Sunday, May 18, 2008

FAHAMI ISTILAH SEBELUM BERHUJJAH

Saya tertarik dengan tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai KETUANAN MELAYU dan komen-komen yang diberikan. Ada komen yang marah-marah dan ada juga yang merasakan apa yang disuarakan itu tetap relevan selagi ada bulan dan matahari. Namun, ada juga yang berhujjah tanpa memahami istilah itu.

Pada pemahaman saya, maksud Ketuanan Melayu ialah kedaulatan bukannya hubungan tuan dan hamba atau lordship seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak terutama bukan Melayu. Lordship hanya berlaku dalam budaya China di Negeri China di mana Raja-Raja mereka ketika itu menganggap merekalah pemerintah alam semesta yang mana rakyat adalah hamba yang perlu bekerja untuk mereka sepanjang masa.

Di Malaysia, Ketuanan itu adalah kedaulatan. Siapa yang berdaulat? Jawapannya ialah Raja-Raja yang memiliki Tanah ini yang digelar Tanah Melayu. Oleh kerana Raja-Raja yang memiliki Tanah Melayu ini, maka itu dinamakan Ketuanan Melayu. Bukan orang Melayu biasa tetapi Raja-Raja Melayu. Itu sebabnya Raja-Raja Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu hanya berinteraksi dengan penjajah saja terutamanya Inggeris dan bukan kaum lain. Orang Melayu tidak boleh berinteraksi dengan penjajah Inggeris.

Orang Melayu yang menjadi rakyat Raja-Raja Melayu sentiasa menghormati Raja-Raja mereka kerana sememangnya budaya mereka sebegitu. Kita boleh lihat bagaimana budaya Melayu diamalkan dalam adat istiadat pertabalan Raja-Raja dari dulu hingga sekarang. Namun, ketika Malayan Union, orang Melayu sebagai rakyat meminta agar Raja-Raja Melayu memikirkan dengan baik apa yang ditawarkan oleh Inggeris. Mereka mengemukakan pandangan sebagai rakyat kerana mereka sayang kepada Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, kaum bukan Melayu yang datang ke negara ini adalah rakyat kepada Raja-Raja Melayu juga jika mereka mahu mengaku Raja-Raja Melayu sebagai Raja mereka. Malah ada tiga perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan Inggeris yang memberikan kaum bukan Melayu sebagai rakyat Raja-Raja Melayu kerana mengikut kemahuan Raja-Raja Melayu itu sendiri. Namun, Raja-Raja Melayu sering menegaskan bahawa kaum bukan Melayu mesti menghormati Raja-Raja Melayu sebagai Raja mereka.

Oleh itu, jangan hairanlah mengapa istilah Ketuanan Melayu ini diperkatakan semula oleh bangsa Melayu kerana mereka mahu rakyat negara ini menghormati Raja-Raja Melayu tidak kira mereka itu Melayu, Cina, India atau Sikh. Walaupun mereka tidak sepatutnya menjerit-jerit kerana "kedaulatan" itu sudah termaktub dalam Perlembagaan tetapi saya yakin mereka berbuat demikian kerana ada orang yang seolah-olah tidak mahu menjadi rakyat negara ini dengan bertindak sama ada dari segi perbuatan atau kata-kata yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu. Itu saja.

7 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
hi tok.lepas rancangan blog tadi kawan saya dari penang budak tanjung tokong `col`saja2 sembang sebab lama tak balik penang(awang tanah tumpah di area kampung che det tapi penang mcm rumah kedua)saja2 sembang.jadi terbitlah perihal cerita2 di tanjung tokong.kwn saya ckp melayu penang ibarat pepatah pi mai pi mai tang tu.maksudnya org dulu pegang pun sama org la pegang pun sama takdak apa yg istemewa utk org melayu penang.
tapi dia ada la ckp geng2 tanjung tokong ada rasa happy dgn org baru sekarang sbb ada bagi hak utk melayu tanjung tokong.lagi satu kwn saya cakap org lama yg pegang penang dulu diam2 buat rumah murah kat area fettes park yakni area Island Plaza kununnya kat bumuputera nak bagi 80%tapi dia cakap...hampehhh!!!tarak apa pun.
banyak lagi dia bagitau,minggu depan saya balik penang pi pekena nasi kandaq bt feringgi ka sup lidah penang road ka saya bawa kwn saya tu sekali nanti sya cari cerita dari dia.nanti saya bagitau tok.
oleh itu inilah yg dikatakan ketuanan melayu.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Kadang-kadang perkara ini memang keliru. Bukan sikit banyak?

2. Sebabnya orang Melayu sendiri pun masih tak berapa nak faham perkara ini. Apatah lagi orang bukan Melayu.

3. Ini kerana kadang-kadang kita cakap lain tapi kita buat lain. Kadang-kadang undang-undang lain tapi perlaksanaan lain pulak.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Pemimpin Melayu di Pulau Pinang, tidak kira parti apa sekalipun tidak boleh tidur lagi. Mereka perlu bangun dan memikirkan pendekatan terbaik untuk membantu orang Melayu.

Saya pernah menulis perkara ini. Jabatan Agama Islam Pulau Pinang merasa hairan mengapa pungutan zakat membabitkan tanah orang Islam berkurangan. Mereka bimbang bahawa orang Islam tidak menghiraukan pembayaran zakat. Apabila diselidiki, mereka mendapati banyak tanah orang Melayu dan Islam sudah dijual kepada orang lain. Bukan Islam tidak payah bayar zakat. Amacam?

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-Kj,

Saya menghormati semua pemimpin Melayu, tidak kira dulu atau sekarang. Tidak kira yang pernah saya jumpa atau sebaliknya.

Hakikatnya semua mempunyai jasa, peranan dan bakti masing-masing. Sama ada sikit atau banyak saja. Sama ada mereka dilihat bijak atau hanya menurut kata-kata penasihat saja. Sama ada mereka berani atau penakut. Berpendirian tegas atau terlalu berlembut. Bertolak ansur atau bertolak undur.

Bagi saya, memerintah negara majmuk ini bukan mudah apatah lagi menjadi pemimpin Melayu di negara pelbagai kaum. Ketika pemimpin Melayu berusaha mengimbangi dirinya sebagai pemimpin negara, mereka juga terpaksa memikul tanggungjawab berat sebagai pemimpin Melayu. Sebagai pemimpin Melayu mereka dibebankan dengan seribu satu perkara termasuk kedudukan bangsa Melayu yang masih tertinggal jauh, bilangan Melayu yang ramai sebagai penagih dadah, bilangan profesional Melayu yang lebih kecil berbanding kaum lain, masalah moral remaja Melayu, pegangan ekuiti Melayu yang kecil dalam ekonomi, bilangan usahawan Melayu di kompleks beli-belah yang ibarat melukut di tepi gantang dan segala macam kekurangan. Ada yang sudah di peringkat amat menyedihkan.

Ketika itu, pemimpin Melayu menghadapi golongan generasi muda Melayu (GMB) yang didodoikan dengan label-label sama rata, sama rasa oleh golongan berkepentingan diri yang menyebabkan GMB ini melihat hak keistimewaan Melayu ini tidak perlu lagi atas dasar kita rakyat Malaysia.

Mereka ini sebenarnya dilahirkan dalam keadaan yang "cukup baik" dan tidak menghadapi segala macam masalah seperti datuk nenek dan ibu bapa mereka. Mereka ini juga tidak mahu memahami sejarah dan menganggap mereka yang bercakap atas dasar sejarah adalah kumpulan yang ketinggalan zaman atau racist. Berjuang membela nasib orang miskin yang kebetulan majoriti adalah racist dan mundur.

Mereka terlupa cendekiawan seperti Datuk Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim adalah rakyat Malaysia yang terbaik untuk mendidik mereka untuk menjaga dan menghormati hak orang Melayu. Mungkin hak itu mereka tidak perlu lagi (kerana sudah kaya dan senang) tetapi ia masih diperlukan oleh majoriti 55 peratus orang Melayu atau 64 peratus Bumiputera Islam dan bukan Islam di negara ini.

Jika orang Melayu ini mengetahui GMB ini tidak menghiraukan lagi hak keistimewaan orang Melayu kerana terpukau dengan label-label tertentu dan tidak memahami untuk apa "kedaulatan" ini perlu dimiliki dan dikekalkan, maka sudah tentu orang Melayu yang masih ketinggalan akan sedih, hiba dan merasakan tindakan itu amat kejam. Apakan tidaknya, GMB dan keluarga mereka adalah golongan kaya raya hasil nikmat pelbagai dasar kerajaan. Golongan ini yang mempunyai apartmen di London, Paris atau Australia tetapi tidak mahu menebus "tanah Melayu" yang terjual akibat kemiskinan dan tipu helah golongan kapitalis. Sedarlah.

GMB ini malu untuk mempertahankan kedaulatan ini takut-takut rakan kaum lain akan mencerca mereka atau menganggap mereka "orang Melayu kampung" yang suka menjerit-jerit mengenai hak mereka. Mereka takut putus cinta, putus hubungan dan segala macam putus. Mereka ini sebenarnya telah "putus" dengan nasib majoriti orang Melayu.

GMB ini perlu belajar sejarah dan memahaminya. GMB ini perlu pergi ke kampung-kampung untuk melihat bagaimana ramai orang Melayu yang masih menderita, meminjam wang daripada golongan kapitalis yang akan mengugut, mengacah dan memperalatkan mereka. Ada yang menjadi mangsa kegelojohan kapitalis dengan terpaksa menyerahkan anak perempuan mereka, tanah-tanah mereka, maruah mereka atau segala macam hak milik yang akhirnya menjadikan mereka "hamba" di negara sendiri.

Sedarlah GMB bahawa kedaulatan ini bukan untuk kamu (jika sudah kaya raya atau tinggal di luar negara) tetapi untuk orang Melayu yang rumahnya hampir menyembah bumi, anak ramai tetapi separuh daripadanya tidak bersekolah, minum kopi serbuk berharga 10 sen secawan berbanding RM5 yang GMB hirup setiap hari di Coffee Bean atau Kedai Kopi Moden yang ibarat lintah yang menyedut darah. Kedai ini sudah pasti dimiliki oleh kapitalis yang sedikit demi sedikit menjadi "tuan" di negara ini. Bukan racist tetapi sekadar untuk menyedarkan GMB yang bukan saja tidak memahami sejarah tetapi malu untuk mengaku pemilik daulat kerana tidak mahu rakan lain tersinggung. Berhentilah keangkuhan ini dan berpijaklah di bumi yang nyata. Bantulah pakcik dan makcik di kampung yang tidak putus berdoa kepada Allah SWT agar pemimpin Melayu terus sihat untuk menolong mereka. Biasanya doa mereka dimakbulkan tetapi pemimpin Melayu yang sudah sihat itu buat tidak tahu dan berperangai entah apa-apa.

呉 和豪 said...

Dear Sir

Nice to meet you I am GOHHOEHOE
Below is the extract from my text of Japanese Speech contest in 1995


2020年は 今から25年 です.1991年11月 Doctor MAHATIR MOHAMADOが WAWASAN 2020を 提案 しました..........Malaka王朝時代,MALAY半島が繁盛しましたしかしMalakaの人民はPortugal人より科学技術が 劣るから,結局 MalakaはPortugalの植民地 になった."


Dalam penyampaian pidator itu saya ada sentuh Wawasan 2020 yang dilhamkan oleh Doctor Mahatir, tentang sebab sebab Kesultanan Melaka runtuh dan jadi tanah
jajahan orang Portugal.

Saya tidak ingat Article"Ketuanan Melayu" ini satu artikel yang berbahu perkauman.Ia cuma adlah bertujuan meneguh orang Melayu berusaha untuk menentukan destinasi diri mereka.

Orang melayu mesti kuat dari segi ilmul ,mental sebagai sumbangan mereka untuk mengekalkan "Cultural diversity " di dunia ini.

Pada pandangan saya "Cultural Diversity " adalah sama penting nya dengan "Bio Diversity".

Saya juga sangat tertarik dengan perkataan realist yang ada kaitan nya dengan "sikap keserdahan yang diajar oleh confucius dan
diamalkankan oleh orang Tionghua, orang Jepun dan Orang Korea dalam kehidupan mereka.

Saya ingat fikiran Doctor Mahatir ada pengaruhan besar kepada orang Malaysia dan orang orang dari dunia ketiga.

Yang IKhlas

ibrahim yahaya said...

Sdr Goehoehoe,

Saya ingin menyedarkan kumpulan yang boleh dikategorikan kepada Golongan Muda Melayu (GAMAM) atau Golongan Melayu Baru (GEMBUR) yang tidak memperdulikan sejarah dan bercakap seolah-olah merekalah jaguh dan juara segala-galanya.

GAMAM kerana mereka muda dan sering tergamam. GEMBUR kerana Melayu tetap Melayu setiap masa kecualilah yang suka mengembar-gemburkan diri mereka.

Mereka ini dilahirkan dengan penuh kesenangan hasil daripada penat lelah ibu bapa atau datuk nenek. Bagi mereka, mereka semua orang perlu berusaha sendiri dan tidak perlu meminta-minta atau diberikan hak istimewa tertentu. Mereka boleh berkata demikian kerana mereka sudah mempunyai segala-galanya sedangkan orang Melayu yang miskin masih terkapai-kapai kerana sebab yang mungkin kita tidak tahu. Mereka ini, seperti juga golongan Cina atau India yang miskin, perlu terus dibantu sehinggalah mereka boleh berdiri tegak dan berlari. Antara pendekatan terbaik ialah memberikan mereka ilmu pengetahuan. Dalam merealisasikannya, kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah yang lebih baik di kawasan pendalaman.

TDM telah berjaya menaikkan semangat orang Melayu dan rakyat negara ini. Slogan Malaysia Boleh adalah azimat penting untuk kita menjadi yang terbaik.

Bagi saya, kita tidak boleh membenarkan orang lain mengatakan kita ada ""inferiority complex" kerana mereka perlu mendapat kebenaran daripada kita untuk bercakap sedemikian. Oleh itu, jangan benarkan mereka mengatakan begitu jika kita memangnya terbaik. Jika kita lemah, benarkanlah mereka berbuat demikian kerana tiada pilihan lagi.

呉 和豪 said...

Saudara Yahaya

Ini adalah ulasan saya terhadap
Article "Ketuanan Melayu"

Kemana ku Pergi

Dapat cari diri

Kini takkan mimpi

Aku mahu sedar diri.

Pilihan ada pada diri

Samaada kita mahu

kepada dunia ketiga

dijadikan tauladan

ataupun

kepada imperialisma

dijadikan budak suruhan

pilihan ada pada diri

Samaada kita berusaha berasakan
kenyataan

sebagai sumbangan kepada kepebagaian kebudayaan

Ataupun
tak bikin apa dan
hilang diri dari dunia ini

Pilihan ada pada diri

Wahai rakan Melayu,Tionghua,India ,Kadazan,Iban...siam ,portugis, nesrani....

Bersama sama kita
taat dan setia kepada raja dan negara

Bersama sama kita
berusaha dan berjuang untuk memastikan

Beratusan bunga berkembang

Beratusan burung berkicau

Di tanah air kita yang aman dan makmur

Yang ikhlas
GOH HOE HOE