Thursday, May 15, 2008

PEMBUAT FITNAH TIDAK AKAN SELAMAT

Kesian pun ada, sakit hati pun ada juga.

Kesian kerana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sering menjadi mangsa belasahan pihak tertentu terutama pembangkang yang gemar mengaitkan beliau dengan rasuah pembelian peralatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Apa ni? Siapa yang suruh pembangkang untuk membuat dakwaan seperti ini. Yang pelik ialah selalu sangat dibuatnya seolah-olah ingin mencemarkan imej DS Najib. Yang anehnya, DS Najib yang semakin dijadikan sasaran. Apakah mahu membunuh terus kerjaya politiknya?

Sakit hati kerana ada pihak yang sering membuat tuduhan dan tohmahan kepada DS Najib tanpa memikirkan kesan kepada tindakan mereka itu. Kesan kepada imej pemimpin negara. Kesan kepada imej ATM. Kesan kepada nama baik negara. Seolah-olah pemimpin negara ini tidak ada kerja lain, hanya hendak mengambil komisen dan melantak rasuah. Tidak boleh fikir ke. Jangan hendak political mileage saja. Apa ni?

Walaupun DS Najib sudah menjawab beberapa kali termasuk pada PR kecil Ijok dan PRU12, mereka terus membuat tuduhan dan tohmahan kerana merasakan rakyat akan mudah percaya dengan angka-angka yang begitu banyak. Bayangkan RM100 juta, RM200 juta atau RM1,000 juta. Banyak tu, macam seorang Ahli Parlimen berkata tiga keturunan pun tidak habis. Memanglah sedap buat tuduhan atau fitnah, tapi fikirkanlah akibatnya. Jangan pula, secara tiba-tiba tuhan menarik segala keistimewaan kita, baru kita mahu sedar. Tiba-tiba macam-macam malapetaka menimpa kita yang membuat fitnah. Ketika itu, sedar pun tidak ada gunanya. Aleh-aleh tidak boleh berjalan, tiba-tiba menjadi buta, hodoh dan segala macam balasan. Minta dijauhilah.

Tuduhan itu juga sudah tentu memalukan ATM yang membeli pada harga yang mahal berbanding negara lain pada harga yang murah bagi peralatan yang sama. Yang mereka tidak faham ialah teknologi yang digunakan. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang kita ada hubungan diplomatik, ada yang tiada. Malaysia tidak menggunakan teknologi Israel sebaliknya memilih teknologi Perancis. Ini kita kena fahamlah.

Semalam, DS Najib membuat penjelasan di DEWAN RAKYAT . Hanya Utusan Malaysia yang menggunakan PAGE ONE STORY. Yang lain tidak nampak pun. Mengapa ya? Ohh, mungkin ada cerita yang lebih penting lagi kot. Suka hatilah.

14 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
kasihan DS Najib,asyik kena buli jer.agaknya dari zaman sekolah DS Najib kena buli kot.saya ada seorang kawan putih gebu bibir merah mcm DS Najib gak waktu sekolah dulu.kwn saya tuh asyik kena buli saja mungkin sebab bibir merah nampak lembut maka dia sering jadi mangsa buli.buli bukan saja dari segi fizikal tetapi dari segi mental.kadangkala org takut kita nak naik dari awal diaorang nampak potensi kita diaorang mulalah nak membuli-buli kita.
mcm DS Najib ini kira seorang yg bagus walaupun dibuli dia tetap ambil jalan bertenang tak cepat melenting dan gabra.takpe kepada DS Najib byk2lah bersabar kalau DS di pihak yg benar dan dalam golongan teraniaya berdoalah banyak-banyak Allah akan memberi pembalasan kepada org yg membuat fitnah dan penganiaya nih.oleh itu DS jgn melayan para pembuli buat tak tahu jer...hah biar nanti diaorang dapat pembalasan dari Allah biar nanti ditelan bumi ke jatuh tangga tiba-tiba lumpuh ke hah ambil ko...hah..DS diharap bersabar.zikir kepada Allah banyak-banyak.rakyat Malaysia sedang menantikan DS sebagai PM Malaysia.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Berita angin atau khabar angin?

2. Jika khabar angin, memang Malaysia punya khabar angin selalunya akan menjadi berita benar.

3. Saya masih teringat Tim Men Pertahanan yang lepas semasa menjawab di Parlimen sebelum PRU-12,bukan kita minta tapi orang bagi. Orang disini maksudnya ialah Syarikat Pembekal.

Anonymous said...

Itu respon yang dijangkakan. Mana mungkin Najib akan mengaku hal2 itu benar, sama jugak dengan dia menidakkan bahawa dia pernah mengenali atau berjumpa dengan atlantuyaa.

Memang betul takde angin takkan pokok bergoyang, tapi kata orang pokok boleh bergoyong sebab "monyet" yang goyangkan jugak. Kita rakyat biasa pun geleng kepala melihat mainan politik pemimpin2 kita...

Hal2 siapa yang sebenarnya menipu, memfitnah ni hanya Tuhan je yang tahu. Tapi diorang kena ingat, terlepas kat dunia jangan lupa selamat kat akhirat.

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Izinkan saya melontar pendapat saya yang tidak seberapa ini.

Saya berpendapat tidak patut menuduh Dato' Seri najib sedemikian rupa dan terus-terusan membuat pelbagai tuduhan melulu kepada beliau tanpa bukti konkrit.

Ini kerana, pihak yang menuduh juga perlu sedar, bahawa suatu ketika dahulu, ketika orang disanjungi mereka berada di tangga kedua kerajaan, dia mempergunakan kuasanya untuk mengkayakan kroninya.

Pada ketika itu wujudlah beberapa syarikat yang tidak diketahui asal usul dan kemudian terus melonjak menjadi konglomerat serta menguasai beberapa syarikat lain.

Namun terbukti syarikat kroni ini tidak berkekalan lama, selepas individu itu tiada lagi dalam kerajaan, syarikat terbabit hilang dalam dunia korporat.

Alasannya mudah, syarikat itu terlalu bergantung kepada individu itu untuk mendapatkan projek kerajaan bagi menjana pendapatan.

Nah... mengatakan orang lain mengambil komisyen, walhal dia sendiri pernah terbabit(secara langsung atau tidak) dalam isu itu sendiri pada sebelumnya.

Jadi, tidaklah perlu jika hendak menutup kelemahan diri sendiri, mengada-adakan kelemahan orang lain yang belum dapat dipastikan lagi kebenarannya.

Seperkara lagi, mengatakan atau mengulas serta membuat penghakiman sebelum sesuatu kes itu diputuskan mahkamah, (pada pengetahuan saya yang kurang mahir undang-undang ini) mungkin boleh mendatangkan 'bahana' kepada si penuduh itu sendiri.

Mujur dia berkata di tempat yang tidak boleh dipertikaikan kekebalannya, jika individu itu berkata demikian di luar daripada 'tempat kebal' itu, nescaya saya pasti, sudah tentu individu itu sudah terheret ke mahkamah kerana cuba menghina mahkamah.

Pandangan saya, janganlah menjadikan amanat yang diberi rakyat itu untuk membuat tuduhan melulu kepada orang lain di tempat yang sepatutnya anda melunaskan tanggungjawab anda... ingatlah, undi yang anda perolehi dan memungkinkan anda berada di tempat kebal itu adalah amanah, jika tidak mampu untuk membela rakyat dan memajukan masyarakat dan negara, usahlah berkecimpung dalam bidang itu, serahkan pada orang lain yang lebih beriltizam, tidak mementingkan diri sendiri, tetapi lebih kepada hidup mati rakyat, untuk berada di tempat kebal itu untuk membahaskan hala tuju negara dan merangka undang-undang.... ingatlah... kuasa itu adalah amanah yang begitu berat dan bukan untuk diberi kepada mereka yang mempunyai agenda untuk diri sendiri.

Kepada Dato' Seri Najib, usahlah peduli dengan salakkan mereka itu... Tumpukanlah kepada agenda memajukan negara sekaligus meletakkan kembali Malaysia di landasan yang betul bagi menjadi sebuah negara maju yang menjadi teladan semua bangsa di dunia ini.

sekian terima kasih.

Kamarul Bahri Abdul Kadir

Shah Alam, Selangor.

Anonymous said...

Isu ni senang saja...orang boleh cakap macam-macam kononya tak ada angin takkan pokok bergoyang lah dan pelbagai cerita yang ngeri-ngeri. Setakat ini kita anggap ini semuja fitnah. Jika kita anggap fitnah. Tapi, kalau ada bukti lain cerita lah. Kau pun ingat, kalau nak bercita-cita jadi orang besar, jauhkan diri dari perbuatan yang boleh terpercik ke muka sendiri satu bhari nanti. Tengok gambar, gaya dah ada jadi YB. Jadi speaker pun layak. Tapi, kalau dalam Umno, jadi pengerusi tetap pun OK apa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Nasihat yang baik. Sabar itu separuh daripada iman. Jika kita teraniaya, berdoalah kepada Allah SWT kerana Allah tahu apa yang berlaku dan apa yang dilakukan. Semoga diberkatiNYA doa kita.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Saya tidak mahu komen mengenai bagi dan ambik. Tetapi apa yang diperkatakan ialah tuduhan dan fitnah yang dibuat.

Bagi saya, jika ada bukti eloklah hantar ke BPR agar agensi itu menyiasat. Mungkin ada orang berkata tidak guna berbuat demikian tetapi bagi saya, hantarlah laporan jika kita jujur dan bertanggungjawab. Setidak-tidaknya kita mahu menegakkan kebenaran. Jika hanya tuduhan, bertaubatlah. Dahsyat balasannya. Politik, politik juga. Agama kena jaga agar kita tidak tersungkur.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Pokok akan bergoyang jika monyet bergerak dari satu dahan ke tahan yang lain. Pokok akan bergoyang jika monyet bergantungan untuk mengambil buah yang ranum di hujung dahan.

Tetapi saya yakin monyet tidak akan mengoyangkan pokok kerana itu bukanlah tabiat haiwan berkenaan kecuali ia dalam "keghairahan" melihat sesuatu atau ingin mengacah musuh yang mengganggu anak bini mereka. Jangan jadi monyet yang ghairah sepanjang masa tetapi akhirnya terjatuh ke bumi.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam singgah...salam ziarah. Blog yang baik mewajarkan percambahan ilmu dan pengetahuan. Juga sumber maklumat yang berimbangan. Ada check and bllnce. Keep up

ibrahim yahaya said...

Sdr Kamarul,

Marilah kita berdoa agar pemimpin yang jujur dan ikhlas memperjuangkan nasib bangsa Melayu, sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dapat menghadapi ujian serta cabaran dan meneruskan perjuangan pemimpin sebelumnya untuk memajukan Alif, Ba dan Ta. Kesabaran adalah kekuatan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Belum berminat untuk pegang jawatan dalam parti. Kalau hendak bagi jawatan pun boleh. Pengerusi Tetap pun boleh, Pengerusi tak tetap pun boleh. Boleh ke?

Tetapi apa yang Sdr cakap itu ada kebenarannya. Ahli politik perlu menjaga diri sejak mereka berniat untuk menyertai bidang politik. Ini kerana banyak ranjau, cabaran dan dugaan di sepanjang jalan.

Kadangkala, kita tertewas disebabkan kesalahan kecil atau peristiwa lama. Kita juga mungkin tertewas disebabkan agenda dan strategi amat dahsyat pihak lawan.

Anonymous said...

Terima kasih. sebenarnya teman rasa diorang ni memang nak hancurkan DS Najib. Entahlah, mungkin mereka ni jahil pada hal2 ATM. Teman tahu banyak gak pasal ATM i. Kerajaan kita selalunya melakukan sistem barter yang mana mungkin membuatkan harga barangan naik. tapi teman tak beraninak cakap lebih2. semua jawapan ada pada orang atasan tetapi bagi teman cara ini lebih baik berbanding dengan kerajaan terpaksa membuat bayaran dan keluaran tunai yang boleh menyebabkan RM jatuh.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

aik TPM pun kena buli, ingat kat sekolah aje ada buli... siapa yang buli? yang senior dia- abe Anwar Ibrahim adalah giant pembuli... guru besar buat tak tahu, tapi kena ingat, giant sekarang kena jawab pasal kesnya khalwat dengan yahudi....

yang kena buli, Najib tapi dia memang kuat sebab memegang felda... dia tak mahu bising macam TUN mahathir sebab takut tak jadi PM. kan Pak Lah juga pendiam. abe Anwar bising dan buat kacau, pun kena singkir kat guru besar- Tun mahathir...

abe MIE rasa nie dah kira lewat baru nak buat penjelasan... BN dah kena rawat...apapun, Allah maha bijaksana...kita semua merancang dan DIA yang tentukan...

http://pkrpasdap.blogspot.com

UMNO SEJATI said...

SAYA AMAT BERSIMPATI DENGAN DS NAJIB KERANA DI FITNAH DENGAN BEGITU TERUK LEBIH TERUK DARI PAK LAH.INILAH CERAMAH2 PEMBANGKANG YANG DI CANANG SATU MALAYSIA PADA KEMPEN PILIHANRAYA KE 12.ANWAR IBRAHIM MENGGUNAKAN PENDEKATAN PSIKOLOGI DAN PASTINYA SESIAPA JUGA AKAN TERTAWAN DENGAN KEPETAHAN KATA-KATANYA.TAPI NAK BUAT MACAM MANA,ITULAH PILIHAN RAKYAT UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG BELUM TENTU DAPAT MENJAMIN MASA DEPAN NEGARA.APA YANG PASTI UMNO AKAN BANGKIT KEMBALI.