjuang untuk Umno teruskan seharusnya tiada halangan tetapi jika ada niat yang tidak baik lambat laun akan diketahui juga.

p/s prasangka harus dijauhkan

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Ezam pasti mahu bergerak dalam medium yang lebih besar daripada GERAK. Apatah lagi jika medium itu dianggotai oleh ramai pemimpin Melayu di negara ini. Apa yang ingin kita lihat ialah sama ada hasrat Ezam seperti di GERAK mendapat sokongan sepenuhnya oleh pemimpin Melayu berkenaan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Politik itu tidak kotor tetapi pemainnya yang boleh membuat politik itu kotor dan menjelekkan. Umpamanya jika ada pemimpin muda yang berketrampilan ingin menceburkan diri dalam bidang politik, sudah tentu ada usaha untuk "mematikan" hasrat itu dengan kadar segera agar ia tidak menentang ketua nanti. Jika ini berlaku, sudah pasti parti tidak mempunyai pemimpin pelapis yang bijaksana dan bijaksini. Masih lagi dikuasai oleh old turks.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Kemasukan Ezam dalam UMNO mengundang pelbagai tafsiran termasuklah akan dipergunakan oleh sesiapa saja yang "menjemputnya" menyertai parti itu semula.

Bagi saya, ia pasti menguntungkan Paklah kerana tatkala orang memperkatakan mengenai kelemahan UMNO, ada pula orang yang ingin menyertai parti itu. Sama ada menguatkannya atau ada hasrat lain, sama-samalah kita tunggu kesudahan episod penjelmaan semula insan yang semacam DSAI ini.

Namun, ada juga pihak yang mempertikaikan kemasukan Ezam dalam UMNO kerana tindakannya terdahulu yang membuat pelbagai tuduhan kepada pemimpin UMNO. Antaranya "kotak-kotak" rasuah yang wujud untuk dibongkarkan. Mana perginya sekarang?

ibrahim yahaya said...

Sdr Noor Faiza,

Ketika Paklah menyatakan permohonan Ezam masuk UMNO "macam dah diluluskan", ada pula pemimpin UMNO seperti TS Muhyiddin Yassin berkata permohonan itu perlu diteliti oleh MT kerana tindakan-tindakannya sebelum ini. Kenyataan TS Muhyiddin itu memaparkan bahawa UMNO perlu berhati-hati dengan permohonan seumpama itu kerana tidak manislah setelah seseorang individu membelasah pemimpin UMNO termasuk yang ada sekarang, insan itu dibenarkan masuk ke rumah UMNO.

ibrahim yahaya said...

Sdr Dewa Sahara,

Ezam kata beliau sedia dipergunakan, maka UMNO perlu mempergunakannya selari dengan niatnya untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Baca betul-betul tulisan saya. Hanya simpati dan mempersoalkan tindakan pelbagai pihak membuat pelbagai tuduhan. Itu saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Usaha membanteras rasuah perlukan komitmen tinggi daripada semua pihak terutama pemimpin tertinggi. Usaha membanteras rasuah tidak seharusnya mengikut bulu tetapi semua pihak termasuk mereka yang terang-terang terbabit seperti yang dipamerkan dalam pembinaan rumah besar seperti mahligai dalam tempoh yang singkat atau berbelanja mewah sedangkan pendapatannya kecil. Tiada istilah ikan bilis atau ikan jerung. Semua yang mengambil rasuah adalah darah kotor yang perlu dibuang dan dilemparkan jauh-jauh. Harus dilakukan setiap masa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Mereka yang menyuarakan kebimbangan kemasukan Ezam bukan kerana ketakutan tetapi tidak mahu UMNO dipergunakan oleh kumpulan tertentu untuk kepentingan diri mereka sendiri. UMNO bukan hak peribadi tetapi hak bangsa Melayu yang perlu dijaga dengan baik. Jika ia dipergunakan oleh individu tertentu untuk kepentingan diri sendiri, sudah pasti UMNO akan hancur dan berkubur.

Anonymous said...

tohmahan dan cemuhan tidak patut dilemparkan tetapi UMNO tetap perlu berhati2 terhadap kemungkinan yg mungkin terjadi